PAS AKAN BERTUKAR JADI PARTI DEMOKRATIK ISLAM DEMI SURVIVAL



(bahagian 2 )



Dr Wong Chin Huat menganjurkan kepada Pas untuk survival politik Pas agar membentuk sebuah perjuangan Parti Demokrat Islam yang membawa suara konservatif.

Apakah dia  konservatif ?.  Konservatif adalah perkataan Inggeris ‘ Conservative’ . Kamus DBP memberi makna  conservative  adalah ‘Kuat (cenderung) hendak mengekalkan sesuatu yang telah menjadi kelaziman atau tradisi ; tidak mudah mendorong atau menerima perubahan ( pendirian kolot) : conservativie principle – lunas fahaman tua’

Konservatif yang disaran oleh Dr Wong kepada Pas supaya mengekalkan perjuangan nilai kekeluargaan, menentang judi, arak, maksiat merujuk kepada  Al Quraan dan Sunnah.  Ia  bermaksud meninggikan nilai hubungan kekeluargaan, persaudaraan, kesan-kesan buruk dari maksiat, judi dan arak.

Ia diperjuangkan dalam bentuk nilai sejagat (universal) bukan agama dalam bahasa yang difahami oleh golongan bukan Islam. Nilai-nilai sejagat itu tidak dikaitkan dengan akidah. Nilai-nilai yang baik itu  untuk seluruh manusia jagat raya tanpa mengira latarbelakang agama, kaum dan sebagainya.

Dr.Wong memberikan gambaran  nilai sejagat itu dengan mencontohi bank Islam  katanya  pemegang akaun Bank Islam itu lebih ramai orang-orang China dari orang Islam sendiri kerana Bank Islam mempunyai nilai yang memenuhi cita rasa kaum itu.

Semua penganut agama mengakui nilai baik itu tidak kira Islam, Kristian, Hindu, Budha , seikh dan lain-lain.  Dr Wong berkali-kali menekankan nilai-nilai itu tidak dikaitkan dengan akidah Islam.

Jika Pas memperjuangkan idea demokratik Islam itu nescaya akan diterima sebagai parti yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama sekali gus dapat mengambil alih UMNO sebagai teras politik negara ini. Disambut dengan Takbir ! Allahu Akbar,  Takbir !, Allahu Akbar, oleh para pemimpin Pas didalam dewan itu.

Sedikit demi sedikit Dr.Wong menerapkan nilai pluralisme agama kedalam minda kepimpinan Pas. Oleh kerana kepimpinan Pas itu kebanyakannya mempunyai bidang ilmu sehala iaitu ‘agama’ maka mereka kian taksub dengan Dr. Wong  dan ternganga,   masuk akal dengan saintis politik DAP berkenaan. 

Mengapa saya katakan penerapan pluralisme agama, ikuti post selepas ini.


No comments: