KONTRAVERSI INTERLOK BERAKHIR ‘MENANG-MENANG’




TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memamklumkan bahawa Kementerian Pelajaran mengekalkan novel interlock sebagai teks komponen sastera bagi matapelajaran BM tingkatan lima dengan pindaan  dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

" Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik" katanya.   Bernama

Utusan online Jan27,2011.(BU)


CATATAN PINGGIR

Formula yang dirumuskan oleh TPM  sebagai menteri pelajaran itu adalah sangat tepat bagi mengakhiri kontraversi teks pendidikan sastera tingaktan lima itu. Ia adalah satu jalan tengah agar dua-dua pihak  agar dapat menerimanya secara terbuka.

Diyakini pindaan itu hanya pada bahagian kecil yang sensitif sahaja dan tidak mengubah hingga mencacatkan karya asalnya. Sebaliknya akan bertambah segar lagi sebagai bacaan bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah tetapi  minat membaca dikalangan rakyat

Apa yang penting novel itu tetap menjadi pilihan kementerian pelajaran sebagai teks kajian sastera  dalam tempuh yang panjang kehadapan. Karya  sasterawan Negara itu akan menjadi bahan kajian ilmiah samada kandungannya darisegi thema, plot, gaya bahasa, teknik dan klimeksnya serta berbagai lagi daya pemikiran penulis agung itu.

Tidak guna kita terus menerus menegakan sesuatu yang rigid hingga ada pihak yang terus menerus tertekan  padahal ianya bertujuan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar menengah dinegara ini. Apa yang diharapkan ada suasana menang-menang. Teks itu terus dipakai dan masyarakat India tidak rasa tertekan seterusnya  mereka senang hati.

Jika diikutkan rasa tidak puas hati memanglah ada. Tetapi ambilah ianya sebagai satu pengorbanan perasaan  untuk kepentingan Negara. Kita mungkin boleh menggunakan kuasa tetapi sebaliknya sesuatu paksaan itu tidak menjamin untuk membangunkan sebuah Negara bangsa yang sejahtera.



1 comment:

Anonymous said...

Apa juga pindaan yang hendak dibuat, ianya hendaklah dengan persetujuan pengarang. Dalam perkataan lain pengaranglah yang sepatutnya membuat pindaan bukan orang lain atau panel bebas.