MB SELANGOR - SETIA DALAM DERHAKA


                                               hanya hiasan : Ramsis


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan dan disiarkan didalam laman blog Anwar Ibrahim  dan dipetik seperenggan kenyataannya :

" Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Dato' Khusrin, kami ingin menegaskan kehadhiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA pentadbiran ini.  Kami tetap dengan pendirian bahawa Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri belum muktamat dan perlu penyelesaian bijaksana".


CATATAN PINGGIR

Majlis angkat sumpah  Dato' Khusrin sebagai SUK itu atas perkenan Tuanku Sultan dan diadakan diistana.  SPA hanyalah melakukan tanggung jawab formaliti jabatan bahawa setelah Tuanku memilih dari senarai yang dihantar maka SPA menghantar surat perlantikan sebagai majikan.  Watikah perlantikan dikurniakan oleh Tuanku Sultan sudah tentu sekali dimasa angkat sumpah. Jika Tuanku tidak berkenan majlis itu tidak diadakan.

Menteri Besar dan Exco haddir dimajlis itu. Bukan kerana dalam hati mereka setuju dan sukacita atas jemputan itu tetapi kerana terpaksa menampak muka kepada Tuanku. Selepas itu memberi tahu semua orang dengan kenyataan seperti diatas.  Cuba kita kaji kandungan kenyataan itu. Penanam padi di Siam pun faham maksud yang tersirat.  Apa maknanya?.

Mudah cakapnya beginilah.  'Aku pergi majlis itu tadi, sebenarnya aku pergi bukan aku suka sangat, tapi asal nampak muka sudah, terpaksa'. Bukan begitu maknanya.

Tan Sri,  kalau kita berkahwin dengan seorang perempuan maka isteri kita itu bila kemana-mana dia akan bercerita kepada siapa sahaja bahawa  'dia tidak senang hati berkahwin dengan kita, tetapi terpaksa duduk bersama dan buat-buat  layan saja kepada kita'  adakah itu namanya setia?.  Saya ulangi adakah itu setia ?. Kalau kita kata isteri kita itu setia jika bersikap demikian ertinya kita adalah seorang yang dungu. Seorang lelaki yang sudah makan nasi kena wap!! Kah..kah..kah..

Jika kita setia bila Tuanku perkenan maka kita juga kata menjunjujng kasih Tuanku. Perlantikan yang Tuanku perkenan itu sangat sesuai kepada patik. Haaa… begitu bunyi pertama orang yang setia. Kemudian kita akan kata lagi, memanglah Tuanku pada mula dahulu patik rasa terkejut kerana tidak dimaklumkan kepada patik, tetapi bila Tuanku berkenan patik menerima sepenuhnya.  Itu bahasa orang yang setia. Bunyinya seperti mengampu tetapi kita bercakap ikhlas.

Sebenarnya pindaan Perlembagaan 1993, tidak menghilangkan Kuasa Sultan. Sultan sebagai Ketua negeri  tetap unggul. Jika kuasa itu hilang masakan setiap bil, rang undang-undang mesti ditanda tangani oleh Tuanku Sultan. Segala perlantikan Menteri Besar, Exco dan Perasmian Penggal Pertama setiap tahun mesti oleh Tuanku Sultan atau wakil mutlaknya. Dan jika dibaca bersekali seluruh kandungan Pelembagaan negeri  kita sedar bahawa Kuasa Sultan itu tetap unggul.

Apa perlunya pindaan?.  Tidak lain bahawa pindaan itu hanyalah ingin memasukan kuasa MB ikut berkuasa menyamai kuasa Sultan yang sudah termaktub.  Mudahnya pindaan yang cuba menempel. Jika benar-benar ingin mentadbir negeri dengan baik apa perlunya pindaan.  Kita boleh berkerjasama dengan sesiapa saja asal memberikan kerjasama kepada kita.

Ini tidak. Belum lantik lagi sudah menentang keras. Sudah mengatakan bahawa pegawai itu lemah, tidak layak  dan berbagai lagi.  Hai saudara,  untuk mentadbir satu negeri  memerlukan kerjasama semua pihak, tidak boleh dilakukan satu dua kerat sahaja. Ini negeri bukan rumah tangga. Bijak kah kalau hanya melihat dari jauh mengatakan bahawa seseorang itu tidak layak?.

Moral ceritanya,  jika kita mengurus sebuah syarikat kita mahu set management semua orang yang 'yesman' kepada kita. Sebab, senang  kalau kita mahu cash  cek pun boleh, kita minta apa-apa fisiliti yang melibatkan kos mereka sentiasa kata 'yes'. Kalau bukan orang sekaki atau yesman kepada kita  bimbang di ecerkan cerita dimerata-rata. Bukan Begitu?. Apa maknanya itu?.  Itu bermakna kita tidak professional  dan  mr Yesman bersama  kita itu juga tidak professional.

Rumusnya, pimpinan Selangor bermati-matian untuk meminda perlembagaan supaya dapat menentukan perlantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Pegawai Undang-undang itu  mesti ada moral disebalik  tujuan itu.  Itu semua boleh dibaca secara telus walaupun cara yang hendak dilakukan dengan kaedah mahu berselindung disebalik dinding kongkrit yang tebal.

Kesetiaan dan keikhlasan dapat dipandang dan dirasa dengan hati. Sesuatu yang kita lakukan  jika ia mendatangkan rasa senang hati dan kita rasa puas itu tandanya perbuatan kita itu ikhlas.  Ikhlas dan setia saling bertaut. Contohnya sebagai wakil rakyat kita dapat membantu seorang yang minta pertolongan dari kita bahawa tanah tapak rumahnya masih belum lulus walau pun sudah satu jenerasi tinggal menetap disitu. Dengan usaha kita maka tanah itu diluluskan tanpa pengetahuan kita.

Tiba-tiba satu hari orang itu datang semula kepada kita dengan wajah yang menggembirakan mengucap terima kasih kepada kita kerana tanahnya telah diluluskan. Kita gembira kerana orang itu gembira. Rasanya pada ketika itu terbayar segala penat lelah kita. Kita juga rasa pertolongan itu akan melepaskan kita dari kesempitan hidup.

Jika seoarang peminta sedekah datang kepada kita, kita rasa terpaksa memberinya seringgit supaya beredar cepat dan didalam hati kita berkata ' pemalaslah, mengganggu kita sedang makanlah'  menyebabkan hati kita tidak gembira, itu tanda-tanda tidak ikhlas. Walaupun dimulut kita kata Ikhlas, sebenarnya ikhlas itu dapat dirasa dengan hati kita sendiri. Orang lain pun sama melihat kita.

Nah, kalau saya Tanya 10 orang dari petikan diatas samada setia atau tidak ? pasti mereka 10/10 mengatakan tidak. Jika 9/10 dari mereka mengatakan tidak setia, itu maknanya,  soalan saya kepada seorang lagi itu tidak terjawab kerana dia seorang yang bisu !  kah..kah..kah..

KENYATAAN PENUH TERUSKAN BACA DISINI


No comments: