SELANGOR –KRISIS MB DENGAN ISTANA TEGANG





Menteri Besar Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim tetap tidak akur dengan keptusan Tuanku Sultan Selangor walaupun pihak istana telah menetapkan  tarikh penyampaian watikah  dan angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri pada 6hb Januari 2010.

TS Khalid masih lagi berkeras mahu mengubah ketetapan dengan berbagai-bagai hujah tentang kepentingan pejabat MB wajar terlibat dalam pemilihan senarai SUK. Jawatan kuasa yang dibentuk dketuai oleh Speaker Dewan Negeri telah menemuduga dan menyenarai pendek tiga calon yang sesuai mengikut kriteria  mereka.

Tan Sri Mohd Sidek Hasan KSN dikatakan tidak professional dalam pemilihan dengan membelakangkan  proses  pemilihan yang ditetapkan dan proses itu melanggar Perlembagaan. KSN juga dikatakan ada motif poltik mencabar kredibiliti kerajaan PKR negeri Selangor.

Bagi TS Sidek KSN tugasnya sehingga selesai mendapat perkenan Tuanku Sultan telah dilaksanakan. Tuanku pula  tetap dengan apa yang diperkenankan  sebelum ini. Jika Ts Khalid terus berdegil  bermakna krisis beliau dengan istana lebih memuncak.

Sejarah pada tahun 1978, berlaku diPahang  hanya ada sedikit perbezaan  bahawa pada ketika itu Tuanku Sultan Pahang tidak berkenan kepada MB yang pada ketika itu Allahyarham Dato' Abdul Rahim Bakar.

Berlaku krisis yang menggegarkan politik Pahang akhirnya MB terpaksa gulung tikar bantal meninggalkan kerusi MB. Nampaknya TS Khalid seakan-akan mengikut jejak langkah yang kedua, selepas peristiwa Pahang  ini.

Saya merasa hairan  mengapa TS Khalid mengatakan bahawa KSN ada motif politik sedang beliau bukan ahli politik. Beliau adalah sebagai pentabir sahaja. Tetapi senarai yang dikemukakan oleh Jawatan kuasa Khas yang terdiri dari tiga orang iaitu Speaker Dewan dan dua Exco Selangor yang lain itu adalah orang politik. Bagaimana pula orang politik tidak bertujuan politik sedangkan orang bukan politik diprasangka ada tujuan politik?.

Buku mana begitu?.



No comments: