tan sri khali ibrahim selepas angkat sumpah mb selangor lepas pru 12
Majlis angkat sumpah SUK dan pegawai-pegawai Selangor diIstana Kayangan diteruskan Khamis ini walaupun tiada kehadiran Menteri Besar.
Tan Sri Khalid Ibrahim membayangkan beliau tidak akan hadir kemajlis itu. Beliau juga memberi tahu bahawa majlis angkat sumpah dihadapan MB tidak akan diadakan.
Belaiu menulis surat kepada SPA untuk membincangkan semula perlantikan itu.
( Utusan online Jan3,2011 : DN )
CATATAN PINGGIR
Sultan adalah kuasa tertinggi negeri-negeri. Sebarang majlis rasmi negeri MB wajib hadhir dalam apa keadaan sekali pun dan tidak boleh dielakan dengan titah perintah Kebawah Duli Tuanku.
Jika TS Khalid enggan atau menolak untuk hadir dimajlis itu tampa sebab atau alasan yang benar-benar munasabah maka ia melanggar ikrar taat setianya kepada Sultan. Semasa menerima watikah dan mengangkat sumpah perlantikan MB ketika dapat membentuk kerajaan melalui proses majority, sumpah itu harus diteliti kembali.
Sekiranya TS Khalid engkar dan tidak taat setia, walau pun beliau mewakili PKR komponen Parti Pembangkang yang disepakati untuk dilantik sebagai MB, jika Tuanku Sultan berpandangan bahawa MB itu tidak lagi berfungsi untuk menghubungkan secara baik antara kerajaan, raja dan rakyat maka kedudukannya sebagai MB telah mendatangkan mudharat kepada seluruh negeri.
Berdasarkan Seseorang MB itu tidak berfungsi dan mendatangkan kemudharatan maka dia harus berundur dan digantikan oleh orang lain pula yang disepakati oleh parti majority itu. Orang yang akan menggantikan jawatan itu semestilah orang yang mampu memainkan peranan mengikut bidang kuasa dan budubicaranya sebagai MB.
Sekiranya parti majority itu tidak dapat mengemukakan calon pengganti yang sanggup memainkan peranan penghubung antara kerajaan, Raja dan Rakyat maka undang-undang harus diteliti dan dikaji ada ruang atau tidak bagi DUN negeri itu dibubabarkan tanpa nasihat MB.
1 comment:
SM,
Konflik dan masalah berlaku. kerana : TIDAK FAHAM ATAU TAK MAHU FAHAM, CEPAT RESPON TAK MAHU FIKIR KESAN NYA, HENDAK MENEGAKKAN BENANG BASAH, BEREMOSI, DAN ADA AGENDA TERSEMBUNYI. ini lah akibat nya... siapa yang rugi.. kita jugak.
Post a Comment