GEMPAR - KES SHUHAIMIE ADUN SRI MUDA BERESSS !




Siasatan terhadap ADUN PKR Sri Muda Shuhaimi Shafiei oleh polis berkaitan dengan tulisan blognya yang dilapurkan oleh berbagai pihak kerana menghasut menentang Institusi  raja  selesai

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  minta polis menghalusi segera bersama Peguam Negara kerana rakyat mahu mengetahui.

" Amat jelas dalam isu ini rakyat mahu tahu samada wujud unsur-unsur hasutan atau tidak dalam kes ADUN Sri Muda ini"  katanya.

Ref : Utusan online Jan18,2010 (pol)


CATATAN PINGGIR

Pertama, memang benar rakyat sedang menunggu samada kes tulisan ADUN itu mempunyai unsur-unsur hasutan atau tidak kerana ia akan menjadi sempadan dalam bidang penulisan, percakapan dan tindak tanduk terhadap institusi diraja dan perlanggaran undang-undang .

Kedua, Jika ada kes, rakyat juga mahu tahu apakah hukuman yang setimpal dengan kesalahan tersebut kerana selama ini tidak ada panduan yang boleh dijadikan pengajaran. Kebanyakan kes jika berlaku berakhir dengan sessi pengampunan dan tidak dipanjangkan kemahkamah. Jadi kes seumpama itu tidak tercatat untuk rujukan kerana ia adalah peristiwa semasa hilang  begitu sahaja.

Ketiga, dengan perkembangan dunia siber semakin mendapat perhatian umum penulis juga wajar mengetahui dan belajar dimana sempadan kebebasan menulis  dan berkarya agar kebebasan itu ada hadnya.  Kebebasan yang tiada had akan merugikan sesebuah Negara bangsa yang terbina dengan susah payah mereka terdahulu.

Keempat, jangan ada dikalangan rakyat menganggap bahawa sebarang tindakan undang-undang itu diambil berdasarkan pertimbangan politik. Ahli-ahli politik yang membuat undang-undang itu juga tidak bermakna ahli politik menjadi kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

Kelima, apabila diserah kepada Polis dan pihak Peguam Negara untuk memperhalusi  samada mempunyai  kes  atau tiada  maka semua pihak mesti menerima dengan dada terbuka. Segala keputusan itu wajar diumum kepada rakyat supaya difikirkan secara rasional.



No comments: