Jika kita dapat membina peta didalam otak kita beberapa kampung yang asalnya penuh setinggan melayu dikotaraya Kuala Lumpur satu ketika sudah tentu kita nampak Kampung Baru dan Dato Keramat. Selain dari itu kampong Pandan hingga kekampung Pandan Dalam, Lembah Pantai hingga keKampung Kerinci, Selayang, sekitar Ampang dan Gombak dan banyak lagi. Hampir satu pertiga Kota raya Kuala Lumpur adalah Kampung Baru dan Dato' Keramat.
Sebelum peristiwa hitam Mei 13, 1969 Kuala Lumpur dibawah kerajaan negeri Selangor. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk atas berbagai muslihat yang boleh kita tafsirkan sendiri. 1960an -1970an bermula pengaliran keluar masyarakat luar bandar seluruh negara keLembah Klang khususnya Kuala Lumpur kerana terpanggil oleh peluang pekerjaan dan keperluan kepada mencari rezki secara berniaga. Desakan kekurangan perumahan, Menteri Besar Selangor pada ketika itu Dato' Harun Idris dengan dasarnya yang berani membenarkan orang-orang melayu mendirikan rumah-rumah 'maggi' disekitar Kuala Lumpur. Ketua-ketua UMNO setinggan atau ketua-ketua Setinggan mengatur lot-lot pancang kayu, besi dan batu beragih-agih secara sefahaman.
Rumah didirikan pada waktu malam dan menjelang pagi siap berlangsir. Jika tidak siap DBKL akan datang meruntuhkan rumah tersebut. Cendawan 'maggi' ini tumbuh melata atas spirit Dato Harun Idris. Mana-mana kawasan setinggan berkibarlah bendera UMNO. Oleh kerana UMNO kuat siapa berani sentuh. Di Kampung Baru rumah-rumah berasak sampai ketepi kubur. Pelita dan perigi adalah sumber utama. Dilembah Klang, hal penempatan ini meruap dizaman Dato' Harun Idris. Wujudnya perkampungan melayu tidak boleh menafikan sama sekali karisma Dato' Harun Idris. Orang Melayu harus berterima kasih kepada anak cucu Dato Harun Idris. KJ yang yang masih dalam benih ibu bapa ketika itu harus belajar bagaimana menjadi ketua pemuda UMNO yang baik.
Setiap Menteri yang ada kaitan dengan Wilayah Persekutuan akan sampai ke agenda Kampung Baru –Dato Keramat kerana ia adalah sebagian jantung kotaraya Kuala Lumpur. Baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik melontarkan cadangan 40% dibenarkan penyertaan bukan bumi membangunkan pencakar langit dikampung baru hingga menjadi ribut cawan kopi.
Apakah perlunya pencakar langit kepada orang melayu yang masih belum bersedia jika dibawahnya dicakar oleh orang lain?. Biarkanlah kampung Baru-Dato' Keramat itu bangun secara evolusi. Tidak perlu ada 'planted development' sehingga orang melayu terpaksa membahagi dua dengan orang lain. Sampai masanya mereka akan kesitu juga, Jadikanlah Kampung Baru sebagai index pemikiran orang melayu dalam pembangunan hartanah. Tidak perlu tergesa-gesa jika merugikan manusia segi emas itu. Mengapa hari ini sekitar masjid Jamek kampong Baru sudah bangun sebagai spill over jalan Tengku Abdul Rahman?.
Apa yang penting Kerajaan mengkaji bagaimana kemudahan asas dapat menjadikan kampung baru bangun sebagai tempat kediaman bercampur komersial sebagai pemudah cara. Kedua, mengujudkan perunding penyelesaian tuntutan bertindih harta pesaka supaya memudahkan mereka berurusan dengan institusi kewangan jika dapat disatukan kepentingan. Ini mempercepatkan proses pembangunan kerana mereka semakin berilmu dan semakin sedar akan nilai segi emas itu.
Saya fikir prestasi seorang menteri Wilayah Persekutuan tidak bergantung kepada terbangunnya pencakar langit di kampung Baru-Dato' Keramat. Lantaran itu peranan menteri harus jadi sebagai pemudah cara dengan memberi 'model laluan' kepada masyarakat kampung Baru-Dato Keramat membangunkan sendiri atas dasar kesedaran, kreativiti dan kemampuan mereka. Apa yang penting kita mengawal supaya jangan jatuh ketangan yang lain. Itu satu amanah bangsa walaupun tidak tersurat.
4 comments:
Salam Dato,
Benar apa yg Dato cakapkan, sebenarnya saya pun dah juak tgk bangunan tinggi tinggi sampai naik pitam, pitam bukan kerana mendongak ke atas tp dengan warga warga asing yang suka melepak lepak ditempat yg komersial serta shopping area.
Saya sarankan agar Kg Baru ini boleh di"kormesial"kan sebagai Kg Baru berciri tradisional moden. Kalau kita terlalu memodenkan Kg Baru pun susah rakyat juga, kerana area area tersebut bukan saja dah sesak dengan kenderaan serta warga asing nanti bertambah rumit dan memeningkan kepala kepala orang berkunjung ke tempat itu.
Syarikat besar yang nak memajukan kawasan bukan fikir sangat hal hal semacam ini, mereka cuma fikir untung untung aja, sewa bangunan penuh, mahal sudah tentu, kaum cina pula akan bertapak disitu buat bisnes. Parking satu hal tak cukup. Sepatutnya dari buat one layer parking elok buat bertingkat at least 3 tingkat ke jadi orang pun senang nak parking. Cuma Dato lihat PPR walaupun tinggi berbelas tingkat, bertapa singkat betul otak kontraktor nak buat parking. Selalu kita lihat kat bawah je, apalah salahnya kalau buat extra 2 atau 3 tingkat tpt parking kan senang tak bersesak kiri kanan jalan.
Kerajaan perlu pandang serius perkara semacam ini agar penduduk mendapat keselesaan serta tidak akan berasa ketidakpuasan hati.
Sekian...drp Prihatin
Salam Dato'
Terima kasih Follow blog keh.
Artikel Dato memang berbaloi & positif.
Anok Pakteh Razak, kol
Salam Dato,
Walaupun saya bukan anak watan Kampung Baru tetapi semangat cintakan bangsa sendiri membuat saya terpanggil untuk berkongsi rasa.
Negara Malaysia...bangsa Melayu..other races call us Malay..dunia tahu we are Malaysian..orang melayu peneroka Kampung Baru seperti kata Dato ia sebagian jantung kota raya KL..mengapalah tidak saja dibangunkan & DIMAJUKAN menjadi model perkampungan Bangsa Melayu. Jadikanlah ia SATU DESTINASI PELANCONG yang masuk ke negara ini untuk mengenali oh ini rupanya bangsa Melayu yang menjadi rakyat Malaysia..atau bahasa ajukkan saya.."wow..this is what they called Malay community"... mereka tidak perlu menunggu lama untuk ke negeri Melaka Bersejarah untuk mengenali orang melayu..
Kalaulah saya boleh bersuara lantang dalam parlimen mungkin inilah idea yg akan saya bentangkan..biarlah Kampung Baru diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan..kalau ingin mengaut keuntungan dari jalan ini memang banyak jalan yang terbuka luas dalam melaksanakannya..tapi yalah ini sekadar suatu pandangan dari orang biasa2 maka ianya akan jadi biasa2 sahaja.
Walau apapun kerajaan pemerintah yang membuat keputusan tentu mereka lebih arif, semoga pandangan orang ramai sampai juga kepada mereka setidak-tidaknya ada 1-2 yang boleh diterimapakai.
Sekian..terimakasih.
SRIKANDI JOHOR.
Salam,
Dato'
Dijemput menyertai komuniti Anak Pahang Blogger.
Thanks
http://darulmakmurblogger.blogspot.com/
Post a Comment