MALAYSIA – INDONESIA DIPLOMATIK KULIT BAWANG


Hubungan diplomatik antara Malaysia-Indonesia kebelakangan ini senipis kulit bawang. Pantang ada kesilapan kecil pasti sahaja ada reaksi panas. Hubungan jadi tegang dan bersentimen tinggi. Punca yang menjolok sentimen kadang-kadang tidak masuk akal. Lagu dan tari pun boleh jadi gawat. Laut yang tidak bergaris pun boleh jadi hal. Silap tangani boleh jadi sabil.
Hairan, mengapa senipis itu?. Bagi Malaysia sering menganggap hubungan antara Malaysia –Indonesia ibarat  adik dengan abang. Indonesia abang dan Malaysia adik. Namun demikian tidak begitu. Sikap segelintir rakyat Indonesia menganggap seolah-olah Malaysia adalah maling yang harus sentiasa diawasi.
Mengapa Malaysia meletakkan Indonesia abang?. Malaysia mengakui bahawa Indonesia mempunyai kelebihan segala-galanya dari Malaysia samada perintis sejarah nusantara, kedaulatan kerajaan dan wilayah yang luas, demograpi , agama, sosio budaya dan sebagainya.
CIA World Factbook 2005,  menerangkan  bahawa Indonesia terdiri dari 17,508 buah pulau dimana 6000 darinya dihuni oleh 241,975,879 warga. 62 persen  mendiami pulau Jawa.  86 persen (200 juta) adalah islam. Meletakkan Indonesia penduduk Islam terbesar didunia iaitu 14 persen dari 1.4 bilion umat islam  1 dunia.
Indonesia menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat pada 17 Augustus 1945,  duabelas tahun lebih awal dari Tanah Melayu. Itu sebab Malaysia memanggil  Indonesia abang atas semangat keluarga serumpun didaerah nusantara ini.
Hubungan  Malaysia dengan Indonesia seperti ada tangan hitam yang mengawalnya. Tidak dinafikan bahawa hubungan antara dua kerajaan sentiasa rapat. Tetapi sering diganggu oleh segelintir rakyat Indonesia khusus dikota Jakarta menjadikan sentimen kelihatan  rumit.
Walaupun ia boleh diselesaikan, namun jika waktu panas berlaku beberapa beberapa aksi melukakan perasaan  apabila melontar najis, pembakaran bendera jalur gemilang serta sekatan jalan mencari rakyat  Malaysia dengan buluh runcing  menimbulkan kesan psikologi dikalangan rakyat Malaysia.
Realitinya diJakarta terdiri berbagai stratifikasi sosial mengisi ruang kota kosmopolitan itu. Demosnstrasi adalah perkara biasa disana. Ia bukan perkara luar biasa. Bagaimana pun jika isu-isu dalaman, perkhabaran itu tidak terpancar keluar. Memang ada tertubuh kumpulan kontrak sedemikian. Cari makan?..... emm mungkin.   Ya..  begitulah kiranya.
Saya membuat andaian bahawa demonstrasi yang berlaku sekarang adalah satu 'kontrak' dengan pihak tertentu diatur bagi menggambarkan bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Indonesia. Ia bukanlah satu pendirian kerajaan dan sebilangan besar rakyat atas nama Indonesia sebenar. Tetapi siapa ?. Siasatlah. Emm siasat ? 
Bagaimana pun Kerajaan Malaysia harus merenung kembali hubungan diplomasi antara negara tertangga yang bersempadan terutama Indonesia, Singapura dan Thailand. Hubungan antara G to G yang terlalu erat juga boleh jadi mudharat. Kadang-kadang kita fikir baik, orang lain sebaliknya.
Lor, mengapa begitu?.  Ooo... itu bisa dijawab oleh wisma putera. Dirumah itu banyak pakar diplomasi. Ok..la,  saya bagi clue sedikit.  DiIndonesia contohnya, terdapat 9 partai politik yang mempunyai wakil diparlimen ia itu Golkar, PDI-perjuangan, PKB, PPP, Partai Demokrat, PKS, PAN, PCP, PGIR (Gerindra) manakala  terdapat 13 parti politik yang tidak mempunyai wakil diparlimen.
Bapak Presiden SBY adalah dari partai Demokrat. Kadangkala kita menampakkan terlalu rapat dengan SBY, lapan organisasi yang lain mempunyai perasaan. Hal yang sama juga dalam hubungan dengan Thailand. Tersilap gaya kita membuka akses 'penentang' dinegara ini  link dengan penentang negara berkenaan. Oleh itu kita harus kembali kepada keserdahanaan 'dekat tidak terlalu dekat- jauh tidak terlalu jauh'.

2 comments:

Ozz said...

Saudara Azizan,
Pada pandangan saya di Jakarta, sememangnya ada "tangan ketiga" halimunan yang tak akan berdiam diri agar Malaysia dan Indonesia terus bergaduh.
Ozz Taiping in Jakarta.

Azizan said...

Sdr Ozz,
Telah diduga. Terima kasih atas lapuran. Semoga mereka dapat disedahkan oleh dua-dua negara adik beradik. TQ