Memetik jawapan balas Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas terhadap kenyataan Tun Dr.Mahathir beliau berkata " Islam meletakan bahawa tujuan hidup mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah diantara mereka terbaik amalannya. Justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud menjadi saksi menyatakan ketuhanan Allah dan kenabian Nuhamad SAW. Jika syahadahnya pertubuhan adalah pada dasarnya, ingin saya bertanya kepada Tun Dr Mahathir apakah perjuangan UMNO?. Dicelah mana UMNO meletakan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangan?. Dari sudut praktikalnya adakah perjuangan UMNO merupakan amal soleh ? ".
Dalam perpecahan umat Islam, Nik Aziz berkata Islam itu meletakan bahawa pecah belah itu adalah suatu perkara yang pasti berlaku dikalangan masyarakat manusia sebagaimana Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat ke 36
Ref : Utusan Feb4, 2010 (8).
CATATATAN PINGGIR
Meneliti kepada serangan balas Tok Guru Nik Aziz ( TGNA) kepada TDM ada tiga persoalanan yang diketengahkan untuk dibahaskan dalam entri ini. Pertama, soalan syahadah kedua, amal soleh dari dasar kebangsaan dan ketiga, pecah belah yang pasti untuk manusia ayat 36 surah AlBaqarah. Bagaimanapun surah 36 itu akan dibahaskan post selepas ini.
Perbezaan antara Pas dan UMNO adalah cara atau kaedah mencapai matlamat bukan matlamat. Matlamat adalah sama. Kedua-dua pihak bersyahadah, menjadi saksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Kesaksian ini tidak berubah jika ahli Pas masuk UMNO, ahli UMNO masuk Pas atau Pas masuk BN dan keluar semula. Tetap sama. Jika selain dari itu, tandanya murtad. Itu jelas.
Persoalan pokok sekarang adalah cara mencapai matlamat bukan akidah atau tuntutan Allah SWT kepada diri manusia itu sendiri sebagai hambanya. Soal yang berlaku hari adalah bukan soal ibadah fardhu. Soal kifayah. Soal muamalah, kemasyarakatan, maslahah ummah, soal kehidupan berekonomi, berpolitik, bersosial dan berbudaya dan bernegara.
Jika tidak membezakan kedua ini antara matlamat dan cara mencapai matlamat itu ternyata kita berada dalam situasi dungu dan kabus sekali. Matlamat tetap satu dunia sementara adalah jalan menuju akhirat yang kekal. Akhirat adalah matlamat. Tetapi jika didunia tidak sempurna ,tidak lurus dan bersimpang sior maka matlamat keakhirat itu tidak lancar.
Apabila disebut soal pemerintah, ia bukan bermakana diri pemimpin itu sahaja harus lepas dengan baik keakhirat. Peranan pemimpin berusaha menyelamatkan semua ummah agar selamat sampai keakhirat dengan direstui oleh Allah SWT.
Bagaimana?. Tidak lain dari mempastikan kehidupan didunia ini selamat , tenteram, aman dan makmur serta selesa untuk menjalankan tuntutan Allah SWT. Apa dia semua itu?. Baik. Soal amal yang pertama mempastikan keamanan dan kesejahteraan ummah diutamakan. Kita renung sahaja Mesir hari ini. Rakyat majoriti Islam yang besar dengan sejarah tamadun manusia dan Islamnya. Adakah mereka aman dan tenteram menjalani kefardhuan Islam?. Adakah mereka selesa kesana kemari untuk kesana sini beribadah dimasjid?. Jawapannya tidak. Jika tidak adakah sempurna tuntutan Allah kepada manusia dibumi itu?. Tidak.
Adakah kemisikinan, kekurangan makanan, pengangguran menjamin keselamatan untuk jalan keakhirat?. Tidak. Apakah majority rakyat miskin mampu berzakat atau menyumbang?. Tidak . Apakah sekolah ditutup, Universiti Al Azhar ditutup setahun akan berkembang ilmu pengetahuan?. Tidak.
Jika ugut sana, bunuh sini, rogol sana, rompak sini, jenayah sana sini rakyat Mesir gembira untuk melaksanakan hukum Allah dan lancar melaksanakan hukum Allah?. Tidak. Beratus-ratus soalan akan dikemukakan berpokok dari keamanan, kemiskinan, dan berbagai lagi itu jawapannya adakalah tetap sama, iaitu tidak. Akhirnya matlamat itu jadi samar.
Apakah memelihara keamanan, kemakmuran negara, rakyat dan mengujudkan suasana rakyat lapang dalam mencari rezeki, berpolitik, bersosial dan berbudaya serta beribadat itu bukan amal soleh?. Jika dikatakan tidak bermakna kita masih lagi berada didalam kotak sempit dan gelap makna amal soleh itu kerana memperkuruskan skop ibadah umat Islam.
Itulah dasar UMNO . Dasar kebangsaan yang menyediakan Islam itu berkembang dan rakyat beribadat dengan selesa. Selanjutnya untuk menyuburkan pegangan akidah dan amal ibadah itu harus dijalani oleh 'dakwah' sebagai pelengkap. Sekali lagi saya tanya TGNA adakah jika berlaku seperti diMesir dakwah boleh berjalan lancar?.
Berbeza dengan Pas, menjadikan akhirat itu sebagai matlamat perjuangan parti. Tetapi hanya slogan seperti laungan penjaul lelong. Akhirat dasar parti tetapi cara mencapai matlamat itu tidak ada, melainkan remeh dan berubah-ubah belaka mengikut musim. Sebagai contoh satu ketika umat Islam dihalang bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi sekarang lebih besar sudu dari mangkuk. Apakah itu TGNA sedar?.
Telah dinyatakan sebelum ini, bahawa judi, arak, berhala, tenung nasib, babi, anjing dan segala yang belakangkan kelangit itu bukan hak untuk umat Islam tetapi demi maslahah tuntutan bukan Islam itu harus dihormati, mengapa itu jadi persoalan?. Mengapa umat Islam bergendang Tin pada yang bukan hak ?.
Apakah Kelantan tiada lesen jual arak?, judi? Dan kelulusan berhala ?. Setahunya Tumpatlah tempat Berhala terbesar didunia !. Selama 25 tahun Menteri Besar, mengapa berhala itu makin membesar?. Mengapa berlangsung terus sebagai amal soleh jalan keakhirat?. Nah ! sekarang kita faham bahawa agama lain juga Allah SWT tuntut kita hormati ketuhanan agama lain. Ada Nasnya. Cuba, itulah berlaku pada UMNO, berbuihlah mulut mengatakan UMNO kafir , toghut dan sebagainya dengan nas-nas lain pula !.
Bersambung
1 comment:
Salam suaramajlis..Memang mantap. CCZ tabik spring..Pinjam posting k..CCZ nak sebarkan..
Post a Comment