Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof , Persatuan Sejarah Malaysia, Kedah menuntut supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah. Fakta sejarah jelas negeri itu adalah satu wilayah kepunyaan kedah sejak dari zaman Pra Sejarah hingga sekarang.
Bila negara merdeka, sepatut Pulau Pinang yang dipajak oleh Sultan Kedah, Sultan Dhiaudin Mukarram Shah kepada Inggeris bernilai RM 10,000 setahun itu secara automatik pajakan itu batal dan ia kembali sebagai sebahagian dari negeri kedah seperti asal.
Kerajaan Persekutuan telah menjadikanPulau Pinang sebuah negeri dengan hanya menyambung pajakan Inggeris membayar RM 10,000 setahun hingga sekarang ini.
CATATAN PINGGIR
Kerajaan Persekutuan wajar mengkaji balik kedudukan negeri kedah untuk dipulang semula kepada negeri pemilik asal Pulau Pinang. Kerajaan Malaysia juga harus mengadakan pungutan suara rakyat kedah samada mereka serius atau tidak menuntut wilayah Pulau Pinang itu.
Sekira rakyat kedah majoriti menuntut hak itu, kerajaan hendaklah mengembalikan hak tersebut kepada kedah. Pindaan Perlembagaan harus dilakukan untuk menentukan status Pulau Pinang dan hal-hal yang berkait dengannya.
Sesuatu yang hak harus ditimbang dengan wajar dan adil. Kerajaan mengambil alih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan pampasan yang besar kepada negeri Selangor. Sebaliknya Pulau Pinang yang masih dipajak itu hanyalah satu nilai amat kecil (RM10,000 setahun), lebih murah dari sebuah kereta kancil terpakai.
Kerajaan juga harus kaji dan menetapkan semula tempuh pajakan Pulau Pinang dari kedah supaya tempuh itu telus dan diketahui rakyat umum.
6 comments:
RM10000 setahun? Saya 'up' lagi RM1000.
TAK MASUK AKAL SUDAH BERATUS TAHUN HANYA 10RIBU,PILIHAN PERTAMA PALING KURANG PP MESTI BAYAR 100JUTA SETAHUN.PILIHAN KEDUA PP MESTI SERAHKAN SEMULA KEPADA PEMERINTAH YG ASAL YG SAH SECEPAT MUNGKIN IAITU SULTAN KEDAH SKRG.
saya yakin majoriti rakyat kedah akan setuju.pp mesti diambil semula!
...Oh..ya betul juga isu P Pinang ni. Adakah Kerajaan Persekutuan sambung pajakan yang dibuat oleh pihak penjajah Inggeris..atau pajakan itu terbatal dengan sendirinya..
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!
bodoh..masa UMNO dgn Gerakan perintah penang..xde pun suara sumbang tuntut penang...sekarang dah kalah ade je ideax2 bodoh ni....UMNO NGOK
Post a Comment