GEMPAR - SPEAKER DUN SELANGOR BESAR SUDU DARI MANGKUK







Satu perumpamaan melayu, tempat tiada helang belalang jadi helang. Ini bermakna dalam sesuatu Negara, negeri atau masyarakat  mempunyai stratifikasi (susunlapis) sosialnya tersendiri .  Susun lapis itu samada tersusun kerana budaya atau disusun oleh peraturan atau undang-undang.

Sebagai contohnya, dalam sebuah masyarakat kampung,  susunan masyarakatnya seperti dimulakan oleh Penghulu,  ketua kampong, Imam dan seterusnya. Jika Penghulu tidak hadhir sesuatu majlis, maka ketua kampong itu akan menjadi utama. Jika ketua kampong tidak datang, Imam akan jadi utama. Kalau pegawai Daerah datang,  penghulu, ketua kampong dan imam akan duduk disusunan masing-masing.

Begitu juga diperingkat Negara,  Jika PM berada dalam Negara, TPM dan Menteri cabinet  duduk disusun masing-masing. Jika PM tiada TPM menjadi Utama. Jika PM, TPM tiada maka orang yang dilantik oleh PM akan  memangku begitulah seterusnya.

Begitu juga susun lapis dalam kerajaan  ada heirakinya tersendiri.  Mana boleh KSU jadi lebih besar dari KSN.  Atau seorang pegawai daerah lebih besar dari  Setiausaha Kerajaan negeri.

Dalam kes pengistiharan kekosongan kerusi  Pelabuhan Kelang oleh Speaker  telah membelakangkan tugas SPR. Speaker mendahului  SPR.   Sepatutnya  Speaker menulis surat kepada SPR melapurkan  kekosongan kerusi itu telah berlaku disebabkan oleh alasan-alasan yang kongkrit. Maka SPR setelah meneliti dari berbagai aspek barulah  SPR umumkan bahawa kerusi itu kosong. SPR tidak melihat satu sudut sahaja.

Bagaimana, tiba-tiba SPR kata kerusi itu mengikut  alasan-alasan tertentu tidak menjadi kosong?   Bagaimana?  Bukankah jadi masalah. Sebab itulah peguam UMNO mengatakan bahawa  Tindakan speaker itu melampaui kuasa ( excess of power). Jadi keputusan itu tidak boleh dipakai dan tidak mengikat ADUN Pelabuhan Klang itu.

Memang benar,  speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengistiharkan kepada umum bahawa kerusi itu kosong. Dia hanya boleh memberi pandangan atau dalam bahasa pentadbirannya nasihat kepada SPR bahawa tempat itu kosong. Bagaimana pun terpulang kepada SPR. Sebab itu sesuatu kematian itu SPR  tidak akan buat pengisytiharan jika sebarang dokumen tidak dihantar kepadanya secara lengkap contohnya dengan menyertai surat kematian.

Begitulahlah bila terlalu kemarok terhadap kuasa  tempat ada helang pun belalang mengaku jadi helang. Sikap inilah yang menjadikan rakyat jadi terlalu mual kepada DAP mangkok itu.itu.



No comments: