SALAM HURMAT KEPADA PRESIDEN- melayurayadaily- Dato’Azizan yaakob

Beberapa tahun sudah kita digabra oleh muka perdana media tradisi oleh lelaki sejati dengan ungkapan “that was me” secara gentlemen mengaku kepada publik bahawa gambar aksi ranjang di skrin, putaran cakra padat percuma itu adalah beliau sendiri। Hari ini lelaki sejati itu telah bergelar bapak Presiden MCA . Pada hal ia boleh menafikan dengan keras itu bukan dirinya kerana beribu-ribu ekor pelanduk boleh serupa. Tetapi kerana dia ada prinsip dan tidak hipokrit, dia rela hilang jawatan menteri dan segala-galanya. Rasa agak terharu apabila isteri dan anak-anak dapat memaafkan serta sedia menerima kembali balik kepangkal jalan. Risiko hasil terus-terangnya bukan kepalang. Kerana prinsip dan kekuatan dalamannya itulah ia diterima semula sebagai presiden oleh perwakilan parti bersejarah itu.

Tidak diduga oleh umum selepas persidangan MCA itu, terkejut pula rakyat Malaysia Meifun ( Datin Paduka Chew Mei Fun) Ketua Wanita Pusat MCA meletakkan kesemua jawatan dalam kerajaan dan MCA। Pengunduran itu, Meifun hilang semua pangkat, jawatan, pendapatan, populariti, penyokong serta segalanya . Akhirnya tinggallah Meifun seorang diri melainkan balik kepangkuan jalan iaitu suami, anak-anak dan keluarga. Perletakan jawatan itu atas dasar prinsip juga bahawa dia tidak boleh menerima presiden dan demi memelihara maruah gulungan wanita sebagai pendirian terhadap gendernya.

Politik mengajar kita bertapa mahalnya sebuah keluarga, suami atau isteri, anak-anak, adik beradik serta saudara mara apabila kita di timpa musibah samada kerana salah kita sendiri atau tidak। Semasa kita berkuasa mereka selalu jauh dari kita. Keutamaan kita kepada masyarakat dan negara. Bukan mereka tidak penting tetapi masa tidak mengizinkan untuk lebih lama bersama mereka. Orang dikiri kanan kita lebih banyak bersama dari keluarga. Mereka fahami atau tidak kita kira mereka suatu hari memahami.

Kedua-dua tokoh itu melalui pengalaman yang pahit ketika hliang kuasa। Kawan-kawan politiknya bertempiaran lari mengejar orang lain yang sedang berkuasa untuk hidup. Sudah tentu paling mengecewakan orang yang paling cepat sekali mengatur langkah untuk lari adalah penyokong yang kuat kedua pemimpin itu kerana mereka benar-benar politikus penuh dengan agenda dan berbagai harapan. Bertambah parah lagi, mereka bukan hanya lari mencari tempat berpaut lain sahaja tetapi mereka memburuk-burukan, mencela, mentohmah serta membenamkannya untuk mendapat kepercayaan pihak lain supaya menerimanya. Jika tidak ia diragukan.

Lebih terhiris hati lagi segala pertolongan, budi baik semasa tokoh itu berkuasa dulu sezarah pun tidak dikenang । Seolah-olah presiden tidak pernah berjasa kepadanya selama berkawan. Pada hal sebilangannya kaya-raya atau hidup senang kerana presiden itu sehabis upaya memnolongnya. Jadi presiden tahulah bahawa dalam politik sebesar mana jasa bakti ditabur jangan harap orang mengenang bila tidak berkuasa lagi. Jika orang tidak menyumpah seranah pun sudah cukup baik. Namun ada yang berterima kasih maka terubatlah jiwa. Hati cukup gembira bila ada kawan mengatakan kepada kita telah buat itu dan ini semasa kita ada kuasa. Allahyaraham Tun Razak tetap wangi walaupun lebih suku abad tiada lagi didunia. Tun Dr.M menghidu harumnya sendiri waktu dia masih hidup.

Hari ini presiden yang jatuh, berkuasa semula। Kepada yang lari dahulu langit sudah menimpa kepala. Sebagai ahli politikus koyak pula baju bergelut untuk menjulang presiden bila diistiharkan menang. Hari-hari menunjuk muka untuk jadi orang yang paling rapat dengan presiden. Dibibir memuji-muji sampai merinding bulu roma. Mereka itu hatinya sungguh pejal, mukanya amat tebal, dan telinganya tembus dari kiri ke kanan. Pada mulanya presiden rasa tak selesa, nyanyian mereka merdu dan halus sampai presiden rasa kecanduan tidak mendengar bisikan manis mereka. Apa saja yang presiden lakukan semuanya mengangkat ibu jari. Hebat. Presiden akan lihat itu semua. Alangkah seronok mati hidup semula sebagai presiden.

Sekarang giliran Meifun pula keseorangan। Penyokong kuat akan besedih selama 100 hari. Sebahagiannya, kaki sudah meraba-raba untuk mencari ketua baru. Ketua baru akan dikelilingi pula oleh manusia hebat itu. Meifun kena terima hakikat bahawa keadaan sudah berubah. Sekarang Meifun akan tahu siapa kawannya yang sebenar selama ini didalam politik. Selama Meifun dalam kuasa dulu hilang punca kerana kepandaian manusia menjaja muka. Bila telah jatuh Meifun sedar kawan-kawan yang dahulunya rapat kini jauh, yang jauh kini rapat semula. Mengapa mereka jauh selama Meifun berkuasa?. Mereka tidak pandai bermuka-muka. Mereka ikhlas, mereka memberi ruang kepada orang lain mengerumuninya. Kedua, orang lain mengepungnya cukup rapat. Akhirnya Meifun dapat rasai apa yang presiden lalui. Kita sama merasa.

Oleh itu pemegang jawatan institusi presiden dan ketua harus sentiasa waspada bahawa disekelilingnya penuh agenda। Orang yang rapat dengan institusi presiden itu orang penuh dengan hiden agenda yang besar-besar . Mereka mampu meniti diatas rambut sehelai untuk keseberang mendekati presiden. Jika tiada pintu, mereka boleh masuk asal ada lubang telus angin. Mereka cekap dan pintar. Mereka mampu dan bergaya. Presiden selalu tewas dengan kepintaran,cekap,mampu dan bergaya.

Falsafah mereka bukan presiden itu yang penting tetapi agenda mereka lebih penting। Institusi presiden tetap kekal tetapi orang yang menjadi presiden itu datang dan pergi. Bertapa kuat seorang presiden lambat laun berubah juga. Bagi mereka jika presiden itu tidak lagi berkuasa, mereka kerumuni presiden baru. Jika tidak senang dengan presiden itu mereka cari jalan presiden itu melangkah turun. Jika terlalu banyak presiden itu menabur budi, mereka malu untuk memohon lagi. Jika Presiden baru mereka boleh berkata tidak dapat lagi. Jadi, mereka susun pula untuk presiden baru. Ingatlah, usaha menyusun itu terus menerus berlaku.

Hidup sebagai presiden amat sukar untuk menilai apa yang sebenar kerana dari kacamata selalu nampak hijau। Bila jatuh baru nampak warna kering dan hitam. Yang merah dilapurkan hijau. Kerana sering kurang masa maka presiden percaya pada lapuran hijau. Semua baik, semua selesai , semua tip top, semua beres dan everything OK.

Presiden, semasa bersendirian imbaslah dalam ingatan siapa yang jatuh bangun dengan kita menaiki tangga hingga ketahta। Siapa bersama kita waktu kita payah. Kita diatas mereka dibawah. Sekarang dipucuk sayup-sayup nampak kebawah. Semasa kita tinggi mereka rendah. Waktu kita dipuncak jaya mereka jauh. Tanyalah pada hati kemana pergi ‘budak’ yang sering aku marahi tetapi setianya tidak berbelah. Walaupun mereka tidak pernah duduk disebelah tetapi bila dalam keadaan susah mereka muncul sama-sama susah . Bila kita jatuh, ketika ramai orang disekeliling kita mengatur langkah meninggal kita mereka menangis bersama kita. Semasa kita presiden, kita tidak mengambil indah pada mereka tetapi bila kita jatuh mereka berkongsi perasaan dengan kita dan tidak pula mereka membangkitkan atau bertanya ” kamu pernah tolong aku apa? “.Itulah kawan setia presiden.

Presiden, berbicara dengan orang yang pernah jatuh agak mudah kerana jika berbicara dengan orang yang tidak pernah jatuh agak susah। Orang yang tidak pernah jatuh tidak merasa bertapa sayatnya rasa jatuh. Mereka hanya dengar cerita tentang jatuh tetapi mereka kadang-kala tidak percaya. Kita tidak takut pada mati tetapi yang kita risau adalah cara kita mati. Jadi Presiden jagalah diri dan sentiasa berhati-hati. Baik-baik dan hati-hati.

6 comments:

Anonymous said...

sri TRibuana, SPU, Beranihati, N 9 Tahan, Tak beri ulasan ke?. Ini posting baik penuh makna dan berfalsapah. Ia mengingatkan pemimpin sampai ketika nya akan jadi sang ungka.Melolong kesana kemari tiada yang datang. Nasib pemimpin politik macam itu.


TQ

Anonymous said...

Lawat 93. Komen 1 aje.

N9 TAHAN said...

Memang ini perkara biasa dalam politik.Tapi ada orang walau dah hilang di PETA,JEJAKNYA masih dicari!Orang tak lupa walau dia dah lama pergi!

sri tribuana said...

Presiden mana yg dimaksudkan ni?

melayurayadaily said...

Sri Tri Buana/ anon dan N9 Tahan.
Terima kasih atas komen sdr. Sekiranya seseorang itu tiadalagi kuasa ia masih dicari bermakna ada kesan dihati masyarakat yang dipimpinnya. Yang saya maksud presiden itu adalah sesiapa menjawat dalam institusi presiden.

Anonymous said...

Melayuraya,

Dalam sejarah tamadun manusia. Berjuang-Berkuasa -Mengekal kuasa- Merosot - Tidak lagi berkuasa-Diganti baru. Ini kitaran dan pusingan ganas terus berlaku. Yang berubah ialah ketatakelaku institusi Presiden itu sendiri di mana Akal dan Nafsu mempengaruhi nya. Kesimpulan nya posting melayuraya ini relevan dan inklusif.

TQ.Bentayan.