TRANSFORMASI POLITIK UMNO MESTI MENDAHULUI ZAMAN



Ada desakan kepada PM Najib, supaya mana pemimpin yang tidak cuba memperbaiki diri dalam hubungan media baru PRK kali ini dikurangkan bilangannya kerana mereka tidak layak menduduki kepimpinan alaf baru !. Mereka tidak sensitif kepada kaedah baru perjuangan abad ke21. Mereka juga merupakan pemimpin oder lama tahun 1960an hingga 1980an.

Dipringkat Bahagian sendiri kebutaan IT itu menyebabkan mereka tidak memperdulikan  kepentingan media baru. Mereka berkomunikas dengan rakyat kaedah tradisi hingga tidak dapat dikesan dengan rada  dalam zaman yang sentiasa sibuk ini.

Merka itu tidak dapat  update akan diri mereka selari dengan ilmu pengetahuan. Perdana Menteri sendiri telah mengubah diri hinggakan laman blog, twitter dan facebooknya dikawal sendiri walaupun sibuk dengan urusan harian dari subuh hingga ketengah malam. Difahamkan dalam perjalanan  pun belaiu masih sempat  update twitter dan facebooknya.

Pemimpin harus menjadi teladan kepada pengikut bahawa penambahan ilmu tidak terhenti dibangku sekolah atau kuliah sahaja. Sebaliknya, ia harus dituntut hingga menarik nafas terakhir. Jika pemimpin tidak dapat berkomunikasi dalam sistem dunia tunggal abad ke21 ini, mereka pasti ketinggalan zaman. Ramai pemimpin hidup tetapi sebenarnya dalam alam maya mereka sudah mati .

Mengambil mudah tentang system yang menunjang masyarakat generasi baru bukanlah kepimpinan yang diteladani. Jika mereka yang tidak berkemahiran dalam IT misalnya, menasihatkan generasi muda supaya belajar dan mendekati IT sedangkan rakyat tahu mereka buta IT, adakah mereka itu pemimpin yang berkesan atau hipokrit ?.

Justeru itu, kepimpinan juga wajar diselarikan dengan masa. Ia bagi menyesuaikan slogan PM Najib pada ketika ucapan sulungnya sebagai ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia ‘ berakar teguh – berakal canggih’ dan diikuti oleh ucapan sulung diperasmian peregerakan pemuda UMNO Malaysia  sebagai Timbalan Presiden  ‘pemuda Glokal’  yang bermaksud  ‘global dan lokal’ .

Kedua-dua slogan tersebut adalah ‘melayu yang dapat menyesuaikan diri dengan globalisasi dan tidak tercabut dari akarnya sebagai orang melayu.  Segala tindakan adalah manifestasi dari pemikiran global tetapi adab dan budaya kekal sebagai amalan budaya bangsa melayu-Islam.

Jika ia dapat diubah maka sudah masuk fasal transformasi politik Negara itu sendiri.  Adakah mereka memahami ciri-ciri transformasi  politik selain dari turun padang, mendekati masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat ?.

Jika mereka faham maka sudah tentu ianya tidak menghalang proses transformasi  kerana mereka bersedia mengubah diri sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan. Sekitar 20 tahun perjalanan koridor raya multimedia sudah pasti mengubah lanskap politik Negara. Namun demikian ianya terlalu liat untuk berubah maka proses transformasi adalah senjata berkesan.

Dikira agak sudah lewat kerana PRU 12, Pakatan Pembangkang mengambil senjata ini untuk menikan tuannya. Oleh itu PM Najib wajar tidak teragak-agak untuk mengadakan transformasi dan jadikan ia sebagai salah satu perkara mesti ada, bukan lagi baik jika ada atau jika tidak ada tidak mengapa. Jadikan ia sebagai garis panduan memilih mereka yang akan kehadapan. 


No comments: