STRATEGI- LEBAH DAN LALAT

BAHAGIAN 6


Sebagai selingan sebelum kita masuk ke perancangan strategi mari kita dekati satu cerita menarik dari Gordon Siu dalam buku In Search of Excellence tulisan Tom Peters & R.H Waterman, agar tidak terlalu serius tetapi memerlukan renungan yang tajam.

Siu menceritakan tentang satu eksperimen dimana beberapa ekor lebah dan sebilangan lalat dimasukan kedalam sebuah botol (kaca ). Botol tersebut diletakan secara horizontal (memanjang) ditepi sebuah jendela. Punggung botol itu menghala keluar jendela terkena sinar matahari manakala leher botol yang agak genting  dan terbuka menghala kedalam membelakangi jendela.

Lebah-lebah yang terkenal dengan serangga cerdas, tangkas, mempunyai bisa dan berpasukan bermati matian terbang kearah cahaya terang dipunggung botol. Kecerdasan mereka mengajar arah tercepat untuk pulang kesarang adalah keluar dari jendela. Berdasarkan rangsangan itulah mereka terbang menuju jendela  dengan penuh tekad walau apa pun risikonya. Oleh kerana penerbangannya sangat keras dan laju kepala mereka melanggar punggung botol itu berkali kali satu demi satu kecundang. Tidak kesampaian dan mati.

Silalat yang terkenal otak kecil dan bodoh terbang kesana kesini tanpa ada tujuan yang jelas, namun begitu semakin lama semakin pasti dan jelas. Satu persatu mereka berhasil menemukan jalan keluar melalui leher botol yang terbuka. Mereka sukses dan bebas.

Nah!...   apakah penemuan eksperimen tersebut buat kita sebagai manusia?


Cerdik, cerdas, bijak bukanlah modal utama untuk menang atau berjaya. Terutama ketika persekitaran berubah secara drastik. Sesuatu kemenangan dan kejayaan itu sangat bergantung kepada cara menangani persekitaran.

Lebah yang cerdas itu akan cepat mencapai tujuan jika dibandingkan dengan lalat jika tidak terperangkap didalam botol. (dimana punggung botol itu mengahala kecahaya matahari dijendela). Oleh kerana pegangan hidup mereka hanya jendela dan cahaya maka musibah menimpa mereka. Jadi kecerdasan lebah itu mengundang bencana. Manakala strategi lalat yang berfikir dan mencuba-cuba cara konsisten itu berjaya.

Kadang kala kecerdasan itu menjadikan kita buta dan  membuatkan kita melihat sesuatu itu dari kacamata seekor kuda ia itu sehala tanpa pertimbangan banyak sudut untuk diperhatikan kerana serba kemungkinan.

Dalam menghadapi gelombang perubahan harus ada fleksibiliti dan tidak rigid. Namun penetapan matlamat  tidak tersasar. Begitulah hal-hal peribadi atau hala tuju sebuah organisasi bisnes dan organisasi politik.

Berapa banyak organisasi politik yang terkirap kerana tidak ada fleksibiliti dalam menghadapi perubahan yang mendadak seperti pemerintahan kita hadapi sekarang.Oleh itu kita harus mentafsir secara positif sebarang langkah perubahan mencari jalan keluar oleh peneraju sesebuah organisasi kerana mereka ada kelebihan melihat berbagai sudut .

Tunggu kejap………MAMAK KASI TEA TARIK SAMA ITU
                                         ROTI CANAI TAMPAL TELUR SATU !
                                          KUAH DAL CAMPUR KARI IKAN TAROK
                                           SAMBAL ! CEPAT MARI… HAH !!

1 comment:

Cheguman said...

aisey.. tengah sedap-sedap baca, berhenti lak.

sejak bila Dato kedekut ilmu ni?