Dewan ulama'Pas Kedah menolak keras buku tulisan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasionalnya Dr, Mujahid Yusuf Rawa bertajuk 'Menuju Pas Baru'. Kandungan buku itu antaranya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama' Pas bahawa parti itu perlu berpijak diatas bumi nyata dan harus di'Nasionalkan'.
Mujahid juga memberi penekanan agar Pas berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat kePutrajaya dicapai.
Penolakan tersebut disuarakan oleh Naib Pengerusi Dewan Ulama' Yusuf Mahmud dengan mengatakan ulama' tidak lemah hanya perlu diperkasakan. Buku itu mengelirukan orang ramai terhadap asas perjuangan ulama' berteraskan Islam.
Matlamat perjuangan Pas bukan untuk kePutrajaya tetapi menegakan hokum Allah. Tidak guna kePutrajaya jika Pas terhakis perjuangan. ( sinar Dec 30, 2010 : N4 )
CATATAN PINGGIR
Pandangan Dr. Mujahid itu menyanggah pemikiran golongan lama yang sudah berkarat didalam Pas. Ia sudah tentu ditolak kerana mereka berada dalam 'myopia politic'. Myopia bermaksud satu pemikiran bahawa itulah cara politik yang terbaik.
Jika diperhatikan kepada matlamat perjuangan ulama' Pas yang dikatakan oleh Yusuf Mahmud itu, ada dua keadaan yang mengelirukan muda: Pertama, matlamat menegakan hukum Allah ( dakwah) dan kedua, kerja-kerja mereka meletakan putrajaya sebagai sasaran juga sebagai matlamat.
Golongan muda yang diwakili oleh Dr Mujahid itu mahu Pas praktikal bahawa Parti itu adalah parti politik bukan sebuah NGO dakwah Islamiah. Jika parti politik mesti ada matlamat kekuasaan. Menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Jika matlamat dakwah caranya berbeza.
Andainya ada matlamat kekuasaan pula ia mesti berpijak atas bumi nyata bahawa acuan yang ada sekarang mengikut system yang ditetapkan oleh kerangka Pelembagaan Persekutuan. Matlamat tidak fokus secara jelas menjadikan parti itu terumbang ambing. Contohnya jika ingin Berjaya dalam sukan bola sepak perlu berlatih diatas padang bola bukan diatas padang takraw.
Perjuangan Islam diperluaskan tampa sempadan (universal) sedangkan paksi sebenar adalah diMalaysia dan dikalangan rakyat Malaysia. Penentuan kuasa adalah ditangan rakyat negara ini. Ini peringatan sinis yang cuba dikemukakan oleh Dr Mujahid. Siapakah rakyat Negara ini?. Terbesarnya Melayu, China dan India serta suku kaum diSabah dan Serawak.
Pengiktirafan terhadap orang melayu-Islam itu harus menjadi keutamaan. Bukan menafikan soal-soal kepentingan melayu. Jika Islam ingin mengejar sokongan umat Islam asasnya adalah orang melayu kerana mereka majoriti beragama Islam. Islam semata-mata tanpa mengambil kira orang melayu, raja-raja melayu pasti gagal.
Sekiranyanya ingin menegakan Negara Islam, ia pula tidak boleh digaul dengan unsur-unsur yang menghalang matlamat itu. Jika bercampur sudah pasti matlamat itu akan melencung jauh. Contohnya DAP yang anti Islam tentu tidak mengizinkan terbentuknya sebuah Negara Islam.
Dasar dan matlamat sekarang langsung tidak tepat dan parti itu sentiasa tergelincir dari landasan. Golongan muda cuba mengubahnya tetapi ditolak oleh pihak yang merumuskan dasar. Setidak-tidaknya tunggulah lebih dua puluh tahun akan datang. Golongan menguasai sekarang sudah direhatkan.
Namun demikian golongan muda yang dinamik akan rasa bosan jika Pas berada ditakok lama. Dr.Mujahid dikritik hebat. Jika hampir tahun pemilihan parti Dr.Mujahid pasti lingkup. Mengapa mereka menolak? Jika menerima cadangan itu, golongan lama akan kehilangan tempat dalam arus perdana perubahan kerana mereka tidak dapat mengikut tempo perjuangan zaman kini.
1 comment:
Pas dahulu lain, pas kini tersangat mementingkan kroni. Apa yang kroni nak, mesti dapat di bawah kepimpinan yang didakwa kononnya ulamak.
Pas mesti berubah ke arah pembangunan insan mulia. Mesti melihat kerja-kerja di dunia ini sebagai satu ibadah, berakhlak hasanah, tidak menyeleweng, tapi kini melencung ke arah separuh masak. Kepemimpinan ulamak separuh masak.
20 tahun pas rentah Kelantan, apa yang dilaksanakan untuk pembangunan insan?. Mereka kini berdakwah langsung tidak menjurus ke arah pembangunan duniawi dan ukhrawi. Timbul pelbagai fitnah yang di bawa ulamak dengan sembahyang hajat memusnahkan muslim lain, sedangkan ini bercanggah dengan ajaran Islam.
Kenapa kawasan balak diberi kepada syarikat kroni beribu-ribu hektar menjadi kaya raya, sombong melangit sedangkan golongan miskin, anak bertambah, hidup menderita. Ulamak Pas menghukum orang lain tak betul, umpama ketam mengajar anak berjalan betul tapi sebenarnya, ulamaklah yang menjahnamkan umat Islam hari ini.
Lihat pas Kelantan, berapa orang wakli rakyat pas terdiri daripada cerdik pandai Islam. Ada wakil rakyat dijulang dengan jenama ustaz, tapi khabarnya balum bini orang.
Contoh, Dr Haron Din tidak celupa seperti Nik Aziz. Hj Hadi kurang sikit, tapi dijajah oleh Nik Aziz. Nik Aziz merupakan kaum muda yang dahulunya dipimpin ayahnya Tok Nik Mat Alim Pulau Melaka. Mereka ini selalu bercanggah dengan Tok Guru Hj Mad Pauh, ulamak kaum tua di zaman itu.
Orang pas mesti berubah, bukan sahaja syarahan berubah di balaisah, tapi hidup mesti berubah ke arah yang lebih baik, untuk mendapat keredhaan Allah. TK.
Post a Comment