SELANGOR – MAHU TUBUH PASUKAN POLIS SENDIRI ?




Permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuh pasukan polis sendiri atas nama polis bantuan telah dihantar kepada Menteri dalam Negeri semalam kata  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Surat itu sebagai susulan kepada surat  Julai 2009 masih belum mendapat jawapan.

Mengapa minta tubuh polis bantuan?. Katanya “ Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri, dan tiada alasan munasabah Kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat” dalam kenyataan media semalam.

Adakah sekarang rakyat negeri itu tidak selamat?.  Jawapannya  mudah, memang tidak berapa selamat kerana kadar jenayah meningkat.  Ini sudah tentu Majlis Keselamatan Negeri melapurkan hal itu kepada Kerajaan Negeri dari masa kesemasa. Ia bukan zaman PKR memerintah sahaja, MKN membuat penilaian sejak Negara ini mula merdeka  lagi. Kerana Isu keselamatan adalah isu keutamaan Kerajaan Persekutuan.

Adakah anggota polis tidak cukup ditempatkan dinegeri Selangor ?. Cukup, sebab  Kerajaan Persekutuan meletakan anggota Polis mengikut ratio penduduk disesuatu wilayah itu. Jika padat penduduk, besar jugalah anggotanya ditempatkan.  Selangor adalah negeri yang terpadat di Malaysia.

Soalnya, mengapa Selangor masih tidak Selamat ? Ini ada banyak jawapan yang tergaris menjadi puncanya.  Pertama,  kedudukan politik yang tidak setabil memberi impak besar kepada hal ehwal keselamatan rakyat. Dimana-mana sudut dunia sekali pun, jika poltik tidak seimbang akan menghadapi kesan itu.

Kedua,  Kerajaan negeri tidak menghargai sumber manusia yang menyumbang kepada maslahah keselamatan rakyat. Oic.. mengapa kata begitu ?. Bukti !.  Bukti !.Mana bukti ?. Baiklah. Jika kamu mahu bukti, saya akan berikan sedikit bukti. Ia sudah cukup menggambarkan keseluruhannya.

Pakatan Pembangkang sentiasa merendah-rendahkan mertabat polis sejak dari dahulu lagi. Mereka suka melanggar undang-undang  yang akhirnya menyusahkan anggota polis itu sendiri. Mereka suka mengadakan demo haram bukan sahaja mengganggu tugas polis malah masyarakat umum juga terlibat mengalami gangguan tersebut.

Pakatan rakyat tidak pernah menganggap pasukan anggota polis itu asset kepada Negara. Didalam ceramah-ceramah mereka sering menjadikan polis sasaran mereka.  Apakah polis, tentera dan berbagai lagi sumber manusia itu robot ?. Tidak mempunyai pemikiran dan perasaan ?.

Mereka menganggap polis itu anjing kepada Kerajaan Persekutuan.  Pada hal mereka itu menjalankan tugas menguat kuasakan peraturan dan undang-undang. Jika  sumber tenaga tidak dihargai malah dicemuh sepanjang masa adakah mereka mahu melaksanakan tanggung jawab lebih dari apa yang mereka dipertanggungkan ?. Tidak bukan.

Tidak cukup?.  Bagaimana jika ketua Kerajaan Negeri sendiri turun buat demonstrasi,  janji lain buat lain?. Masih lagi ingat bulan Disember 2010 Apabila Tan Sri Khalid mengetuai Pakatan berdemo dimasjid Negara tentang Isu Bekalan Air Selangor ?.  Bukankah polis beri  syarat jangan berarak,  MB bersetuju kemudian bila demo berjalan perarakan diteruskan juga sehingga masyarakat kota tersekat selama lebih 4 jam didalam kenderaan masing-masing ?.

Rumusnya, Tidak ada sebab mengapa KDN memberi  kelulusan polis bantuan tersebut kerana yang ada pun mereka tidak hargai. Sebaliknya mereka perlu menghargai sumber anggota yang sedia ada dahulu. Barang diingat bahawa polis bantuan tidak semudah mengwujudkan ‘pengawal keselamatan’. Ada banyak syarat lain-lain yang mereka patuhi dibawah akta Kepolisan.

Cuba  KLIK VIDEO INI.









2 comments:

Anonymous said...

Khalid Gagap memang bodoh bin bahlul. Selama ne dia tidur lena kat rumah, pelok perempuan jalang, siapa yang melaksanakan tugas....????????? Bukannya kerana Polis.. Kalau nak cuba - minta-minta sangat Polis Selangor diberi cuti rehat 1 hari sahaja. Semua anggota polis di Selangor tidak bertugas.. walaupun kecurian berlaku dihadapan mata.???? Apa akan jadi... biar Khalid Gagap dan orang-orangnya PKR, DAP dan PAS melaksanakannya.. biar padan mukanya... sialan, bangsat....

Anonymous said...

ANJING BELAAN PAS/PKR/DAP LEPAS DI JALAN

MINTA JABATAN HAIWAN TEMBAK ANJING ANJING PAS/PKR/DAP KERANA BUAT KACAU DI KAWASAN AWAM


PADA PENYOKONG PAS/PKR/DAP.

NEGARA INI TIDAK AKAN SAMA SEKALI TUNDUK PADA PENYOKONG YANG FANATIK YANG MENGGUNAK AGAMA UNTUK TUJUAN PERIBADI