Hampir semua bentuk media melapurkan tentang krisis pentadbiran kerajaan Selangor.
Pertama, melarang SUK negeri hadir dimesyuarat MMK ( EXCO), MTEN Selangor.
Kedua, dikatakan akan memboikot majlis angkat sumpah SUK diIstana khamis Jan6, 2011
Ketiga, Tidak ada majis mengangkat sumpah dihadapan MB dilaksanakan
Keempat, sebab-sebab mengapa SUK negeri dilarang hadir kerana dikatakan mesyuarat adalah rahsia.
( Sinar Jan 4, 2011 /N2)
CATATAN PINGGIR
Ts Abdul Khalid meletakan dirinya tidak sesuai lagi sebagai MB Selangor memandangkan hubungan beliau dengan istana, pentadbir dan sebahagian besar rakyat tidak sempurna.
Pakatan Pembangkang mulai sekarang harus berbincang menetapkan penggantinya siapa selepas ini. Ini memandangkan TS Khalid tidak lagi melahirkan impak besar kepimpinannya kepada negeri.
Krisis ini berpanjangan hingga tahun PRU 13. Sekiranya tidak berlaku perubahan pimpinan politik yang mempunyai kuasa eksekutif dinegeri itu maka hubungan politik dan pentadbir akan putus.
Hubungan antara MB dengan Institusi keSultanan Selangor akan terputus. Hubungan dengan pentadbiran serta hubungan dengan majority rakyat juga berderai, nescaya negeri itu dilanda krisis yang panjang hingga diadakan PRU semula.
Memboikot majlis penyampaian watikah dan angkat sumpah para pegawai negeri bemakna memboikot sultan. Memboikot sultan bermakna memboikot pemberi watikah lantikan MB. Jika ada peruntukan mengeluarkan watikah maka ada juga kondisinya menarik balik watikah.
Melarang SUK masuk kemesyuarat MMK, MTEN dan sidang DUN Selangor satu langkah kurang bijak. Bukan kah semua keputusan EXCO itu diserah kepada pentadbir untuk dilaksanakan. Jika anggota pentadbiran tidak terlibat , siapakah akan melaksanakannya?. Sudah tentu hanya minit tinggal minit sahaja.
Semua pihak faham bahawa segala mesyuarat itu rahsia. Rahsia ini bukan mesyuarat diperingkat tinggi negeri sahaja rahsia sebaliknya persatuan gay lagi kuat rahsianya ..kah..kah..kah..
TS Khalid terperangkap jerat yang dipasang oleh rakan-rakan PKR, DAP dan Pas yang mahukan beliau berundur. Sebenarnya ada individu lain merancang kejatuhan Khalid tetapi TS Khalid mungkin tidak perasan.
Tanda-tanda TS Khalid akan terkeluar sudah mula nampak dipandang.
maaf sedang dibaiki
maaf sedang dibaiki
No comments:
Post a Comment