Golongan intelektual islam mulai sedar UMNO berada didalam keadaan benar. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan rakan-rakannya terdiri dari cerdik pandai dan ulama' islam menyertai UMNO dikhabarkan Jumaat depan. Ini satu pertanda baik bagi UMNO dan orang melayu yang sekali gus islam. Sebelum mereka menyertai UMNO sudah tentu berfikir semasak-masaknya dan sedia mengambil segala risiko dihadapan. Jika takut pada ombak jangan berumah ditepi pantai.
Hanya mereka yang dungu sahaja tidak boleh berfikir bahawa islam diMalaysia ditegakkan atas flatform bangsa melayu. Melayu adalah tubuh dan islam adalah ruh. Islam itu melayu dan melayu itu islam dalam kontak Malaysia. Sebilangan kecil terdapat India muslim dan lain-lain bangsa. Tetapi melayulah yang dominan. Dr Maza membuka langkah yang tepat kerana memilih untuk memperbaiki ummah dari dalam kekuasan. Jalan terbuka luas. UMNO bukan sebuah parti yang jumud. Ia tidak memilih situasi seperti anjing menyalak bukit. Kerja sia-sia dan memenatkan. Hasilnya tidak dapat dijangka. Yang pasti perpecahan ummah semakin larut.
Mengapa Pas terlalu musykil dan memaki hamun Dr Maza dan rakan-rakan ulama'nya masuk UMNO?. Pada hal belum rasmi lagi. Dalam membuat keputusan, samada istikarah atau tidak itu antara dia dengan Tuhan, tidak perlu dihebuhkan kepada Pas. UMNO menghormati ulama' yang berkata benar belandaskan hukum Allah, sunnah, kitab walau pun pahit. Hanya UMNO tidak percaya pada ulama' yang membuat fatwa mengikut kepentingan kelompok dan peribadi mereka sahaja.
Bagi Pas, setinggi mana ilmu seseorang dalam agama jika masuk UMNO dianggap jahil, rugi, 'syaitan bisu', dan berbagai lebel lagi. Tetapi jika masuk Pas, orang yang sama juga dianggap 'malaikat'. Pendusta, pengkhianat dan peliwat juga dianggap malaikat. Putar belit inilah, lama dinilai oleh para cerdik pandai islam dan akhirnya mereka mendekati UMNO kerana tidak pernah memandang rendah pada ulama'. UMNO konsisten dalam hal ini.
Pahang didakwa oleh Pahang Daily Online bahawa Dr Maza disenarai hitamkan untuk berdakwah. Siapa cakap dan apa sebab?. Siapa yang yang menyekat? Baru ini kami dengar. Tidak pernah ada kenyataan Dato' Sri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang membuat kenyataan ini. Mengapa pula timbul black list apabila ada ura-ura hendak masuk UMNO?.
Dalam jangka panjang, para cendikiawan islam sudah berfikir bahawa Pas yang asalnya bermatlamat menegakkan negara islam hari ini telah berubah arah menjadi libral tidak tentu hala kerana menghambat sokongan bukan islam. Kondisinya seperti 'kera jatuh anak'. Sanggup menghalalkan apa cara termasuk membenarkan orang bukan islam menggunakan nas Al-Quraan untuk membelasah umat islam sendiri. Mengizinkan perkataan Allah dipakai oleh semua agama dan bermacam-macam lagi keranahnya.
Dahulu mengkafirkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan bukan islam, Hari ini mereka mengatakan bahawa pakatan mereka halal mengikut syarak, sunnah, kitab serta perbincangan. Apa ini semua? Tidak payah cerdik pandai pun boleh berfikir dan menilai putar belit mereka. Jika kena pada kita ikut lunas islam, jika orang lain semua haram. Jadi islam ini diturunkan khas untuk Pas? atau Pas ingin menjadikan pertubuhan itu agama?. Masih lagi ada slogan masuk Pas masuk Shurga?.
Menyelesaikan masalah ummah bukan terletak pada bahu Dr Maza seorang jika dia memasuki UMNO. Peranan itu terletak pada semua umat islam tanpa ada batas parti politik. Terlalu sempit pemikiran kita jika meletakkan masalah ummah kepada satu dua kerat manusia sahaja. Mengapa Pas menolak ketika UMNO mempelawa untuk sama-sama berfikir menyelesaikan masalah ummah?. Ini juga pertimbangan diteliti orang cerdik pandai islam.
Dr Maza membuat pilihan yang sangat tepat memilih UMNO kerana semangat kebangsaan melayu berteraskan islam. Islam tetap berkembang selesa. Harap pada yang baru belum tentu. Best of the best.
6 comments:
Dato', tepat sekali apa yang tertulis dalam blog ini.... ulama PAS hanya sekadar perwatakan untuk menipu umat Melayu, kalau tidak masakan manusia 'peliwat' di jadikan pemimpin Islam agung...... lebih baik dari Hadi Awang dan Nik Aziz.... itulah ulama PAS..
Saya teruja kata Saudara " Badan melayu, Roh nya Islam". Kenyataan tidak begitu termasuk post saudara ini sendiri. Asyik spekulasi, hentam, caci maki, fitnah menfitnah, aku saja betul engkau salah. Makna nya melayu ini badan dan roh tak bersatu ye.Roh kata lain badan lakukan lain, ini melayu perlu tranfom .fikir lah.
maaf bro .... betul bro ... tak payah yang cerdik pandai untuk menilai putar belit PAS tu .... cukup dengan orang2 UMNO yang memang bodoh-bodoh belaka tu ....
SDR.aNON 9:08 PM
PAS mengatakan UMNO itu kafir Fakta. PAS tidak mengaku bangsa melayu itu fakta (rujuk ucapan khalid samad dimuktmar Pas ke 56). Tuduhan peliwat itu fakta (sedang dibicarakan). PAS rasuah itu benar dan fitnah itu benar rujuk kes/dedahan penulis blog Kiddfella.Pas putar belit itu benar. Sdr orang baru mana tahu sejarah Pas awal-awal dulu? politik cucuk hidung pakai ikut sahaja. Fanatik pak turut membuta tuli.
Yang nak tranform itu orang UMNO. Transform berlaku pada UMNO berterusan. Tidak beku ala jumud macam Pas. Saudara bukan dari kalangan melayu. Pas tidak berbangsa. Jadi saudara tidak layak mengaku melayu, tidak ada hak bagi saudara bercakap soal melayu.Tidak ada manusia didunia ini tidak berbanghsa kecuali Pas, dari baka apa? Jin, Syaitan ?
Tuhan sendiri berfirman bahawa manusia itu dicipta berbangsa-bangsa. Rujuk Al Hujraat (13).Atas dasar itu UMNO merujuk. Berjuang Islam, tapi Al Quraan tak ikut. DAP itu harbi jadikan rakan yang memusuhi islam gelap dan nyata, itu bukan spekulasi Fakta.
Islam berkembang aman hari ini mkerana UMNO bukan Pas. Pas tak mampu membangunkan Islam. Pas mengurangkan umat islam dengan kafir sana kafir sini. Nak haram lesen arak, judi, anjing konon i Apa kena-mengena dengan orang Islam lesen itu? Itu kerja orang kafir.Orang islam untuk apa ambil itu semua ada tak ada lesen.
Muktamar Pas ke 56, tidak ada keputusan isu judi bila bentang apa hal terutama negeri2 PR. Mengapa nak pilih2. Oh kalau orang semua salah. Bila tang dia semua betul. Karutlah. Tutup mulut lagi baik kalau setakat separuh tiang wahai golongan khawarij.
Anon 12.41
Orang UMNO Bodoh inilah yang melepaskan orang melayu dari penjajah. Jika tidak nenek moyang yang bodoh dulu melayu ini tak tau kemana.
2. Kerana umno bodoh inilah juga kita dapat menulis komen ini diskrin sekarang, jika tidak mungkin kita tulis pada papan batu lagi.PAS, PKR itu dulu semua uMNO bodoh. Kerana bodoh tak ditimbang jawatan atau buat hal maka tubuh parti lain. Jadi bukan UMNO saja bodoh. MCA, DAP, MIC, PPP, sabah serawak dapat ditubuh kerana UMNO bodoh dulu minta pada Inggeris nak perintah sendiri.
3. Tetapi bodoh itu diakui dibeberapa negeri termasuk selangor UMNO nya diam diri tidak tau apa nak buat sedangkan PR dah akui bahawa negeri itu akan jatuh semula kepada BN.
Kesimpulannya, semua manusia diciptakan oleh Allah swt ini bodoh-bodoh semua.Kecuali Dia.Termasuklah pemberi komen. kah..kah.. kah..teruskan bodoh tu.
Terima kasih saudara yang memberikan komen walaupun agak panas. Laman saya dipilih sebagai medan pertempuran pendapat, saya menghargai agar lebih ramai lagi bersilat dilaman ini agar meriah. salam hormat.
Post a Comment