ANWAR KEBAL DARI SEKATAN KELUAR NEGARA




    dua bayi yang baru lahir 


Desakan supaya DS Anwar tidak dibenarkan keluar masuk negara dengan bebas oleh berbagai pihak ada kewajarannya. Kerajaan tidak harus mengamalkan double standard dalam melaksanakan undang-undang kerana beliau seorang tokoh pembangkang maka kerajaan tidak perlu bertegas. Jika rakyat biasa sudah pasti tidak dapat sebebas itu.

Memadailah kebenaran  bebas bergerak didalam negara sahaja. Kewajaran itu atas dasar tuduhan terhadapnya adalah 'perlakuan jenayah' bukan disabitkan dengan hal-hal sivil. Adalah sangat tidak adil jika sebarang sekatan keluar masuk negara dikenakan kepada rakyat biasa sahaja sedangkan pemimpin diberi kebebasan walaupun dituduh dan dibicarakan melakukan jenayah.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan,  sorang rakyat Malaysia tidak membayar cukai pendapatan sebanyak RM715 disekat keluar negara bagi menunai ibadat umrah . Cukai itu dikenakan kerana menjual tanah kampung sekangkang kera tapak rumah oleh seorang wanita kerana suaminya hilang perkerjaan pada waktu itu untuk menampung pelajaran anaknya ramai bersekolah dan masuk universiti serta membayar hutang. Walaupun akhirnya selesai dengan pembayaran tetapi isunya yang pokok persoalanan.

Jika dibandingkan dua kes diatas, adakah ianya adil kepada rakyat marhaen ?. Cuba beri alasan kepada saya apa pertimbangan keadilan hingga seorang pemimpin boleh jadi kebal begitu rupa. Walau pun ada jaminan diri kepada Mahkamah, tetapi adakah ianya merangkumi hal-hal melarikan diri atau perlanggaran undang-undang diluar negara?. Apakah galang gantinya?.

Jika memburuk-burukan negara dinegara lain yang boleh mendatang kesan imej, kesan ekonomi dan persepsi luar kepada negara ini bukankah ianya satu kesalahan terhadap undang-undang negara?. Jika menghina mahkamah diluar negara, apakah kerana ianya berlaku diluar negara tidak diambil kira dalam jaminan tersebut?.

Apa maknanya ucapan beliau " saya boleh pilih untuk tinggal disini (Washington) dan tidak kembali keMalaysia, tetapi pilihan telah dibuat, satu kaki saya diParlimen dan satu kaki lagi dipenjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul dimahkamah pada 14 Februari".  Katanya lagi, " muncul dimahkamah hanyalah satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa anda pasti akan dipenjarakan" . Utusan Malaysia dari petikan http://www.anwaraidc.com.

Ada dua isu disitu. Pertama kebebasannya untuk memilih samada terus lari atau tidak. Kedua,  menghina mahkamah dihadapan komuniti antarabangsa ( forum the future of democracy in the Islamic world) seolah-olah mahkamah diMalaysia begitu rendah mertabatnya, jika didakwa sahaja pasti masuk penjara. Satu gambaran ketidak adilan yang sangat tidak bertamadun diMalaysia.

Rakyat sedar, sebarang sekatan itu diberi kelonggaran kerana tidak mahu mendapat gambaran negatif dari pihak luar dan dalam negara seperti yang berlaku di Myamar dan dilain-lain negara terhadap tokoh pembangkang negara ini.

Dengan kelonggaran itu memberikan ruang kepadanya menimbulkan gambaran buruk kepada negara, lebih buruk dari memberi kelonggaran bebas sedemikian. Jika begitu, ternyata beliau tidak menghargai peluang yang diberikan dan ianya patutlah ditarik balik, sekurang-kurangnya hak kebebasan keluar masuk negara ini.



No comments: