PAKATAN SELANGOR - MAHU PINDA APA JIKA TIADA DUA PERTIGA ?

             



Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijangka hujung bulan ini hanyalah satu mesyuarat biasa Pakatan Rakyat negeri Selangor sahaja.   BN telah menyatakan pendiriannya tidak akan hadir kepersidangan tersebut semalam.

Sebarang pindaan undang-undang yang melibatkan perlembagaan negeri atau Persekutuan adalah selari antara negeri dan pusat. Pindaan Perlembagaan memerlukan dua pertiga dari jumlah kerusi seluruh negeri Selangor.

Pakar perundangan terkenal Profesor Salleh Buang mengatakan "adalah mustahil  bagi kerajaan negeri Selangor untuk meminda Perlembagaan negeri kerana mereka memerlukan dua pertiga untuk meminda Perlembagaan tersebut". (Bernama).

Selangor hanya mempunyai 56 kerusi DUN.  Dua pertiga dari jumlah itu adalah 37.33 kerusi.  Kedudukan undi yang jelas dua pertiga adalah 38 kerusi.   Kerusi mereka adalah PKR 14, DAP 13 dan Pas 8. Kesemua 35 kerusi.   Jumlah kerusi BN adalah 21 kerusi. Ini bermakna Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang ADUN lagi baru cukup dua pertiga.

Nah jika begitu, bagaimana pula perlembagaan boleh dipinda jika tiada syaratnya dua pertiga?.  Apakah Perlembagaan negeri Serlangor hanya majoriti mudah untuk meminda perlembagaan?.  Jumlah dua pertiga adalah selari dengan Perlembagaan Negara. Hantu mana tiga ADUN diperlukan itu boleh dijamu?.  

Jika tidak cukup dua pertiga sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan maka deraf pindaan itu hanyalah boleh dibakul sampahkan. Tidak sah dan tidak boleh dipakai.  Ringkas cerita  wahasil balik asal.

Apa jua yang diputuskan dalam sidang tergempar DUN itu, dimana ianya  berkaitan dengan pindaan undang-undang itu .  jika dilaksanakan juga maka  SPRM boleh mengambil tindakan kepada mereka kerana menyalah guna kuasa berlandasakan undang-undang yang tidak wujud.


No comments: