Masuk tiga tahun pemerintahan bertunggakan PKR di Selangor, ternyata PKR dan Pas hanyalah kaldai tunggangan DAP. Dalam banyak hal menjaring dari isu yang melibatkan kerajaan negeri Selangor muka Ronny Liu, Tressa Kok tetap muncul. Sebut apa sahaja.
Samada Isu ribut Pasir, bekalan air, DAP masuk masjid, perlantikan SUK dan sekarang Isu arak. Menteri besar tidak boleh berkata apa kepada mereka dalam semua hal tersebut. Walau pun Dr Hassan nampak tenggelam timbul tetapi diakhir keputusan Ronny Liu dan Tressa Kok berjaya mempengaruhi keputusan kerajaan.
Dalam Isu arak, Ronny Liu dan Tressa Kok benar-benar serius mempertahankan pekerja Islam dipremis penjualan arak dikala MPSJ menguat kuasakan undang –undang atau enakmen negeri perkara 18(2). Dr Hasan Ali secara berani mempertahankan MPSJ. MB dan Exco-exco lain seperti tikus jatuh keberas, mendiamkan diri.
Ronny Liu mengamuk keMPSJ supaya tidak melaksanakan kuat kuasa tersebut dengan berbagai alasan. Dengan wujud perbezaan pendapat dikalangan MB dan Exco PKR dan Pas mahu tidak mahu mereka pasti membuat keputusan memihak Ronny Liu dan Tressa Kok. Lihat nanti.
Bagitu juga pindaan perlembagaan negeri 24 Januari ini. Semua ADUN Pas dan PKR terpaksa tunduk dengan DAP supaya meneruskan agenda tersebut walau pun mereka tahu keputusan persidangan itu tidak kemana.
Andai katalah mereka cukup dua pertiga, 24 Januari malam DAP pasti 'makan besar dan yamseng'. Mengapa Kalid begitu menjaga hati DAP ?. Kerana ada musuh utama yang mengintai dibelakang. Siapa mereka itu ?. Sudah tentu Azmin Ali dan Taikonya Anwaar Ibrahim.
Kalid memautkan kuat bahu Ronny Liu dan Tressa Kok. DAP pula tahu apa ketakutan Kalid, maka menjadi-jadilah DAP memegang telur Kalid. Mereka tahu didalam konteks Selangor jika DAP memihak Anwaar, Khalid akan tergusur seperti licin butir nangka. DAP pula sering menakut-nakut Kalid dengan selalu menyebut nama dua yang menghantui Kalid itu.
Semakin lama kita membaca politik Selangor semakin faham kita bahawa De Facto Serlangor adalah DAP. Bukan Anwaar dan bukan Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment