Shuhami Shafeie ADUN Sri Muda Selangor ingin menjadikan Mahkamah sebagai gelanggang menguji pengaruh politiknya. Melalui laman blognya menyeru supaya rakyat Selangor yang simpati terhadapnya datang beramai-ramai meraikan hari sebutan kes hasutannya. Seruan itu dibuat menerusi laman blognya juga http://srimuda.blogspot.com.
Polis terpaksa memberi peringatan kepada orang ramai jangan buat kecuh diMahkamah Isnin nanti. Bukankah itu mencari penyakit namanya?. Sepatutnya Shuhaimi mencari jalan supaya dia boleh terlepas dari tuduhan itu. Lainlah jika dia ingin terus mengaku salah. Bolehlah dianggap sebagai lambaian terakhir dari penyokong-penyokongnya.
Shuhaimie harus ingat bahawa yang mengendalikan seluruh warga institusi mahkamah itu adalah manusia juga. Tidak dapat ditelah apakah mereka fikir jika keadaan menjadi sesak dan rimas nanti. Jika sudah beramai-ramai bagaimana jika ada yang emosi nanti?.
Bila berkumpul beramai-ramai dan berlaku hal yang melanggar undang-undang walhal tidak sekali-kali dapat membantu kesnya yang akan disebut nanti. Inilah akibatnya apabila mempolitikkan semua perkara. Shuhaimie harus ingat bahawa dakwaan itu hanya tuduhan belum tentu bersalah lagi sebelum keputusan sepenuhnya. Apa yang digambarkan sekarang seolah-olah dia sudah pasti tidak terlepas lagi.
Orang ramai juga harus fikir bahawa cara untuk menyelamatkan Shuhaimie bukan dengan cara menerima pelawaan Shuhaimie yang tidak berfikir panjang itu. Jika diturut ia lebih kepada memberatkan lagi kesan kepada Shuhaimie.
Sedarkah? Dengan tulisan memanggil orang berkumpul beramai-ramai diPersekitaran mahkamah itu boleh dicaj sebagai menganjur perhimpunan haram?. Polis boleh berbuat demikian sebab ada bukti pelawaan atau jemputan yang jelas. Bagaimana nanti Shuhaimi dihadapkan dua pertuduhan. Pertama pertuduhan menghasut dan kedua pertuduhan menganjur perhimpunan haram. Bukankah bertambah hukumnya.
Katakanlah Shuhamie terlepas dari pertuduhan pertama, mungkin sangkut pula pertuduhan kedua !. Jika mahu Shuhaimie tidak bertambah rumit orang ramai dengarlah seruan polis agar tidak berhimpun beramai-ramai dipersekiratan mahkamah itu.
Sekadar pandangan. Pen dan kertas putih ditangan tuan.
No comments:
Post a Comment