TUN DR MAHATHIR TOP RANKING ANTI YAHUDI 2010



                                           angelina jolie bersama penagarah filem oliver stone


Tun Dr Mahathir merupakan top ranking ketiga disenaraikan anti Yahudi selepas wartawan veteran White House yang pertama,  Helen Thomas dan Pengarah Hollywood, Oliver Stone tempat kedua.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh Pusat Simon Wiesenthal sebagai Pertubuhan hak asasi manusia yahudi  dan badan pemantau gerakan anti yahudi diseluruh dunia, berpusat di Los Angeless AS.

10 yang disenarai tertinggi itu diterbitkan dalam akhbar Israel, Arutz Shera pada 18 September2010. Mengapa Helen Thomas menduduki senarai teratas?. Belaiu telah mengatakan " berambus yahudi dari Palestin dan pulang keJerman dan Poland".  Kenyataan itu dia telah dipecat pada Jun 2010.

Oliver Stone pula ditempat kedua kerana mengeluarkan kenyataan " Hitler hanya dijadikan kambing hitam dalam sejarah dan yahudi adalah golongan pelobi terbesar diAS".

Tun Dr Mahathir pula mengeluarkan kenyataan " yahudi sentiasa menjadi masalah dinegara Eropah. Mereka perlu dikurung disebuah kawasan dan dihapuskan perlahan-lahan".

"Walaupun selepas pembunuhan besar-besaran oleh Nazi diJerman, mereka(yahudi) terus menjadi punca masalah besar yang berlaku didunia". Bagaimana pun tidak dapat dipastikan kenyataan itu benar dikeluarkan oleh TDM seperti didakwa oleh pusat Simon Wiesenthal.

Antara tokoh-tokoh lain tersenarai adalah Timbalan Menteri pihak berkuasa Palestin Al-Mutawakil Taha, Ketua perundingan perdagangan negara-negara Eropah Karel De Gucht dan wartawan CNN, Rick Sanchez.
( Sinar Harian Dec24, 2010 /N4)


CATATAN PINGGIR

Pertama, Kenyataan TDM itu tidak dapat dipastikan dipetik ketika beliau mengeluarkan kenyataan bila dan dimana.

Kedua, TDM memang seorang yang berani menentang yahudi secara terbuka menyebabkan beliau mendapat sanjungan dari negara Islam hingga sekarang namanya masih berpengaruh.

Ketiga, pengalaman sejarah diJerman menyebabkan yahudi sentiasa memantau perkembangan anti yahudi walau dimana sekali pun.

Keempat, DS Anuwar pula tidak termasuk dalam kategori itu kerana beliau adalah rangkaian tokoh yang diasuh dan dibentang permaidani merah tetapi dianggap belot. Walau pun dia cuba membetul keadaan tetapi sudah tidak terpakai lagi.


1 comment:

dzimba said...

sibuk berblog.. telpon pun tidak terangkat... hidup melayu raya daily. Sedap dah skrg dalam top 100