RESOLUSI FREESEX SEBAGAI SATU BUDAYA DILULUSKAN DIMALAYSIA

RESOLUSI FREESEX SEBAGAI SATU BUDAYA DILULUSKAN DIMALAYSIA- Dato’ Azizan Yaakob - melayurayadaily


Keputusan pemilihan Perhimpunan Agung MCA memberikan kesan yang mendalam kepada pemikiran kita terhadap sistem nilai dan falsafah hidup masyarakat cina. Kita tidak boleh berfikir dalam kotak melayu-Islam lagi apabila menilai budaya orang cina.

Budaya adalah kata dasar dari ‘kebudayaan’( culture). Culture adalah perkataan Inggeris berasal dari perkataan latin ‘cultura’ . yang bermaksud budi dan daya. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan, bikinan (Asmad, 1990). Dalam bahasa Jerman kultur, thaqafah (Arab), wen hwa( Mandrin).

Radcliff –Brown, A.R (1952). Struktur and Function in primitive society – kebudayaan sebagai ‘satu proses yang diperolehi oleh seseorang melalui hubungannya dengan orang lain atau benda-benda seperti buku, karya seni, pengetahuan, kemahiran, idea, kepercayaan, rasa dan sentimen’

Manakala Drs. Sidi Gazalba (1983)., Islam dan Perubahan Sosiobudaya- mengatakan ‘kebudayaan adalah cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekumpulan manusia yang membentuk masyarakat’

Budaya adalah cara hidup ( way of life) yang meliputi semua aspek kehidupan dari A hingga Z daripada janin, lahir hingga kemati. Lantaran itu, kita telah menerima kesemua bentuk budaya cina selagi terkesan oleh radar kita. Hanya kita masih tidak percaya dan menerima apa yang dikatakan freesex dikalangan masyarakat itu secara terbuka apa lagi dipapar di skrin, publik boleh menontonnya dan berbicara tentang anu… kita , aksi kita itu dan ini.

Keputusan pemilihan Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA membawa kefahaman sebenar kepada kita bahawa freesex adalah budaya yang halal dan tidak mendatangkan kesan moral kepada masyarakat cina. Sebelum ini, kita hanya tahu dan saling memahami bahawa minum arak, judi, pelacuran dan sebagainya bukan halangan moral kepada mereka.

Keputusan majoriti kepimpinan MCA itu sudah pasti mengubah lanskap sosio- budaya bukan sahaja masyarakat cina malah menyerap kedalam masyarakat majmuk Malaysia tanpa menoleh kebelakang lagi. Paling mudah terjangkit virus itu adalah orang melayu.

Dinding kongkrit budaya melayu-islam telah lama ruyup dan kita boleh meramal bahawa pengaruh kemajmukan, libralisasi melayu- Islam semakin berkembang berdasarkan beberapa indeks gejala sosial dinegara ini. Judi, arak, pelacuran dan berbagai lagi bukan budaya tradisi pribumi, direka secara inovasi dalam berbagai bentuk moden adalah pakej sebuah kemerdekaan yang ditinggalkan oleh penjajahan Barat terus mengalir memasinkan fizikal dan spiritual melayu-Islam Negara ini.

Influenza A - HiNi sejenis virus babi adalah satu signal kepada kita sesuatu lebih dahsyat berlaku pada masa hadapan impak dari budaya makan masyarakat lain yang kita terpaksa hadham atas nama kemajmukan, Statik yang menunjukan orang melayu paling ramai menjadi mangsa virus itu walau pun kesihatan merupakan masalah kemanusian tanpa sempadan.

Gejala pembuangan bayi baru lahir merempuh pemikiran kita mendadak dalam satu masa menjadi trend masa hadapan. Sebenarnya kita agak malu mengakui bahawa freesex telah lama mengakari masyarakat kita kerana ada pembawa yang tegar dikiri kanan kita dinegara ini dimana kita tidak bermaya menolaknya.

Jika dahulu kita merumuskan bahawa budaya kuning diimpot dari barat kerana sentiment benci kepada barat ternyata teori itu meleset sama sekali. Sebenarnya, budaya merah, kuning dan berbagai warna lagi telah tersemai sejak belum merdeka lagi dan berkembang pesat sejajar dengan peningkatan kependudukan negara ini.

Sesetengah pihak pasti melenting jika ada yang nakal mengatakan bahawa gagasan perpaduan faktor semakin cepat budaya tidak bermoral bagi melayu Islam berkembang. Namun demikian, keutamaan kita sebagai sebuah Negara bangsa perpaduan wajar diperkukuhkan walaupun ia merupakan isu pembangunan bersama keruntuhan.

Atas nama kepesatan pembangunan dan menyediakan manusia-ekonomi, pengajian tentang pembangunan manusia atau sains kemaysrakatan diIPT sudah lama disempitkan ruangnya membunuh ikon pembangunan manusia. Pengkritik sosial telah hampir pupus sehingga suatu masa lampau Dewan Bahasa hampir gulung tikar. Sejarah Negara-negara maju pembangunan manusia dikembangkan bersama pembangunan Industri dan kita tidak mengambil ikhtibar darinya.

Dengan itu bersedialah bangsa melayu sebagai bangsa besar sedang menuju perubahan aliran libralisasi dalam masa yang singkat sejajar dengan perkembang dunia globalisasi। Paling seronok Nik Ajek juga dah menerima suaheboh TV3 diKelantan dan secara bahasa badan Nik Ajek buat fatua Suaheboh halal, muzik dan artis halal, libralisasi halal dimana dulu semuanya haram, toghut, syaitan dan kafir. Lim Kit Siang senyum dakwahnya menjadi. Wah Tok Gulu sudah mali, Pak Gulu sudah libral, sekarang adik- abang. Malaysian-Malaysia.Fikirlah…


8 comments:

Anonymous said...

DAY @ MelayurayaDaily@SuaraMajlis,

1. Posting nya agak baik, bernilai akademik kerana ada sedikit kajian literatur. Posting bertambah baik lagi jika disokong dengan kajian empirikal. Makna nya hujah perlu disokong dengan fakta ( perangkaan ). Tapi sayang nya posting tuan ini tercalar sedikit ,bila di para akhir nya ada unsur " PENCACIAN " tehadap individu tertentu. Apakah komplot tuan lebih baik daripada orang yang diperkatakan?. Buat perbandingan.

2 CSL terbuka dan mengaku, itukan berterus terang. Bagaimana yang terlindung dan melakukan secara bersorok - sorok- kan ini hipokrat. Lebih teruk lagi jika ianya Melayu. Sebenar ianya bukan kerana kaum tapi person itu sendiri. Asal manusia itu sama sahaja. Manusia ituboleh berubah kepada yang lebih baik atau lebih buruk. Ini semua apa yang mendominasi akal atau nafsu.Sendiri mau tahu......

3. Kaji lah Hikayat Hang Tuah dengan mendalam. Banyak pengajaran nya. Sebut apa saja akal dan nafsu melayu ada diperkatakan dan dilakukan oleh siTUAH itu: pembodek, tumbuk rusuk, tikam belakang, hiburan, percintaan, ambil kesempatan, pembohong, membabibuta dan banyak lagi. Kaji lah sendiri.

Minta diri dulu hingga jumpa lagi.Belatuk.

Anonymous said...

Salam,
Saya rasa unsur PENCACIAN itu adalah dari hasil dari nukilan yang begitu tersentuh didalam erti MELAYU yang kini diambang kepupusan identiti. Sanggup untuk berkompromi didalam merealisasikan sesuatu demi kerana marah dan maruah! Adakah kita terfikir akan adanya satu "endorsement" akan aktiviti "freesex" didalam masyarakat Malaysia kini...?

azizan said...

sdr Anon,
komen sdr sangat saya hargai kerana mengingatkan saya kekurangan garam dan asam serta tersilap campak lada, jadi terlalu pedas. citarasa sdr yang tajam itu akan mendorong saya memasak lebih berfikir dan merasa dengan hati pada lain kali. semoga sdr sering datang kelaman saya sambil melihat burung belatuk belajar berkokok ha ha ha.

Anonymous said...

Sdra Azizan,

Belatuk belajar berkokok?. Nak kiamat ke atan awak baru bangun tidur ke. Saya hanya beri pandangan saja, supaya penulisan saudara lengkap dan terbaik seperti sarjana. Tiap kenyataan di buat perlu disokong dengan kajian emperikal. Lantai rumah Melayu beralaskan gelegar, begitu juga lantai rumah modern beralaskan wiremesh, melainkan rumah sewa ,tahu masuk dan keluar , lepas itu sendawa erh......erh dan terkentut.

TQ Belatuk.

Unit Media Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

Dato'Azizan Melayurayadaily said...

SDR.AMAT UMWM,
Terimakasih atas komen dan salam persahabatan dari UMWM yang ikhlas untuk sama2 berjuang dalam media baru ini.Insha Allah saya akan menjadikan laman UMWM sebagai laman permainan saya setiap hari. Saya juga akan memainkan peranan didalam memberikan kerjasama dalam bentuk komen, pandangan agar laman UMWM akan lebih digemari secara meluas.
2.Didalam sistem dunia tunggal ini kita tidak boleh hidup berseorangan tanpa ada rangkaian yang saling bantu membantu dalam apa dua bidang samada ekonomi, politik,sosiobudaya, pendidikan,agama dan sebagainya. saya percaya UMWM akan menjadi hambatan pembaca pada masa hadapan.
3.Kita juga berazam menjadikan media baru ini sebagai lebuhraya maklumat perjuangan bangsa sehingga menjadikan generasi kita kehadapan sebagai 'paperless society'penanda aras masyarakat zaman maju.Walaupun kita maju dalam semua segi tetapi bangsa, agama dan tanah air kita tidak tergusur ketangan orang lain yang sentiasa berusaha menjadikan sebagai idaman mereka.
UMWM terus bangkit jangan undur lagi TQ.

Anonymous said...

Bonjour! Jack Eure . payday loans

Anonymous said...

payday loans toronto This website is the well known I liked it quite a bit
AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817