AKHIRNYA KHALID TUNDUK JUGA PADA KHUSRIN





SHAH ALAM - 7 FEB -  Akhirnya Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa tunduk kepada Datuk Khusrin menerusi satu pertemuan jam 5.00 petang tadi  secara tertutup. Tidak ada pihak yang tahu tentang pertemuan tersebut kerana ia tidak diwar-warkan.

Bagaimana pun tidak diberi tahu bila diadakan sumpah simpan rahsia dihadapan Menteri Besar untuk membolehkan Datuk Khusrin masuk kemesyuarat  EXCO kerajaan negeri Selangor. 

Kita tidak dapat membayangkan bagaimana wajah Tan Sri Khalid mengangkat muka memandang wajah Datuk Khusrin setelah ditolak habis-habisan.  Andainya, Pindaan Perlembagaan Negeri itu berjaya, sudah tentu Datuk Khusrin tidak dapat lagi duduk dikerusi SUK dan melihat semula wajah Menteri Besar itu.

Hari ini kita dapat bayangkan wajah Tan Sri Khalid begitu serban,  buat kali pertama memandang muka Datuk Khusrin. Berat bukan?.  Alangkah baiknya jika diterima dari awal-awal dengan perasaan dan pemikiran terbuka, kerja dapat dijalankan bersama- sama selepas sumpah diIstana hari itu.

Begitulah keadaan bila manusia tidak yakin kepada ada kuasa yang lebih besar menentukan kehidupan manusia samada hidup matinya, rezeki, jodoh pertemuan, pangkat dan darjat serta ajal dan tanah perkuburannya. Kadangkala cara kita mentafsirkan kesyukuran itu amat sempit, hingga kita cuba menafikan kerja-kerja Allah swt dengan sedaya upaya akhirnya menemui kegagalan.

Oleh itu, Tan Sri Khalid harus belajar dari pengalaman itu bahawa segala ketentuan itu adalah kuasa Allah dan  insaf bahawa kuasa dan kedudukannya juga bila-bila masa boleh dengan sekelip mata hilang.

Insaflah.

1 comment:

MohdKamalHasan said...

sory YB kerana tak response to your cal recently..... Brain Damage ....so bila boleh kita bloogging sama sama lagi ada port baru saya yakin Dato pasti happy lokasi ini.