FITNAH APA LAGI ?- ROBENGAH SENDIRI BUAT KENYATAAN BERTULIS




Kepada pemasang fitnah sekarang jelas bukan?. Robengah 47, dialamat Dk Karamenan RT 2/3 Kecamatan Madukoro Banjarnegara Jawa Tengah  Indodensia telah membuat penyataan bahawa selama dia berkerja 8 tahun dirumah Dato' Sri  Utama Rais Yatim tidak pernah ada apa-apa berlaku pada dirinya. Dia mengaku membuat pengakuan dalam keadaan sedar. Sekarang dia sedang aman dengan keluarganya.

Jadi, cukuplah. Bukankah jika begitu keaadannya akan merosak rumah tangga orang lain. Terlalu besar bahananya. Para pemimpin parti pembangkang harus menegur anak buahnya yang melakukan sedemikian rupa.  Masyarakat tidak melihat siapa yang menyebarkan berita itu. Sebaliknya mereka melihat  siapa ketua mereka.

Walaupun sudah dinafikan oleh KBRI dan empunya badan sendiri itu tidak bermakna urusan menyiasat perbuatan itu berakhir disitu sahaja. Ini memandangkan bukan setakat memfitnah pemimpin dan wanita baik berkenaan tetapi ada agenda lain untuk memusnahklan hubungan baik Malaysia –Indonesia.

Saya juga mengingatkan diri saya agar sesuatu perbahasan atau apa isu itu tidak pakai tembak rambang. Walau pun kita bertentangan pemikiran dan sokongan tetapi apa yang kita bentangkan kepada dunia wajar ada kebenaran dan asasnya. Masih banyak perkara benar yang kita boleh ketengahkan.

Marilah sama-sama kita berazam membetulkan diri kita supaya menegakan kebenaran. Tidak salah jika menyiarkan tidak kira siapa sekali pun tetapi mestilah ada asas yang kukuh.


Mesti baca jika belum KLIK SINI

No comments: