PILIHAN RAYA –KERJA KOMPONEN BN MASIH TAHUN ENAMPULUHAN -BAGUS BACA !





Semalam kita sudah jelas, apa yang sebenar yang menunjangi organisasi parti-parti politik orang China diMalaysia samada MCA, DAP dan Gerakan. Jika ada yang tidak mengikut entri semalam, ada baik membacanya sebelum membaca artikel ini.

Ini adalah pandangan dari satu sudut kecil dari berbagai sudut berdasarkan demograpi dan sosio budaya berlandaskan geopolitik yang berbeza. Jika sama itu adalah secara kebetulan. Namun demikian saya cuba melihat berdasarkan politik kebangsaan agar ia dijadikan ukuran meyeluruh.

Saya mempunyai pengalaman pada 1995 sebagai pengarah pilihan raya peringkat DUN waktu BN tengah kuat dan parti-parti pembangkang sangat lemah, dimana parti Semangat 46 mula berkubur sejak tarikh PRU tersebut.

Pada 1999, saya menjadi Pengarah diPeringkat Parlimen ketika BN digoncangkan oleh kes pemecatan DS Anwar sebagai TPM dan Timbalan Presdiden UMNO. Keadaan begitu gawat hingga kebanyakan kawasan BN mendapat majoriti yang kecil banyak juga yang kalah. Di Pahang pada ketika itu 8 kerusi DUN kalah tetapi parlimen semua menang.

2004, sekali lagi saya menjadi Pengarah operasi Pilihanraya diperingkat Parlimen, dimana pertama kali PRU zaman Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri. Pada kali itu, BN sapu bersih semua kerusi.  PKR, DAP dan PAS dalam keadaan leper dan nyawa ikan. Dengan keyakinan BN sangat kuat itulah maka Pak Lah sedia membebaskan DS Anwar Ibrahim dari penjara. PRU 2008, senjata makan tuan.

Pengalaman itu, mengajar kita bahawa jika UMNO tiada krisis,  BN akan boleh mendapat kemenangan besar. Ini bermakna, UMNO mesti. Mesti berhati-hati jangan datang sebuah krisis nasional yang impaknya akan turun keakar umbi tidak dapat ditahan-tahan. Bila pucuk bergoyang, akar pun bergoncang. Jika dalam keadaan sekarang, berlaku krisis nasional, UMNO-BN tidak dapat diSelamatkan lagi.

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah pengalaman dua kali PRU sebagai pengarah Operasi Parlimen dalam membuat penilaian bagaimana MCA, MIC,  Gerakan dan PPP bekerja untuk mencapai kemenangan PRU kerana secara kebetulan diParlimen yang saya diamanahkan itu terdapat satu sit ADUN MCA. Disitu saya sedar bahawa ada kelemahan ketara parti-parti komponen dalam gerak kerja mereka.

MCA contohnya, Bilik gerakan mereka hanya dibuka pada waktu malam paling lewat jam 10.00 malam diperingkat Parlimen. Dicawangan-cawangan bilik gerakn langsung tidur dari senja lagi. Sedangkan BN-UMNO dibuka 24 jam sehari dua sebelum hari penamaan calon lagi. Sepanjang Pilihan raya Bilik Gerakan dimeriahkan dengan berbagai cara, supaya jentera merasa seronok bekerja. Begitu juga diperingkat DUN.

Bagi bilik gerakan MCA bilik Gerakan menjadi malap waktu malam sedangkan dibilik Gerakan Pembangkang meriah seperti apa yang berlaku pada Bilik Gerakan UMNO. Alasan mereka, masyarakat China sibuk waktu siang berniaga dan bekerja. Walhal dibilik Gerakan Pembangkang mereka itu tidak bekerja atau berniaga?.

Didalam MCA tiada makanisma 'headcount' atau kajian sikap setiap pengundi. Mereka hanya berkempen tetapi, kesan kempen itu tidak boleh diukur. Ini berlaku sejak merdeka lagi. Tidak ada konsep K10 untuk mengkaji kecenderungan undi setiap isi rumah. Menyebabkan banyak perkara tidak dapat dirumuskan.  Contohnya, sukar untuk mengesan perubahan diperingkat akhir, kesukaran membuat anggaran sokongan sebenar.Jumlah pengundi tinggal diluar tidak dapat dibilang. Menyebabkan data diperingkat parlimen hanya dibuat pakai anggaran lebih kurang menjadikan statistik sebenarnya tidak tepat.

Sepatutnya MCA, sebagai parti terbesar selepas UMNO sudah lama ada makanisma 'kira kepala' tersebut, bukan main anggaran pakai agak atau congak sahaja. Jika berlaku perubahan saat akhir, sukar dikesan dan diatasi. Mengambil contoh lagi PRK Tenang, tim Ilham Centre telah membuat kajian berdasar lebih 500 sampel, bila keluar keputusan, memang tepat. Kedudukan pengundi China 50-50.

Didalam UMNO ada jentera K10, atau G10 yang membuat servey berbulan-bulan lagi sebelum PRU. Data-data dikoleks berulang kali. Biasanya ditanda putih (sokong), Hitam (menentang) dan kelabu ( 50-50). Dalam tempuh berkempen, lapuran sikap diberikan setiap hari. Lazimnya dilakukan oleh Wanita UMNO. Oleh itu, jentera bergerak atas maklumat itu, lokasi yang kurang baik (putih) diperbaiki dengan berbagai cara.

MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain komponen BN bekerja harus lebih sistematik lagi, Jentera-jentera kajian sikap mesti ada hingga kehari mengundi. Kerja-kerja kempen pakai rambang tidak boleh dipakai lagi dalam keadaan sekarang. Jika tidak dapat mengubah ini maka, jangan harap MCA, Gerakan dan lain-lain akan menjadi parti yang berkesan sampai bila-bila. Sampai bila-bila tetap bergantung dengan orang lain.


Pihak lain akan mengambil kesempatan diatas kelemahan itu dengan memegag telur. Dengan cara tidak berusha memperkasakan organisasi itu bermakna sampai bila-bila juga telur anggota parti diserahkan untuk dipicit bila-bila masa oleh oarng lain hingga pecah berlendir   kah..kah..kah..





No comments: