KHALID TIDAK BOLEH DIHARAP LAGI





MB Selangor bukan lagi tempat orang melayu bergantung harap membela mereka.  Dia tidak sepatutnya menjadikan peluang yang diberikan oleh rakyat sebagai mementingkan diri dan pakatannya sahaja. Sekarang mereka tidak lagi mengambil peduli hal-hal rakyat. Sebalik sejak krisis antara politik dengan pentadbiran  sebahagin besar masa dicurahkan kepada politk yang tidak menguntungkan rakyat terbanyak.

Mereka menjadikan mandat yang diberikan seperti mereka mendapat syarikat Sendirian Berhad sahaja. Mereka menyamakan pentadbiran kerajaan peraturannya sama dengan syarikat Sdn Berhad juga. Syarikat lain, siapa majority boleh memilih pengurusan dan polisi tersendiri. Didalam kerajaan ada undang-undang perlantikan pegawai. Ia berlaku melebihi 50 tahun.

Disebuah negeri terdapat  empat komponen penting yang jelas iaitu raja, kerajaan, pemimpin politik dan pemerhati  seperti media dan orang luar. Jika raja, sebahagian besar rakyat dan anggota pentadbiran tidak diambil kira dalam pemerintahan bermakna mandat yang diberikan adalah sia-sia.

Dalam mengkaji politik dinegara-negara dunia ketiga masih banyak terdapat negara mundur seperti diAfrika, beberapa bahagian Negara Asia serta Amerika latin terdapat ciri-ciri kepimpinan umpama negeri  Selangor  dan Pulau Pinang.   Jika ingin melihat model tersebut itulah negerinya. Mereka mendakwa mereka 'the best' tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa yang best itu.

Sebagai contoh, Mereka menjalankan tugas-tugas pentadbiran tidak mengikut undang-undang  Merka mengeluar hasil mahsul Negara sesuka hati untuk kepentingan mereka, mereka sentiasa mengaku bahawa mereka betul. Jika kuasa polis dan tentera itu dibawah tangan mereka sudah tentu mereka yang menyuarakan kebenaran lebih awal dimasukan kepenjara tampa bicara.  Penjara-penjara dipenuhi oleh tahanan politik.

Ada  negara diAfrika yang mendapat kuasa  menerusi pilihan raya secara demokrasi akhirnya bertukar menjadi sebuah pemerintahan beraja mutlak kerana presidennya mengubah system itu bila kuasa dalam tangan mereka. Kemudian, presiden itu mengistiharkan dirinya ' King of the King'  raja segala raja.

Bila seorang Sultan yang memerintah negeri berkecil hati atas segala kedudukannya yang tertinggi dinegeri itu ada pihak yang menyanggah  segala tindakannya dalam amalannya mengikut undang-undang bermakna sudah lahir 'King of The King' dinegeri itu. King of The King itu membawa negeri itu mundur kebelakang dan berkecamuk. 



1 comment:

YANG GAMBI said...

Begitulah kalau Melayu hanya diberi kuasa hanya duduk di kerusi sahaja... tetapi dikelilingi dengan tangan-tangan yang memegang tali untuk menentukan pergerakkan si badut...