S.ROHA – DIMANAKAH JANJIMU- SIANG KU NANTIKAN DAN MALAM AKU MIMPIKAN




Janji PRU 12 yang belum ditunai oleh Pakatan Pembangkang.

SELANGOR

1.      Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

2.      Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ketaman asuhan

3.      Memberi bantuan RM50 seorang setiap bulan bagi bantuan pra-sekolah

4.      Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk berkahwin

5.      Memberi cuti 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin

6.      Memberi cuti sebulan kepada isteri yang kematian suami

7.    Menyediakan perubatan percuma kepada warga berumur 65 tahun keatas

8.      Memberi elaun khas kepada kepada surirumah yang menjaga sepenuh masa anak-anak.

 KEDAH

1.      Memberi bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan(SRJK).

2.      Menawarkan cuti bersalin selama tiga bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa menghadkan bilangan anak dan cuti 14 hari kepada suami.

3.     Memberi subsidi air untuk masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar serta memperbanyakan tempat meletak kenderaan dibandar-bandar utama.


PULAU PINANG

1.      Memberi bonus RM6000 setahun kepada keluarga yang bergaji kurang dari RM6000 sebulan.

2.      Menyediakan 100,000banggota polis bagi meronda jalan raya dan kawasan kediaman untuk mengurangkan jenayah.

3.      Menghapuskan tol Sungai Nyior. 
                                 Dicatat oleh: Zulkifli Bakar Utusan Malaysia. (umal,Dis23,2010).

JANJI PRU 13

Pakatan Pembangkang melalui konvensyen 'untung secupak, rugi segantang diKepala Batas minggu lepas membuat janji besar pelan polisi subsidi untuk kepentingan rakyat dalam tempuh 100 hari mereka memerintah. Antaranya adalah:

1.      Kaji semula gaji kaki tangan kerajaan, peranan dan sumbangan mereka.

2.      Gaji guru dinaikan RM500 sebulan

3.      Rakyat Malaysia berusia 60 tahun keatas akan mendapat pampasan RM1000 sebulan

4.      Syarikat air yang diswastakan melalui kontrak khas akan diambil alih oleh kerajaan semula.

5.      Internet percuma untuk penduduk pendalaman

6.      Hapuskan kawasan Felda

7.      Tingkatkan royalty minyak untuk Sabah dan Serawak, Kelantan serta Terengganu.

8.      Siasatan Diraja Isu kerakyatan pendatang tanpa izin diSabah.

                                      Dipetik dari Isu-isu akhbar China- Umal Dec23,2010.

CATATAN PINGGIR

JANJI adalah manifesto PP yang paling murah dan tidak perlu bersusah payah. Janji untuk rakyat akan mendapat bulan dan bintang, menjadikan kerajaan menggelabah. 

Soal tunai janji tidak penting kerana ianya 'belakang' kira. Jika kita bandingkan dengan konsep kerajaan kebajikan PRU 12 yang lalu mereka berjanji kepada kumpulan sasar yang menjaring semua pengundi. Anak sekolah, orang tua, orang makan gaji dan lain. 

Bagaimana pun satu tidak tertunai.  Kita lihat senarai diatas tadi. Kali ini mereka membuat janji lebih besar lagi menerusi 10 perkara diputuskan konvensyen. Itulah bentuk manifesto PRU13 nanti. 

Ramai juga yang masih tolol menerima dengan penuh percaya. 





No comments: