Konvensyen UMNO Kelantan yang dihadiri 3000 orang kepimpinan parti dari semua susun tanggal 11Februari 2011 kemarin, merumuskan empat gerak penting untuk kembali mengemudikan Kelantan PRU 13 nanti. Pilihan langkah itu adalah, gerak saraf, pendaftaran pemilih baru, Jentera penerangan dan keterpikatan pengundi luar.
Sasaran BN adalah 23 kawasan DUN dan tidak kurang 7 kawasan parlimen akan dirampas dari Pas yang agak murung sekarang kerana kebosanan sebahagian rakyat Kelantan terhadap pimpinan Pas TG Nik Aziz yang memerintah masuk 21 tahun, naik taraf Pak Soeharto dan terakhir Hosni Mubarak di Mesir.
Petanda ini jelas dari sebahagian besar rakyat Kelantan perlukan perubahan. Hanya sejauh mana BN-UMNO dapat meyakinkan majoriti rakyat untuk mereka menjurus keputusan kearah perubahan tersebut.
Tidak dinafikan bahawa empat tunjang itu jika berjalan lancer, Pas akan tergolek. Pas memang tidak sekuat mana namun UMNO lemah, itulah penyakit utama. DiKelantan, pengaruh pengundi luar sangat besar impaknya kepada penentuan jatuh bangunnya kerajaan negeri.
Kelantan adalah satu-satunya negeri dimana penduduknya jangkaan totalnya besar tinggal dilingkunga luar Kelantan samada dalam bidang bisnes dan pekerjaan. Semasa PRU mereka pulang mengundi kenegeri itu. Kadang kala, tindakan yang kasar dari penguat kuasa DBKL terhadap penjaja kecil, warong Tom Yam diKuala Lumpur merupakan faktor yang mempengaruhi undi di negeri Kelantan.
Mengimbas pandangan golongan muda dari luar dan dalam Kelantan, mereka masih mempunyai persepsi bahawa gerakan UMNO masih luar kotak dengan budaya masyarakat Kelantan sendiri. Mereka mengatakan kepimpinan UMNO masih nampak eksyen, membezakan diri dengan masyarakat Kelantan. Pembezaan itu ketara dalam cara berpakaian, bercakap, pendekatan dengan orang ramai.
Kata mereka lagi kehilangan undi yang besar kerana tidak dapat menyamakan dengan sifat keKelantanan yang hemah, mesra dan sebagainya. Contohnya, gelombang merah adalah baik dikalangan UMNO tetapi ia membezakan dengan orang ramai. Pemuda-pemuda yang beruniform menjauhkan dengan masyarakat umum. Cara pemuda UMNO itu menyebabkan mereka tidak dapat meresap kedalam darah masyarakat terbanyak
Adakah mereka perasaan bahawa mereka itu berbeza dengan masyarakat ?. Inilah masalahnya kerana mengenal diri bukanlah suatu yang mudah. Mereka harus sering bertafakur merenung dalam diri sendiri, sambilbertanyakan diri 'mengapa orang ramai mengatakan aku ini masih berbeza dengan mereka'.
Mengapa harus jadi sampai begitu? UMNO sendiri membudayakann ahlinya kurang lebih 65 tahun dengan gaya 'orang berjaya' jadi untuk kembali sama seperti masyarakat yang besar cara hidup seharian itu sukar dilakukan. Ya.. orang berjaya ada gayanya bukan?.
Adakah mereka perasaan bahawa mereka itu berbeza dengan masyarakat ?. Inilah masalahnya kerana mengenal diri bukanlah suatu yang mudah. Mereka harus sering bertafakur merenung dalam diri sendiri, sambil
Mereka memberikan pandangan agar jentera UMNO pertama perubahan yang hendak dilakukan adalah ‘mesra alam’ dengan masyarakat Kelantan itu sendiri tampa menunjukan kemewahan, tidak berbeza dengan ‘orang kampung’ dalam semua hal. Seterusnya lagi kata mereka UMNO harus menutup sifat berpuak-puak dalam UMNO dan semasa pilihan raya tidak terdapat cas keting yang boleh menghilangkan undi sesama sendiri. Jika dua perkara itu dapat diatasi kata mereka tidak ada sebab BN boleh tewas dan nescaya, empat garis yang disimpul oleh konvensyen itu akan terbukti kejayaannya.
Soalnya adakah UMNO boleh sampai ketahap itu?. Sanggupkah kepimpinan UMNO membuktikan dua perkara sebagaimana dikatakan oleh mereka tadi ?. Lupa pula… apa dia?. Emmm .. mesra alam dan tiada cas keting (padu). Jika sanggup berubah bermakna kerajaan negeri akan berubah. Jika tidak, buatlah apa gelombang, keputusannya hampir sama.
Ini terbukti dalam PRU12, 2008 BN-UMNO mengumpulkan golongan muda berarak pulang dengan bendera dari Kuala Lumpur tetapi semasa mengundi mereka mengundi PKR dan Pas kata mereka yang tidak mahu disebut nama-namanya.
Justeru itu, UMNO-BN harus mengubah sikap jika ingin Berjaya. Tulisan ini hanya hanya sebagai penyampai pandangan dari golongan muda dari Kelantan. Jika tidak berubah, alam sekeliling akan mengubahnya.
No comments:
Post a Comment