PAS sekali lagi bertanding untuk kalah diMerlimau. Pengakuan Pas itu dibuat oleh Mahfus Omar bahawa Pas hanya berusaha mengurangkan majoriti BN. Pas bertanding bukan untuk menang, jika dapat mengurangkan majoriti pun cukup baik untuk PRU nanti. Ini bermakna kepimpinan Pas Pusat sudah mengetahui keputusannya lebih awal lagi.
Sesuatu pertandingan jika sudah tahu keputusan lebih awal sangatlah bahaya kerana ia akan mengurangkan komitmen dari seluruh jentera. Sebalik semasa memberi motivasi kepada jentera mereka mengatakan Pas pasti menang, agar jenteranya bekerja keras dan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Walhal, kepimpinan tidak begitu komited hanya memperalatkan orang bawah.
Kenyataan pimpinan Pas pusat itu, akan memberi kesan buruk kepada calon yang bertanding kerana didokong oleh kepimpinan yang tidak begitu serius untuk menang. Sedangkan calon yang bertanding bermati-matian. Ini kes menginaya calon seperti yang berlaku diTenang.
DiTenang, Cik Gu Normala hilang pekerjaan, suaminya juga dengan isu mc, terbarai dan imej keluarga itu kelihatan tercalar dengan berbagai isu yang tidak timbul jika tidak dicalonkan, setelah kalah hasil tolakan pimpinan yang tiada azam kuat untuk menang. Lebih baik tidak meletakan calon langsung, semua pihak tidak membuang tenaga, masa dan wang ringgit serta maruah.
Bagaimana pun bagi Pas mereka sentiasa ada yang dungu untuk ditolak menjadi calon. Bila keputusan keluar, calon mengalami kesan jiwa terhadap kekalahan tersebut akibat sokongan yang tidak sepenuh hati dari pucuk pimpinan.
Kepada yang tersenarai untuk jadi calon Pas janganlah terlalu gembira untuk menjadi kambing jantan korban.
.
.
2 comments:
layarilah www.freemalaysiakini.com , ianya percuma dan sebarkan kepada pembaca blog anda
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.
• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.
Post a Comment