CUBA ULANG TAK PERASAN !!! - APA? KOH TSU KOON BERI AMARAN KEPADA RASIS LIM?





Lim Guan Eng (Rasis Lim) mendakwa kegagalan projek pelancungan menjadikan Pulau Jerejak yang dimiliki oleh UDA 51% dab PDC 49% semasa pemerintahan BN diPulau Pinang. Hingga kini projek itu baru siap satu fasa dari semuanya 4 fasa.

Rasis Lim berhasrat menjual ekuiti PDC kepada pihak lain. Dr Koh Tsu Koon kecewa terhadap tindak tanduk dan dakwaan Rasis Lim yang mahu berlepas tangan langsung mencabar Rasis Lim bahawa dia ( Dr Koh) bersedia berperang dengan Rasis Lim.

Ref: Utusan Online  Jan17, 2010 (pol)


CATATAN PINGGIR

Agak aneh Presiden Gerakan ini, sejak PRU 12 BN tewas dan Gerakan terbongkar dengan akar-akarnya ditangan DAP sekarang sudah lewat 3 tahun pentadbiran DAP, masih tidak sedar Rasis Lim bermain politik dengan semua pihak terutama parti Gerakan.

Setiap apa yang dijalankan oleh BN waktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang terus dikorek, diperjeda dan diperlekehkan dengan berbagai-bagai cara. Pada yang berjaya tidak disebut pada yang gagal diletak atas bahu Dr Koh Tsu Koon.

Baru sekarang menyatakan bahawa dia bersedia berperang dengan Rasis Lim, itu pun bukan datang dari kehendak hatinya, katanya. Habis datang dari kehendak hati siapa?. Kehendak hati PM Najib?. Kehendak hati UMNO Pulau Pinang?. Kehendak hati MCA ?.

Baru bersedia?. Wah selama ini tidak bersedia?. Masih lagi tunggu dan lihat?. Sedarkah BN Pulau Pinang UMNO berperang sejak lepas PRU 12 lagi?. Sedang Dr,Koh Tsu Koon baru tergedik-gedik mencabar Rasis Lim untuk berperang?.

Rasis Lim bermain politik sepanjang masa atas apa jua isu yang boleh digarap oleh DAP. Tiba-tiba meletup dari mulut Dr Koh Tsu Koon ' Sedia perang kalau Rasis Lim main politik'. Apa ini semua?. Itu baru setakat amaran, buatnya belum. Kerana namanya disebut maka dia melompat. Jika tidak disebut langsung tidak berbunyi.

Jika pucuk pimpinan masih bergantung kepada Dr Koh Tsu Koon mengambil alih Pulau Pinang, Rasis Lim akan tersenyum riang lah PRU13 ini. Amaran demi amaran diberikan tetapi buatnya masih jauh dan teragak-agak. Sakit…sakit.

Sebab itulah tahun lalu secara terbuka Dr Lim Kim Yik bekas Presiden Gerakan sangat tidak berpuas hati terhadap pimpinan yang ditinggalkannya. Semasa pimpinan beliau Gerakan begitu kuat tetapi setelah bertukar tangan habis ruyup.

Dr Koh Tsu Koon seorang baik, lembut dan defensive.  Seoarang General mesti mempunyai sifat defensif dan ofensif. Beliau tidak mempunyai karakter General tersebut. Jika BN bergantung kepadanya bagi merampas balik Pulau itu, terus terang saya katakan alamat bungkus lagilah Pulau Pinang sedangkan peluang itu sangat cerah jika dispin dan digerakan secara sistematik dan konsisten.


No comments: