Para pemantau melapurkan bahawa jentera BN ada sedikit kelemahan tidak berkerja dalam satu pasukan. Bilikan Gerakan MCA kurang meriah jika dibandingkan dengan DAP setiap hari terutama waktu malam. Ia suatu yang bahaya kepada BN.
Ambil ikhtibar PRK Galas. Mengapa BN menyapu undi majority yang besar ?. Tidak lain kerana kerjasama antara antara parti-parti koponen BN sangat ghairah terutama didalam kawasan majority pengundi kaum China.
Dengan masa yang singkat ini sehari dua ini harus diperkemaskan. Kita sedar bahawa kerja berpasukan ini adalah kelemahan BN sejak dahulu lagi. Strategi MCA untuk MCA dan MIC untk MIC serta Gerakan untuk Gerakan atau lain-lain tidak boleh dipakai lagi dalam startegi kempen selepas PRU 12.
Inisiatif bergerak dalam satu tim adalah satu kekuatan pembangkang yang tidak boleh dinafikan dan BN harus mengubahnya. Itulah satu-satu perubahan yang perlu dilakukan secara solid.
Pemimpin BN harus segera sensitif jika menerima lapuran kerana terlalu yakin akan cara yang mereka amalkan sebelum ini terlah membawa kejayaan besar sangat bahaya. Zaman serba tahu dan serba boleh telah berakhir kata Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Zaman telah berubah jauh.
No comments:
Post a Comment