Presiden Veteran Tentera Malaysia (PVTM) mendakwa kerajaan PKR dibawah pimpinan TS Kalid Ibrahim diSelangor tidak peduli terhadap luahan bekas-bekas anggota tentera walaupun kerap kali menyampaikan aduan. Jawapan diberikan oleh MB itu mereka lebih mengutamakana kekukuhan parti mereka dahulu.
PVTM menuntut supaya bekas-bekas anggota tentera diwakili dalam Dewan Negara untuk memperjuangkan nasib mereka. Mereka berharap wakil mereka ditiadakan sejak tiga tahun yang lalu dapat diwakili semula.
Ref : Utusan Jan10,2011 (5).
CATATAN PINGGIR
Mb Selangor TS Kalid tidak akan melayan sebarang persatuan bekas anggota kerajaan samada tentera, polis dan anggota perkidmatan awam yang lain. Namun demikian bekas tentera dan polis adalah musuh kerajaan pembangkang utama kerana 'bau' kerajaan BN sangat kuat menjolok hidung mereka. Dua pertubuhan tersebut menghantui pemikiran mereka.
Walaupun PVTM dan Bekas Polis telah menjadi sebahagian dari masyarakat sivilian tetapi kerajaan pembangkang tetap tidak mengiktirafnya kerana kedua-dua persatuan itu menjadi banteng kuat kerajaan sepanjang masa pemerintahan BN.
PKR tidak berani membuat sebarang keputusan kerana PKR sangat bergantung nyawa kepada DAP. Segala tindak tanduk Menteri Besar Selangor dikawal oleh DAP. Apabila menyebut DAP, polis dan tentera tidak ada dalam kamus perjuangan politik mereka.
Oleh itu tidak ada pilihan kepada PVTM, Persatuan Bekas Polis dan anggota perkhidmatan awam untuk membela kebajikan anggota masing-masing melainkan menetapkan pendirian kembali nekad berjuang dengan penuh semangat, sealiran dengan kerajaan BN untuk mengembalikan politik kepada landasan asal. Hentikanlah kerja sia-sia mengadu nasib dengan kerajaan Pakatan itu kerana mereka pasti tidak melayan.
Memang wajarlah PVTM diwakili diDewan Negara kerana mereka sebahagian kelompok besar masyarakat umum diseluruh negara. Setiap tahun MINDEF mengeluarkan senarai agak besar jumlahnya untuk bersara. Dengan adanya wakil mereka diDewan negara suara mereka dapat didengar dan mereka tidak tertinggal dari arus zaman.
Diyakini PM Najib sangat memahami tentang kepentingan PVTM diwakili di Dewan negara kerana beliau agak lama menjawat menteri Pertahanan hingga terakhir jawatan itu dipegangnya sehingga jawatan TPM.
No comments:
Post a Comment