PERJUANGAN REALIS IKAN DAN IDEALIS BIAWAK

melayurayadaily- Dato’ Azizan Yaakob


Apabila seseorang itu bercakap melayu, beragama Islam dan mengamalkan cara hidup melayu seseorang itu ditakrifkan sebagai orang melayu. Maka melayulah dia. Kemudian apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah , menunaikan rukun-rukun Islam maka Islamlah dia sempurna untuk dirinya.

Seseorang individu samada melayu atau Islam tidak bermakna apa-apa kepada hablul minannas jika tidak melibatkan diri dalam perjuangan samada gerakkan politik, ekonomi, keagaamaan (dakwah), sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya. Hidupnya hanya bergantung kepada hasil perjuangan orang lain malah sentiasa mengharap orang lain berbuat sesuatu untuk faedah dirinya. Kemudian mereka bangga pada dirinya seperti sebahagiannya mengatakan " I don't care politics" sebahagiannya pula " peduli apa pada orang lain", sebahagian yang lain pula ""pergi jahanamlah yang lain, janji aku hidup" dan ada yang secara sinis " bangsa, Negara, agama untuk apa ?." Di sudut lain pula "saya buat apa yang saya suka". Jika terjumpa manusia bercakap seperti ini pada ungkapanya itulah petanda dalaman jiwanya selfish. Melepaskan tengkuknya sahaja. Jauhilah mereka.

Perjuangan adalah satu "movement' yang merangkumi idea, pemikiran, keyakinan, kepercayaan dan suci serta benar. Seseorang yang berjuang percaya dan yakin kepada kesucian dan kebenaran perjuangannya. Jiwa raganya komited kepada matlamat perjuangannya. Disuatu tahap perjuangan itu ,seseorang sanggup berkorban apa sahaja samada rohani dan jasmani, harta benda, tenaga, masa, fikiran, perasaan hatta nyawa sekalipun. Sebagai idealis cuba bayangkan bertapa hebatnya sesuatu negarabangsa itu rakyatnya mempunyai satu matlamat samada dalam ekonomi, social, politik, agama, budaya, pendidikan dan lain-lain. Berlumba-lumba tetapi kesatu garis akhirnya sama.

Orang perjuangan dalam apa bidang sekalipun mempunyai kelasnya tersendiri. Orang perjuangan mempunyai falsafah, disiplin, prinsip , etika dan moral serta akhlaknya tersendiri. Seorang pejuang mempunyai daya tahan, rugged, extra nya tersendiri. Ia tidak mengkomporomikan matlamat perjuanganya walau sedikitpun. Strategi, tektik, dasar serta pendekatannya mungkin berbeza atau berubah dan boleh dikomporomi dengan persekitaran yang dinamik, namun bagaimana anjal sekalipun, matlamat yang dianggap suci dan benar tidak sama sekali berubah walaupun masa untuk mencapainya terlalu panjang. Yang boleh mengubahnya hanya 'tanah' tempat dia disemadikan.

Ikan dilaut tidak masin walau semasin mana air laut. Mereka tetap tawar selagi mereka bernama ikan. Mereka hanya tewas ditangan makhluk bernama manusia yang menangkap mereka hidup-hidup kedarat lalu digaramkan sehingga mereka jadi ikan masin. Tetapi mereka sedar bahawa janji mereka dengan tuhan bahawa mereka dilahir kedunia untuk memakmurkan alam dan manusia. Mereka bertelur, beranak pinak dan biak perjuangan mereka bagi memakmurkan manusia. Alangkah sesalnya jika merka tahu manusia tidak pernah makmur walau semua yang dilangit dan dibumi semuanya milik mereka.

Mengambil contoh sebuah perjuangan nasionalis diMalaysia berpegang kepada idealisma bangsa dan agama. Mereka yakin bahawa bangsa adalah tubuh (fizikal) dan agama adalah ruh. Untuk hidup ruh dan tubuh tidak boleh dipisahkan. Mereka percaya bahawa jika tidak ada tubuh, ruh akan ghaib. Begitulah sebaliknya berlaku kematian. Mereka percaya bahawa jika tidak ada bangsa tidak mungkin ada penganut agamanya dibumi Malaysia ini. Oleh itu mereka bermati –matian berjuang menegakkan bangsa itu. Oleh itu kesucian dan kebenaran perjuangan mereka adalah amanah dari tuhan yang maha Esa. Bangsa = agama= tuhan.

Satu lagi parti politik hanya berjuang untuk agama. Soal bangsa tidak releven. Bangsa tidak penting. Bangsa tidak ada dalam kamus perjuangan mereka. Ruh boleh masuk kemana-mana tubuh sahaja. Orang yang berjuang atas nama bangsa sesat, asabiah tidak diterima tuhan. Tetapi landasan mereka bangsa juga. Teori nya begitu tetapi praktiknya mereka berpijak atas bangsa juga.

Satu lagi bangsa dan agama langsung tidak releven. Tetapi percaya kepada 'keadilan' semua bangsa dan agama semata-mata. Bagi mereka adil adalah sama. Kaya miskin sama. Hak terhadap Negara sama. Hak ketuanan adalah sama. Tidak ada kelebihan hak kepada mana-mana agama dan bangsa. Novelis agung Bapak Pramoedya kata anak semua bangsa. Sesiapa pun boleh jadi raja, presiden, perdana menteri , hak memerintah, mentadbir, mengaut kekayaan the best man win. Pemerataan tidak adil. Afirmative tidak adil. Keadilan bagi mereka percaya pada kehidupan bebas tanpa had, homosexsual, lesbian, gay, bisexual, freesex perjuangan suci dan benar mereka. Mangapa pula kamu kata begitu ? mereka menyoal. Kerana perjuangan keadilan agama tak releven. Jika pribumi dan agama majority rakyat Negara ini libral sebegitu haram. Haram ? bukankah nama 'Allah' kita untuk semua manusia. Fikiran kamu beku dan tiada berubah mengikut zaman, tingkah mereka kepada yang mempersoalkan konsep keadilan yang mereka bawa.

Itulah tiga parti yang batu pijak perjuangannya atas satu bangsa. Satu realis dan dua darinya idealis. Falsafah realis berpegang kepada Tuhan menjadi manusia didunia ini berbangsa-bangsa dan ada tanah anugerah tanah airnya sendiri. Mereka besar dan raja pada tanah airnya. Idealis percaya pada mana bangsa boleh menguasai mana tanah air. Realis percaya bahawa setiap negara ada pribumi dan tuannya. Idealis percaya kepada mana-mana negara sesiapa sahaja menjadi tuan nya. Realis percaya ekonomi, pendidikan boleh diatur tanpa menyekat kebebasan pihak lain. Idealis percaya kepada siapa kuat dia dapat dan siapa cepat dia dapat.

Realis tidak berubah matlamat perjuangannya. Idealis matlamatnya boleh berubah-ubah mengikut tempo sezaman. Itulah dua perbezaan antara perjuangan realis dan idealis mencorak politik kontemporari. Realis berpegang kepada falsafah perjuangan ikan. Idealis berjuang - terlentang jadi buaya, terlungkup jadi biawak. Fikirlah.

7 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, bernas dan padat artikel tuan...... inilah yang sebenar-benarnya patut direnungi oleh anak-anak bangsa masa kini, hangan kerana mereka bukan dari era perjuangan memartabatkan bangsa, agama, mereka begitu mudah tidak memperdulikan perjuangan bangsa seterusnya....

Dapatkah agama Islam di bumi Melayu ini kalau bangsa itu sediri runtuh dari kekuasaan ?

sri tribuana said...

setuju dgn yang gambi tu. Aok x kumen blog koi dah eh?

Anonymous said...

Salam MelayuRaya,

Satu posting padat, berfalsafah dan pelbagai makna dalam kontek kehidupan insan.
2. Aku menyimpulkan kelompok kehidupan manusia ini benar sakali realiti nya adalah IKAN, dalam otak nya alah BIAWAK dan Praktik nya SESUMPAH ( Chameleon) atau kata orang sekarang pandai menyesuaikan dengan keadaan, khusus nya dalam Bisnes dan Siasah. Tak begitu Sdra Sri TriBuana?.

TQ

Dato'azizan said...

Pak Gambi, STB dan Pak Anon yang kritis

Saya juga setuju dengan saudara dalam kehidupan ikan boleh jadi biawak, sesumpah,ular, buaya,badak air,kera, belatuk, dedalu,ara,tualang,enggang, ciak, semut, tilan, unta, udang, ketam, belangkas,kancil dan lain-lain dalam mencapai cita-citanya.Jika semua jadian ini menuju satu matlamat menegakkan agama, bangsa dan negara satu keunikan pada bangsa melayu.Tetapi yang kita tak tahan mereka jadi ular,naga, buaya untuk telan agama dan bangsa sendiri.

sri tribuana said...

Apa-apa pun perjuangan jgn lari dari matlamat dan prinsip, yg lain cuma alat sahaja. Alat utk mencapai apa yg kita prinsipkan.

UMNO Bahagian Lipis said...

Tahniah Dato'..... suatu penulisan yang padat dan bernas. Perlu diingat... idealis itu biasanya lahir daripada realis. Selalunya para-para realis yang kecewa, kembiri dan despreat sangat mudah terpengaruh menjadi idealis agar mudah dan segera dilihat sebagai juara untuk jangka pendek.

Para realis yang tidak kuat "imannya" dan tidak berprinsip akan menjadikan realis sebagai batu loncatan semata-mata.

Akhirnya realis yang tulen dan tinggi penghayatan dan pengamalannya kadang-kadang hanya tinggal sebagai ikon/hero yang tidak didendang sahaja. Bahasa mudahnya Habis manis sepah dibuang.

Seperkara lagi... idealis juga sering dijadikan sebagai "demanding of interest". Sehingga terpaksa bakar jambatanpun dilihat sebagai "indirectly approach" untuk menuju kepuncak.

Kepada semua ahli biasa UMNO hingga ke Presiden hati-hatilah.

akem said...

Salam Dato'..suatu artikel yang cukup bernas dan bermakna..hakikatnya jika semua kita berpendirian seperti mana yang diungkapkan, maka tidak akan berlakulah kewujudan dua kolompok yang bertentangan....