KUASA KETIGA SUDAH JELAS MUNCUL





PM Najib, minggu lepas mengatakan akan lahir kuasa ketiga selepas BN dan Pakatan Pembangkang. Kuasa ketiga itu datangnya dari parti politik baru yang ada pakatan untuk bergabung.
Namun demikian sebelum lahir kuasa ketiga yang djangka pada selepas Januari maka hari ini (jumaat 3Nov,2010) telah lahir kuasa ketiga itu menunjukan belangnya.
Siapakah mereka?. Mereka adalah Gabungan Media baru dengan media konvensional bersama NGO telah bangkit disana sini dengan lantang menyuarakan berbagai desakan kepada pihak tertentu dan mengutuk sipengkhianat negara.
Boleh dikatakan tidak ada pengaruh parti politik dalam penganjuran melainkan ianya dianjur oleh media baru dan NGO.
Blog-blog pro kerajaan beberapa hari lepas mewar-warkan gerakan disana sini. Mereka terus menerus melapurkan perkembangan yang berlaku hingga disambut oleh media konvensional berikutnya.

No comments: