HANCUR HAJI HADI PEJAM MATA – MASJID JADI GELANGGANG TOMOI






Polis akan panggil DS Abdul Hadi Awang untuk memberi keterangan kes belasah blogger Aduka Taruna dimasjid Rusila Marang Terengganu kemarin. Empat individu telah memberi kerangan kata Asisten Komisiner Polis K.Manoharan. ( Utusan Online Jan10,2010 )



CATATAN PINGGIR

Saya ingin bersuara soal prinsip dan tataetika memelihara ketinggian dan keharmonian  masjid. Saya mengenepikan siapa Aduka Taruna samada dia blogger pro pembangkang atau pro kerajaan. Itu bukan isunya.

Membelasah, memukul, memaki hamun didalam atau persekitaran masjid menjejaskan ketinggian dan keharmonian rumah Allah. Ini memandangkan tempat itu tempat Ibadat, tempat damai, tempat berlindung dan gedung ilmu masyarakat Islam.

Jika terdapat unsur-unsur kasar samada bahasa dan perbuatan dimasjid wajar ditegur segera, disabarkan dan menghalang jika ada perbalahan fizikal. Apa lagi ianya berlaku dihadapan pemimpin hanya berpunca tolakan Hadi terhadap wawancara blogger itu.

Jika tidak dapat memberi masa tolaklah dengan hemah dan kata-kata tegas dan baik.  Tidak perlu ada pihak ketiga bertindak kasar kerana harus difahami bahawa blogger itu datang dengan harapan besar untuk mendapat sepatah dua kata. Itu perkara biasa dalam dunia mencari maklumat.

Nah, sekarang bila 'meletup'  hal yang demikian,  rakyat tidak menyalahkan blogger itu sebalik kesannya  timbul persepsi buruk terhadap  Presiden Pas itu sendiri. Sekali gus orang menanggap bahawa mengapa pemimpin Pas  membiarkan perkara itu berlaku diperkarangan masjid. Kesitu perginya.

DiThailand, Undang-undang jalan raya  jika motorsikal berlanggar dengan kereta walau pun motorsikal itu salah, tetapi tetap menghukum kereta yang salah kerana kereta itu besar motorsikal itu kecil. Moral ceritanya orang besar dengan rakyat biasa bergaduh dikhalayak ramai, ikut mana pun orang besar itu dipersalahkan kerana kurang bijak bergaduh dengan rakyat marhaen.

Bagaimana pun suka mengingatkan rakan-rakan blogger supaya pandai memilih masa jika ingin membuat wawancara. Bimbang ada pemimpin yang samseng seperti itu bukankah cari penyakit?.

Apa yang dapat dirumuskan dari peristiwa itu, tahap sensitiviti Pakatan terhadap pemeliharaan institusi masjid masih rendah. Itu sebab apa yang sering berlaku diSelangor hari ini pihak bukan Islam mempermain-mainkan ketinggian imej institusi masjid. Saya menyeru supaya marilah sama-sama kita jadikan institusi masjid itu tempat yang paling suci, mulia dan damai.


AdukaTaruna  telah  DAPAT apa yang dikehendakinya ' Berita"


No comments: