( Bahagian 4 )
Setelah kita merentas makna akidah dan syariat atau keimanan dan perbuatan adalah dua struktur yang saling berpaut, jika tiada salah satunya, islam itu akan tercabut akar pokoknya dengan ketiadaan akidah dan tiada berbuah dan berkembang biak jika tiada syariatnya.
Nah, sekarang kita padankan dengan dengan idealisme Dr Wong Chin Huat agar Pas mencorak perjuangan mereka berkonsepkan parti Demokratik Islam dengan membawa nilai-nilai sejagat, nilai-nilai konservatif yang tidak mengaitkan agama dalam perjuangan mereka.
Suara konservatif yang mempunyai nilai-nilai baik tidak dikaitkan dengan agama bertujuan mendapat sokongan rakyat berbilang kaum ketika pilihan raya sebagai matlamat akhir (gol setting). Pas wajar disampaikan dalam berbagai cara, bahasa, perbuatan melahirkan nilai baik saranan Dr.Wong Chin telah mendapat respon yang baik dari kepimpinan Pas jika meneliti ruh persidangan itu.
Dengan mengaitkan nilai konservatif dalam alQuraan Dr. Wong Chin Huat mengambil nilai-nilai baik dari penentang terhadap minum arak, judi, zina, maksiat dan sebagainya disampaikan dengan bahasa yang boleh difahami oleh bukan Islam tetapi tidak boleh dikaitkan dengan agama. Saya memberi contoh:
Minum arak mendatangkan banyak kesan kepada mereka yang terlibat dan juga masyarakat. Kesan-kesan itu merangkumi kesan kesihatan, kesan ekonomi dan pendapatan kerana mahal, ketagihan, dengan pengambilan itu akan memburukkan kesan terhadap masyarakat, bergaduh , punca kepada Zina, pembuangan bayi dan sebagainya.
Jika masyarakat sebilangan besarnya menjadikan arak sebagai budaya (cara hidup) maka negara tidak stabil dan keamanan rakyat tidak terjamin. Ditambah pula dengan gejala rasuah, zina, judi dan jenayah maka lagi kacau. Hujah-hujah logik, sains dan berbagai medium disampaikan. Setakat itu sahaja. Titik. Jika keatas lagi dikaitkan dengan larangan Tuhan, tidak dibenarkan kerana ia mengaitkan agama.
Sebenarnya semua agama ada nilai buruk –baik terhadap semua larangan itu tadi. Ianya baik kristian, Hindu, Budha, Seikh , Islam dan sebagainya memiliki nilai konservatif sejagat itu. Kerana setiap agama mengajar manusia kepada kebaikan. Samada ada itu agama berbentuk idea atau ketuhanan mereka mempunyai prinsip dan falsafah yang mendalam.
Jika Islam tidak mengaitkan dengan ketuhanan tentang nilai-nilai baik. Hindu, Kristian dan Budhist serta lain-lain tidak mengaitkan dengan agama, situasi itu menjadi sama bukan?. Jika sama apa bezanya antara Islam, kristian, Budhist, Hindu dan lain-lain teramasuk agama ruh nenek moyang ?.
Jika tiada beza apa salahnya Islam mengikuti kristian. Kristian mengikut Hindu. Hindu mengikuti Budha dan budha mengikuti islam seterusnya saling bersilang agama. Sedangkan semua nilai itu sama sejagat raya. Nilai-nilai tetap tidak berubah. Ajaran hingga sampai mengenal nilai-nilai baik-buruk sahaja. Jika saling menerima dan bersilang agama itu itulah dipanggil ‘pluralisme agama’. Lama kelamaan, ia akan menjalar lebih luas dan lebar menjadi suatu ‘ kepercayaan’ bahawa semua agama sama menuju satu Tuhan.Cara sembahnya berbeza.
Dalam system demokrasi, system parti-parti politik amat dominan menguasai masryarakat untuk membentuk sebuah kerajaan. Jika parti-parti politik mendominasikan fahaman plural agama sebagai keutamaan dalam masyarakat majmuk akan mencorak fahaman duniawi mengatasi agama samawi.
Samalah apa yang berlaku sekarang. Jika dahulu parti-parti politik bercorak perkauman adalah satu makanisma sebagai instrument keadilan socioekonomi maka dalam dekad kebelakangan ini kaedah itu dikecam hebat padahal kehidupan aman dan makmur itu berdiri atas sosio politik berasaskan kaum.
Jika dahulu Pas konservatif dalam suara-suara nilai sejagat bersandarkan keagamaan kebelakangan ini mereka sudah bergerak kearah pluralisme agama atas nama parti Islam sebagai kulitnya sahaja. Cita –cita penubuhan negara Islam Pas sekarang hanya tinggal kenangan.