Minggu hadapan ditetap tarikh PRK Kerdau kata Tan Sri Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof. Dua tarikh iaitu penamaan calon dan pengundian akan dibincang dimesyuarat itu.
Serentak dengan Merlimau?. Lebih mudah, jimat masa jika diadakan serentak. Masalah kecil bagi SPR untuk diadakan Serentak kerana pengalaman SPR bukan perkara baru mengadakan PRK, tidak serumit PRU atau PRK negeri ( Sabah dan Serawak).
Jentera SPR ?. Issssh.. senarai jentera SPR yang lama sudah ada bagi DUN itu. Hanya perlu disusun semula sahaja pada mana yang kekosongan atau mengubah suai sahaja. Semua rekod ada dalam tangan SPR.
Senarai daftar pemilih ?. Tekan butang, print semua keluarlah. Kerdau bukan ramai sangat pengundi. PRU 2008 yang mengundi hanya 5,750 sahaja. Lagi pun kawasan itu bukan susah sangat, kedudukannya sepanjang jalan besar Temerloh- Jerantut bermula dari kampung Desa Murni hingga kekampung Dato' Sharif Ahmad sahaja. Lebih kurang kedudukan kawasannya.
Baiklah, Persediaan parti politik yang akan serta?. Senanglah itu. Hanya pilih calon sahaja. Nama pun Ketua UMNO Bahagian Kuala Kerau pun sudah hantar pada PM 5 ke 7 nama. Kalau PM setuju salah satu dari senarai itu. Jika PM rasa tak selesa nama itu dia akan check nama lain yang dia rasa boleh menang.
Siapa rasa betul hendak jadi calon jumpa PM Najib, cakap terus terang. Jika hati dia lembut pada waktu itu jadi calonlah !. Dia marah jika lobi. Memanglah dia akan marah, terimalah. Kalau takut kena marah, hadapi marah pengundi lagi parah. Takut kena marah tidak boleh jadi wakil rakyat. Sebab wakil rakyat adalah papan sasar rakyat marah. Tapi jumpa PM kena cukuplah syarat apa yang PM kehendaki. Apa dia?. Bukankah dia sudah kata "siapa boleh menang". Kena ukurlah diri. Apa kekuatan yang ada. Kalau tidak boleh ukur?. Emm Boleh pergi.
Pembangkang?. Pembangkang katanya Datuk Fauzi Rahman Pengerusi PKR hendak bertanding. Dia isilah borang calon nanti. Bukankah itu kawasan Tradisi Pas ?. Itu kerja dia oranglah samada Pas atau PKR bukan urusan SPR.
Apa yang penting SPR bersedia atau tidak. Jika SPR bersedia, PRK akan berjalan lancar. Sedia kah?. Emmm sebagaimana kita kata tadi, yang diatas SPR itu hanya buat keputusan sahaja. Mereka arah yang dibawah ini siang malamlah buat kerja. Garis panduan semua sudah ada, apa yang keutamaan dahulu mereka pasti akan siapkan dengan apa cara sekali pun.
Kalau begitu serentaklah dengan Merlimau?. Ya..ya.. bagus serentak. Cepat selesai masalah. Dua-dua itu kubu kuat BN. Bagus juga uji sekali lagi jentera BN. Jika Merlimau kalah, Datuk Wira Ali Rustam cari pintu keluar. Jika Kerdau kalah Datuk Seri Adnan Yaakob pula cari tingkap keluar !.
Siapa yang keluar agaknya, Dua-dua payah keluar kecuali sampai masa ajal !.
No comments:
Post a Comment