MALAYSIA MENGHADAPI GELAGAT POLITIK BERUK- Dato Azizan Yaakob – melayaurayadaily.
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang.
Ketika Allah swt hendak menjadikan manusia Allah berfirman:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “ sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk” ( al-Hijr: 28-29 ).
Dan ketika Tuhan mengatakan kepada kepada malaikat: “ Aku menempatkan khalifah (Adam) dimuka bumi”, kata malaikat: “ mengapa Engkau menempatkan dimuka bumi orang yang akan membuat bencana disitu dan menumpahkan darah ( berperang sesama sendiri) sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan ( memelihara) Engkau”. Kata Tuhan: “ sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau tidak mengetahui” ( al Baqarah 30 )
Kejadian manusia daripada 13 jenis tanah ia itu tanah dari Baitul Maqdis (kepala), tanah Tursina (telinga), tanah Iraq (dahi), tanah Aden (muka), tanah Telaga Al-Kautsar (mata), tanah Alkautsar juga (gigi), tanah Kaabah (tangan kana), tanah Paris ( tangan kiri), tanah Babylon (perut) , tanah Bukit Thursina (tulang), tanah India (kedua kaki), tanah Shurga Firdaus ( hati) dan seterusnya tanah Taif.
Tanah yang dikumpulkan oleh Izrail itu dicampur dengan air tawar, masin, hanyir, angin dan api. Kemudian diresap dengan ‘nur’ dan berbagai sifat. Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman “ Jabarut” dan diletakan dalam “ Alam Malakut”. Tanah yang dijadikan tubuh Adam itu adalah tanah pilihan. Sebelum dijadikan patung Adam tanah itu dicampur dengan rempah, wangian dan sifat nur Allah dan dirasmi dengan air hujan “ Barul Ulubiyah” dan direndam dengan air “Kudral- Izzah” ia itu sifat “ jalan” dan “Jamal”. Langsung menjadi tubuh Adam yang sempurna.
Roh dimasukan hingga kepala dalam tempuh 200 tahun. Roh meresap dari kep[ala keseluruh anggota tubuh Adam. Apabila selesai malaikat kagum dengan kecantikan dan kesempunaan Adam lalu mengarak Adam selama 100 tahun untuk diperkenalkan keseluruh penghuni tujuh tingkat langit sebelum dibawa keshurga tempat mula-mula manusia dijadikan. Kemudian Allah swt memerintahkan kepada malaikat
“ Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. ( al-Hijr : 29 ).
Maka semua malaikat tunduk kecuali Iblis.
Umat Islam penuh yakin dan percaya kejadian manusia bukan berasaskan teori sebalik kenyataan Allah swt diadalam al Quran cukup jelas. Ia bukan satu teori, tetapi wahyu tentang asal usul kejadian manusia. Dari Adam wujudlah Hawa seterusnya berkembang diatas muka bumi.
Orang bukan Islam ada dua keadaan tentang kejadian manusia. Pertama, sebahagian mereka percaya kepada teori alam idea yang dibawa oleh Plato dan Alam Indera oleh Aristotles. Kedua, sebahagian dari mereka percaya kepada teori Charles Darwin bahawa teori itu mengatakan bahawa manusia berasal dari Beruk. Kedua-dua kumpulan ini dianggap ‘ kafir”( Arab) yang membawa maksud ‘ engkar’. Engkar kerana tidak mempercayai Allah swt. Jadi kafir itu di istilahkan sebagai mereka yang menyembah selain Allah termasuk mereka yang Athies..
Menurut Charles Darwin seorang budak yang dilahirkan di Shrewsberry (1809) yang mendapat Phd di Univesity of Cambridge (1931) dimana seluruh hidupnya mengkaji fosil-fosil jenis tumbuhan dan haiwan yakin dengan konsep “ adaptasi kepada persekitaran” bahawa sepsis-spesis hidupan yang berbeza ini bukan dicipta oleh Allah, sebaliknya datang dari satu moyang dan kemudiannya berbeza diantara satu sama lain disebabkan pengaruh alam semula jadi.
Para penganut Darwin yang dipanggil evolusionais mengatakan bahawa terdapat 6000 spesis beruk yang hidup diatas muka bumi ini telah pupus kecuali 120 spesis yang masih wujud hingga sekarang. 6000 spesis inilah menjadi sumber utama evolusionis langsung membentuk manusia moden dari salasilaf keturunan yang sama.
Di Malaysia dari 120 spesis yang masih hidup itu antaranya kera, beruk, cenekah, orang utan, wak-wak dan lain-lain. Menariknya antara sepsis-spesis ini mempunyai gelagat yang mempunyai style yang berbeza. Beruk lebih setia kawan dan patuh kepada arahan ketua, Beruk jika ternampak kebun jagung mereka tidak terus turun kesemuanya .Sebaliknya mereka menghantar seekor peninjau samada selamat atau tidak. Jika selamat dia akan memberi signal bahawa semua mereka yang menyorok boleh turun keladang jagung.
Kera suka berkumpulan juga tetapi mereka tidak sebijak beruk. Jika Nampak ladang jagung mereka akan turun semua sekali tanpa usul periksa. Jika ada sesuatu tindakan tuan punya ladang mereka lebih ramai menjadi mangsa. Gelagat kera lebih ganas dari beruk. Jika mereka makan buah dipokok mereka renjas segala buah-buahan itu selagi ada dan tidak berfikir untuk esuk. Lotong, wak-wak lebih bersifat lone ranger. Bagaimanapun peranan beruk dank era ini adalah peranan perosak utama kepada harta benda manusia.
Apa pula hubunganya antara kera dan beruk dengan ketuanan melayu ?. Pakatan Rakyat Nampak bahawa komponen BN kuat kerana perpaduan kaum diMalaysia. Berdasarkan keputusan PRU 12, mereka telah Berjaya menjadikan ketuanan melayu sebagai alat untuk mengubah pemikiran bukan melayu untuk menolak BN. Mereka membuat provokasi kepada orang melayu bahawa orang melayu adalah bangsa pendatang. Lantas orang melayu melatah dan melompat membangkitkan semula social contract dan berbagai lagi menuding jari kepada kaum cina sebagai aksi balasnya. Bila arus kemarahan melayu itu bergelombang maka orang-orang cina tidak akan menyokong BN lagi dan menyokong DAP. Bagi masyarakat India lahir Hindraf sebagai provokator, mereka mengganas bila diambil tindakkan mereka eksploitasi polis-polis melayu ganas kepada mereka. Orang-orang India pula marah dan mereka menolak calon-calon BN dan menyokong apa sahaja parti selain dari BN.
Apa bila situasi sentimen kaum menjadi bara dalam sekam, sebahagian dari ahli-ahli MCA, MIC ikut rentak mereka bertambah lancarlah strategi pakatan. Tekanan oleh tiga pihak dari dalam dan luar MIC, MCA dan Gerakan itu menjadikan ketiga-tiga parti tesebut hliang punca .Hilang pengaruh dan tidak diyakini.
PKR, PAS dan DAP telah benar-benar Berjaya menjadikan ketuanan melayu sebagai tool paling berkesan untuk meranapkan BN. Mereka eksploitasikan habis-habisan status ketuanan melayu semata untuk menjaring kebencian kepada UMNO maka yang jadi mangsa adalah MCA, Gerakan dan MIC. Mereka juga kitarkan isu-isu perkauman yang melampau batas. Isu-isu seperti Teoh Beng Hock yang mereka sendiri orkestrit kerana menutup amalan rasuah mereka akan terus dihidupkan. Kes seperti penjenayah Kugan juga segarkan sepanjang masa. Mereka sanggup jadi beruk dan kera untuk memusnahkan perpaduan Negara kerana terbukti keberhasilannya PRU 12. Kali ini pasti dahsyat lagi. Siapa kah pemikir mereka?. Jawapannya mudah “ sikitul”.
Berdasarkan pengalaman isu ‘ bakar gereja dan membaling kepala babi kemasjid, seluruh rakyat Malaysia tidak respon dan melatah. Jika berlaku perlatahan pada ketika itu sudah tentu Negara ini hancur dan diambil alih oleh tentera maka demokrasi akan mati seperti mei 13, 1969. Tetapi kita harus memberi penghargaan kepada diri kita sendiri anak semua bangsa bahawa setiap orang mempunyai tanggung jawab keamanan masing-masing.
Orang melayu juga harus bertenang dalam provokasi ‘hak ketuanan melayu’ DAP, PKR dan PAS akan hliang punca jika orang melayu tidak melatah. MCA tidak terikut-ikut rentak DAP jika ingin memulihkan parti tersebut. Maka jika tidak ada krisis berpunca dari ketuanan melayu ini semua parti komponen MCA, MIC akan bangkit dan berpengaruh semula.
Orang melayu tidak harus taksub melulu sangat terhadap isu ketuanan melayu. Jika kita tidak sebut pun kita tetap tuannya yang asal. Sejarah memberi tahu dunia bahawa wilayah ini adalah daerah 300 juta rumpun melayu. Bangsa Yahudi adalah bangsa kecil yang dikutuk oleh sebahagian besar pemastautin planet bumi sejak permulaan sejarah manusia. Mereka pernah dibunuh beramai-ramai kerana kebencian terhadap mereka di Jerman. Tetapi mereka tetap jadi bangsa yang menguasai dunia. Tips mereka adalah berhati batu, menebal muka, memekak telinga dan menggunakan otak dan bermata tajam.
Bangsa melayu jangan terperangkap dengan muslihat sepsis beruk pakatan rakyat yang menjadikan ketuanan melayu sebagai buah ranum untuk direnjas demi kepentingan buruan kuasa mereka. MCA, MIC dan Gerakan serta parti komponen BN Sabah, serawak mesti sedar hal ini. Jangan terbawa-bawa jika kita ingin demokrasi terus subur.
Rumusnya, tindakan mereka dalam meruntuhkan negara adalah dengan gelagat hemah yang rendah lagi menghalalkan apa juga cara. Cara menghadapi mereka lebih extra dari bijak kerana dididik oleh Chiron manusia berkepala binatang. Jika kita tidak dapat selesaikan cara bijak maka tidak ada pilihan lain – pilihlah penyelesaian cara Niccolo Machiavelli yang saya terang sebelum ini.
5 comments:
Salam Dato' Azizan,
Posting saudara ini amat tinggi sukar nak faham kalau sekali baca kerana :
* awalnya saudara membincangkan penciptaan manusia oleh Allah SWT yang disokong oleh dalil dari AlQuran.
* Sedikit menyentoh teori evolusi, mendakwa asal usul manusia dari berok. Lantas saudara membicarakan sifat berok, kera dan wak wak/lotong.
* kemudian membicarakan strategi PR untuk menghuruharakan BN. Bab ini agak susah untuk memahami kaitan atau hubungkait pembicaraan saudara peringkat awal - sifat berok,kera dan lotong dengan keadaan politik tanah air.
Saya faham saudara mengatakan bahawa manusia bukan berevolusi dari berok tetapi mempunyai sifat berok dalam berpolitik dan bertindak.
Saya amat bersetuju secara falsafah nya bahawa dalam
kepemimpinan manusia bertindak seperti berok atau kera atau wak wak/ungka.
* Berok - berstrategi, risk calculated ( berhati dalam mengambil risiko), mementingkan maklumbalas atau suka mengumpan.
* kera - berkumpulan melaksanakan tugas tanpa mengira apa risiko, berani membabibuta , mudah dihancurkan kalau menang maka menang besar.prinsip esprit de corp utama dalam bertindak.
* wak wak /ungka - bekas pemimpin yang tidak lagi berkuasa dan berpenggaroh kerana telah pensionan. Melalak lah tiada siapa yang peduli.
Rumus kepimpinan cara animal ini relevan dan terpakai dalam semua bidang, politik ke, ekonomi ke, sosial ke memang ada ciri itu kalau diteliti tatalakunya.
Sekadar berkongsi pandangan. TQ
MELAYURAYADAILY
Perkauman adalah isu yang paling mudah dieksploitasi bagi mendapatkan sokongan. Kaum lain tidak berani bila tidak ada dikalangan melayu yang belot. Nampaknya sangat ramai sekarang orang melayu yang belot pada bangsanya.
2. dalam pilihanraya kecil sibu bukan sahaja pemimpin melayu belot kepada bangsanya tetapi sudah melarat kepada agama Islam. Mereka menghasut kaum lain supaya kaum lain tidak menyokong BN kerana jika BN menang kebebasan beragama sudah tidak ada lagi diMalaysia. Mereka berucap digereja dihadapan orang kristian.
3. Melayu dan Islam sudah menjadi musuh kepada kaum lain diMalaysia. Ini dijual oleh orang melayu yang khianat. Bangsa melayu akan menemui zaman sukar masahadapan.
salam,
mengapa perlu melihat kepada keburukan yang tiada kesahihan, kenapa perlu menuding jari kepada sebelah pihak sahaja saudara? jika berbicara soal muslihat sesebuah parti untuk meneraju negara Malaysia saya rasa saudara perlu melihat dari sudut yang lebih luas dan pendekatan holistik kerana ianya perlu jujur dalam penyampaianya.
Anon 5/21/10 12:14 am.
saya bercakap atas landasan yang benar dan holistik. Walaupun UMNO sebuah parti berteraskankan kaum melayu tetapi mereka tetap penguasaan melayu sebagai terasnya.Tetapi yang lain tidak berpijak atas realiti. Sebarang yang bertentangan dengan melayu dan Islam saya tetap berkeras dengan nya.
Saya mengambil model singapura sebagai terbaik bagi melayu dinusantara. Apa jd melayu disana? apakah kita gemar kebiadapan kaum lain mempertikaikan ketuanan melayu? Muslihat apakah sehingga seluruh kemelayuan dibangkit hingga dipanggil pendatang? Islam pula Allah swt jd taruhan. Mahkamah syariah dituntut mrk campur tangan. Apa kah maknanya. Sebelum ini tidak begitu. Mereka berani sebab ada pengkhianat melayu berserta dengan mereka. Tidak-tidak saya tidak luntur begitu sahaja. Saya sudah cukup dewasa mengenal sejarah. Melaka jatuh kerana ada penderhaka bangsa sperti ini. salahkah saya mengingatkan bangsa saya?. Saya terima kasih kpd saudara kerana melawat dan respon pada pandangan saya. Dapatlah saya check kembali kekuatan saya terhadap cinta dan kasih saya supaya melayu tak hilang didunia. TQ
Salam Dato'
Nampaknya Azizan Yaakob yang saya kenal dulu masih hebat sentuhannya dan masih kekal dengan style bicara menggunakan pelbagai analogi.
Sampai hari ini saya masih ingat cerita buah labu dengan buah durian; sama-sama berpangsa tetapi tidak semestinya berisi.
Teruskan menulis. Saya sudah link ke blog Waadat.
Post a Comment