TIDAK ISLAM SESEORANG JIKA TIADA LESEN NIK AZIZ.




TG Nik Aziz kata "Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan DS Mustafa Muhamad tidak layak untuk mengambil alih kepimpinan negeri ini kerana tidak mempunyai 'lesen Islam'. Dia (Mustafa) tidak ada lessen Islam sebab dia kebangsaan, lain dari Islam" katanya mengulas kenyataan DS Mustafa yang memberi perhatian Khusus kepada 23 kawasan DUN negeri Kelantan sebagai persedian PRU13.

RUJ: Utusan Malaysia Jan13,2011 : 13


CATATAN PINGGIR 

Baru ini kita dengar bahawa Islam itu ada lessen seperti  lesen halal, lesen menjual arak atau lessen anjing. Siapa yag meluluskan lesen Islam itu?.  Sudah pasti Nik Aziz, kata yang memberi kelulusan lesen Islam itu adalah Pas berdasarkan kenyataannya.

Orang-orang melayu jika tidak mendapat lesen Islam dari Nik Aziz, belum tentu dia Islam. Kerana Nik Aziz menapis segala permohonan untuk jadi Islam.  Sesiapa yang mengucap dua kalimah Syahadat, sembahyang, lima waktu, puasa, menunaikan zakat, mengerjakan Haji  masih lagi belum Islam kerana tidak mendapat Lesen dari Nik Aziz  dan Pas.

Kacau, Nik Aziz sekarang sudah mengaku Tuhan pula. Mengambil alih kerja Tuhan. Jauh sesatnya  lebih kurang sama dengan Ayah Pin juga.  Manusia jika terlampau taksub dengan ketinggian Ilmunya sendiri akan mendorong kepada kesesatan. Barangkali  Nik Aziz mengaji dikaki lima semasa diIndia dahulu, sehingga begitu rupa bentuk ilmu yang dipelajarinya.

Nik Aziz tidak mempunyai sifat rendah diri sebagaimana alim ulama' lain. Sikapnya sentiasa angkuh, sombong dan bercakap besar seolah-olah Islam itu miliknya sahaja. Ulama' yang seumpama ini tidak boleh dipanggil Ulama kerana ilmunya amat bertentangan dengan intelektual Islam sebenar.

Didunia akhir zaman ini terlalu ramai dimuka bumi ini manusia yang membawa kepada kesesatan. Bukan datang dari fahaman sekularisma dan liberalisma sahaja tetapi ia ramai juga datang dari golongan yang bertopengkan agama.

Jika dahulu dalam blog anaknya bertanyakan apakah hujah kesesatan yang dituduh kepada ayahnya Nik Aziz ?, maka inilah salah satu hujahnya.

Sebelum Kelantan diperintah oleh Pas ia diperintah oleh BN dan Nik Aziz juga pernah menyertai BN mengapa ketika itu tidak timbul soal lesen Islam kerana menganut fahaman nasionalisma BN ?.

Ternyata Nik Aziz sudah nyanyuk. 





No comments: