JAHANAM – PEMBOHONG JADI HERO RAKYAT ?





Muka hadapan utusan Malaysia hari ini Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak diatas kesilapan yang diperbetulkan  semula bahawa dia bukanlah seorang yang bergelar 'Datuk' kerana dia mengaku memakai  datuk palsu yang dibelinya berharga 250 ribu bersama seorang rakan yang lain untuk tujuan mendapatkan kontrak.

Bekas MB Selangor Dr.Mohamad Khair Toyo telah memulangkan sementara SPMS ( Datuk Seri) kepada pihak berkenaan bagi megelakan Darjah kebesaran itu terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraannya  dimahkamah ketika ini.

Beberapa tahun yang lalu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek secara 'lelaki' mengakui bahawa skandal sex yang dipaparkan dalam VCD diedarkan rata adalah dirinya, sehingga beliau hilang jawatan Menteri Kesihatan dan jawatan Timbalan Presiden MCA.


CATATAN PINGGIR

Saya mengambil contoh dari tiga tokoh ini kerana ia merupakan sikap terpuji yang mesti diteladani oleh rakyat Malaysia bahawa sikap berterus terang, mengakui kesilapan, kelemahan serta sanggup tampil kehadapan menyatakan dengan jujur kepada  public.

Bukan mudah untuk kita berkata benar atau mengakui kesilapan atau bersikap jujur dihadapan 26 juta rakyat Malaysia. Kita akan berhadapan dengan berbagai spekulasi dan berbagai-bagai lagi hukuman. Namun bagi seorang yang bertanggung jawab dan jujur segala-galanya dapat diperakukan.

Jika ada pihak yang mengaku, memohon maaf sedemikian kita juga wajar menerima secara terbuka dan ikhlas.  Kemaafan harus kita buka segera kerana sikap berani mereka membuat penyataan  terbuka sedemikian.

Budaya ini harus dipupuk agar sentiasa mengalir didalam darah masyarakat  agar berkata benar,  tidak berdusta, sifat suka berbohong dan sindrom penafian  dapat dipinggirkan dikalangan masyarakat. Jika masyarakat menghargai sikap sedemikian  nescaya sifat 'sidik, amanah, tabligh dan fatanah' dapat disuburkan dalam generasi mendatang.

Masyarakat juga harus tidak menyburkan atau menjadikan 'pembohong' sebagai hero rakyat. Kerana  sifat pembohong, pemungkor ini boleh menjual Negara dan rakyat sekali gus. Alangkah malangnya sesuatu Negara bangsa itu membunuh kepimpinan yang jujur dan benar dan menhidupkan kepimpinan yang dusta dan pembohong.

Dalam dunia hari ini kita harus menilai seseorang pemimpin itu dari tingkah laku dan amalan hidupnya bukan pada percakapan dan pidatonya yang berdegar-degar hingga boleh meletakan kita terbuai-buai diangkasa. Keadaan sedemikian hanya sesuai dizaman selepas perang dunia kedua, kerana pada waktu itu rata-rata Negara didunia menuntut kemerdekaan memerlukan kepimpinan yang boleh membina semangat untuk menentang penjajah.

Zaman ini kita sedang mengisi kemerdekaan jika terlalu banyak cakap menyebabkan tempayan pecah.

Namun demikian jika kita menerima pengakuan ikhlas seperti mereka diatas itu tadi didalam hati kecil kita pasti terdetik mengatakan bahawa " mereka itu ikhlas dan jujur"  Maka teruskanlah kata hati itu supaya semangatnya subur dikebun jiwa rakyat dalam masa mendatang. 



No comments: