SUARA KONSERVATIF PAS TIDAK DIKAITKAN DENGAN AGAMA – DR.WONG CHIN HUAT


( Bahagian 3. jika baru ikuti kembali ke 1 dan 2)

Islam adalah agama yang berintikan keimanan dan perbuatan (amal).  Keimanan itu merupakan akidah dan pokok yang diatasnya berdiri syariat Islam. Perbuatan itu merupakan syariat yang berpaksikan keimanan atau  akidah itu. Mudahnya, iman = akidah,  amal atau perbuatan = Syariat.

Pengertian akidah ?  jika sudah jelas  apa makna  keimanan maka itulah akidah. Rukun iman. Dari kanak-kanak belum baligh lagi kita sudah hafal rukun Islam dan rukun Iman. Tidak mengapa kita ulang semula.

Percaya kepada Allah,  percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah perantara rasul-rasulNya,  percaya kepada nabi-nabi dan rasul-rasunNya, Percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada takdir ( qadha’ dan qadar).

Itulah makna akidah yang merupakan kesatuan yang tidak akan berubah-ubah kerana penggantian zaman atau tempat. Tidak pula diganti-ganti kerana perbezaan golongan, puak , kaum atau masyarakat. ( disari  dari  pemikiran Sayid Sabiq (1974) Al –Aqaid Al-Islamiyyah. Terjemahan Moh. Abdal  Rathomy. Bandung :  C.V. Diponegoro ).

Keimanan dan  perbuatan ( akidah dan syariat)  antara satu dengan lain bertaut, saling berkait dan tidak dapat dipisahkan, ibarat pohon dengan buahnya.  Jika pohon nangka, buahnya  pasti nangka. Pisang-pisang. Atas hubungan yang amat rapat itulah maka amal perbuatan sentiasa terlandas atas keimanan yang sebahagian besarnya disebut dalam Al Quraan. Contoh :

“.. berikanlah berita gembira kepada orag-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, bahawasanya mereka itu akan memperoleh shurga yang dibawahhnya mengalir beberapa sungai “. ( Baqarah 25 ).

“..sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, maka Tuhan yang Maha Pengasih, akan menanamkan dalam( hati) mereka rasa kasih saying” . ( Maryam 96 ).

Nah, jika memahami pengertian akidah dan syariat itu bertaut rapat langsung tidak boleh dipisahkan  sebagai premis pemikiran dan kepercayaan serta cara merasa seluruh kehidupan muslimin maka Dr. Wong Chin Huat menekankan bahawa  nilai-nilai baik itu tidak boleh dikaitkan dengan agama.

Bagi kaum muslimin apa sahaja berbuatan termasuk fikiran dan perasaan wajar dikaitan dengan  agama. Dikaitkan dengan Tuhan. Dari celik mata pagi hingga tidur semula waktu malam semuanya kerana Allah SWT. Apa juga perbuatan ada hubungan dengan Tuhan. Dari sehalus-halusnya hingga sebesarnya ada nilai agama, nilai ketuhanan. Contoh yang paling kecil:

Seorang yang membeli sebatang jarum untuk menjahit pakaian yang koyak pun ada hubungan dengan Allah SWT. Mengapa?.  Dengan menjahit koyak tersebut  akan menutup aurat, aib dan memelihara pandangan manusia lain kerana Allah SWT menyeru supaya sentiasa menjaga kehormatan.

Apatah lagi ia berkait dengan jenayah, seperti zina, judi, arak, maksiat, rogol, bunuh dan sebagainya. Itu larangan keras Allah SWT. Perkara dasar Ketuhanan. Nilai-nilai baik dan tidak baik itu ada ganjarannya yang mesti dikaitkan dengan agama. Ganjaran  dunia dan selepas mati. Cash didunia dan tunai diakhirat.

Bagaimana pula Dr. Wong menjalarkan pemikirannya kedalam pimpinan Pas dan PKR supaya nilai sejagat itu tidak dikaitkan dengan agama ?. Bank Islam yang disebut oleh Dr. Wong itu yang mendapat sambutan kaum lain tentang nilai-nilai sejagatnya  sangat rapat dengan doktrin kewangan Islam, dalam konteks menjauhi riba. 


Jika diperhati dan dinilai seluruh kerja-kerja pemerintah hari ini (BN) ada nilai-nilai sejagat yang dikaitkan dengan dengan agama. Jika disebut bank Islam itu adalah satu antara juta nilai-nilai sejagat yang ada kaitan dengan ketuhanan. Sebab itulah negara ini telah dilempahi cahaya, rahmat Allah SWT jika diamat dan berfikir dengan mata hati.

Panjang sangat. Tidak sampai lagi kepada pengaruh pluralisme agama Dr Wong Chin itu lagi. Namun demikian bayang-bayangnya sudah ada bukan?. Nampaknya sambung lagilah.. 
 
ikutilah dipost akan akan datang.






No comments: