MENGADAP AGUNG -NIK AZIZ KENA TERUS TERANG JANGAN BOHONG






TG Nik Aziz, DS Haji AbDUL Hadi Awang bersama PM Najib dan TS Muhyiddin Yassin telah bertemu sempena makan malam bersama KDYMM Agung pada 24 Disember 2010. Pada Ahli-ahli Pas nik Aziz telah menerangkan bahawa perjumpaan itu hanyalah sebagai tetamu Agung sahaja, tiada hal politik disentuh. Itu katanya secara tersurat. Tersirat ?.

Tersirat ? mudah ceritanya orang politik jika bertemu dikedai mamak tea tarik pun ada cerita politik, inikan pula diistana tempat mulia negarabangsa itu. Mustahil tidak ada 'sesuatu'. Lima orang jumlahnya 10 mata.  Lima itu mengambil sempena rukun Islam. Jika enam rukun iman. Sembahyang pun lima waktu.  Angka lima itu ada hikmahnya kepada umat Islam.

PKR dan DAP Panas buntut bila dua Pimpinan Pas dan UMNO bertemu ditempat ekslusif tampa hadirnya PKR dan DAP. Sepatutnya mereka diajak sama atau sekurang-kurangnya diberitahu. Ini meletup selepas seminggu pertemuan baru semua orang tahu. Jika ahli-ahli Pas yang anti kerajaan perpaduan tidak melompat, rahsia itu tidak terbongkar. Sebenarnya itu bukan kali pertama !. PKR dan DAP sudah tertinggal bas.

Jika DS Anwar dan Lim Kit Siang licin memperkudakan Pas dan menganggap Pas hanya 'unta' selama ini sekarang tahulah mereka bahawa Pas adalah kuda terbang yang bersayap boleh tinggalkan PKR dan DAP terkebil-kebil diatas daratan jika mereka sudah fade up dengan perkudaan tersebut.

Lihat Clue yang diberikan oleh Ketua Dewan Ulama' dalam bulan Disember yang lepas berkata ' Pas tahu bila masanya untuk menjaga negara ini' . Kedua, Presiden Pas berkata ' DAP tetap menolak negara Islam'.  Dan ada lagi mengatakan bahawa 'sudah cukup perlembagaan negara fasal 3 bahawa agama Islam sebagai ugama persekutuan'.

Sewajarnya PKR dan DAP memanggil perbicaraan terhadap TG Nik Aziz dan DS A Hadi memberi tunjuk sebab kenapa mereka pergi bertemu dengan PM,TPM di Istana kerana sangat mencurigakan hingga Pakatan jadi goyang dan banyak spekulasi tentang ikatan sesama anggota.

Maaf kepada PKR dan DAP politik diMalaysia harus fleksibel. Persekitaran menuntut perubahan kepada parti-parti politik. Corak dan gerakan tidak semestinya sama sepanjang zaman. Keadaan mendorong perubahan dalaman akhirnya berlaku perubahan luaran.

TG Nik Aziz dan DS Hadi harus cari jawapan manis yang sekata walau apa sekali pun soalan dan dimana mereka menyoal. Agar rahsia tidak terbongkar awal. Jika tidak ingin berbohong terus sahaja katakan  ' bincang tentang kerajaan perpaduan'. Habis cerita. Itu sebenar bukan?. Sebab  ? katakan kepada mereka bahawa DAP anti umat Islam dan DS Anwar Liabiliti kepada Pakatan !.

Tentu DS Anwar dan Lim Kit Siang terus terpukang dibawah meja. kah...kah...kah...


No comments: