PAKATAN MULA PROVOKASI JENTERA JADI GANAS DITENANG





Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang meletakan keyakinan 40 peratus untuk menang diPRK Tenang. Ia menurun 10 persen dari keyakinan awal. Tahap keyakinanan 40 peratus itu  katanya supaya jentera Pas berkerja lebih keras lagi untuk kemenangan.

Kedua,  keyakinan 40 peratus itu juga mungkin satu hakikat yang ada dalam pemikiran Pas itu bila melihat keadaan sebenar pada hari penamaan calon. Jika Pakatan benar-benar kalah mudahlah dia mengatakan kepada umum " bukankah saya sudah kata? " Gaya lama itu masih ada.

BN dalam membuat keyakinan agak berbeza kerana sistem maklumatnya agak terkehadapan jika lapuran meja tepat dan tidak pakai tembak sahaja keyakinan boleh diukur. Kecuali, berlaku perubahan besar disaat-saat akhir yang tidak boleh dijangka.

Keyakinan Hadi 40 persen itu sebagai perangsang berkerja mati-matian agar lebih agresif lagi dikalangan jentera. Tetapi agak bahaya, ia boleh menyebabkan berlaku kekasaran, keganasan serta kekacauan kerana suasana atau gambaran 'pasti mati' itu digembar-gemburkan.

Ini adalah cara Pas dan Pakatan memerah dan mengeksploitasi pemikiran dan perasaan jenteranya supaya sentiasa rasa tertekan dan membuat apa sahaja tindakan termasuk pelanggaran undang-undang.

Perasaan tertekan pula merbahaya kepada parti itu sendiri hingga menjadikan perasaan menguasai pemikiran.  


Bila dada menguasai kepala alamat bungkussss !.


1 comment:

sgray said...

correction beb Anon..Bukan dada menguasi kepala...sebab dada tu berkait rapat dengan Ilmu..tempat simpanan Ilmu..

Kalau menurut gua bila store kunyit dah menguasai KEPALA bro...tu yang hasil nya busuk sahaja..faham ajelah source dari store KUNYIT..kan berbau