Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali memuji langkah MPSJ menguat kuasakan sekseyan 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Islam Selangor . Walau pun Teresa Kok dan Ronnie Liu dari DAP menentang keras dan mengarahkan MPSJ menarik balik larang itu tetapi seluruh umat Islam menyokong usaha besar berkenaan,
Utusan Jan15,2011 (4).
Ketegasan perlaksaan seksyen 18(2) Oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah satu keperihatinan dan juga ketegasan Dr Hassan Ali sebagai Exco kerajaan negeri Selangor. Ia tidak harus undur kebelakng walau setapak pun.
MPSJ sahaja kah?. Sepatutnya ia harus dilaksanakan oleh semua kerajaan tempatan tidak mengira ianya Majlis Perbandaran, malah diMajlis-majlis daerah juga mesti di laksanakan. Umat Islam bukan sahaja terlibat berkerja dipremis perniagaan malah menyeluruh termasuk berkerja disektor pembuatan, Pusat-pusat hiburan, dihotel-hotel dan dibar-bar yang melata dinegeri Selangor. Dengan itu juga perkhidmatan GRO dikara-ok, disco dan pub juga dilibatkan sama.
Bagaimana pun notis kepada pihak yang terlibat harus diberikan secara terbuka melalui akhbar, media social dan di skrin TV. Sebelum ini kerajaan BN telah menguat kuasa undang-undang judi, nombor ekor, loteri, lumba kuda dan sebagainya. Rakyat dapat menerimanya secara baik.
Dengan usaha mengeluarkan umat Islam dari segmentasi arak ini, maka mendekati falsafah untuk menegakan Negara Islam diMalaysia.
Jauhilah dari desakan untuk menghentikan operasi membersihkan umat Islam dari bergelumang dengan dosa yang akhirnya dikira diakhirat.
Walau pun DAP menentang maka Pas harus ada pendirian sendiri.
Tabik spring Dr Hasan M Ali.
No comments:
Post a Comment