DIKTATOR

                                                                               Diakhir-akhir kehidupan Polpot

DIKTATOR  selalu dikaitkan dengan pemerintahan sistem sosialisme dan komunisme, pemerintahan tentera, regim rampasan kuasa dan pemerintahan beraja mutlak.
Sistem ini adalah satu bentuk perintah sehala dari atas kebawah. Pihak bawahan dinafikan hak untuk membuat cadangan balas  keatas, kerana sistem menetapkan mudik keatas adalah songsang  dengan prinsip.
Suka atau tidak 'hak bersuara'  dari bawah ketas tidak ada dalam kamus pemerintahan diktator. Dictatorship biasanya dikaitkan dengan  seorang penguasa atas nama presiden, Perdana Menteri, Ketua regim, Raja atau ketua angkatan tentera.
Diktator adalah pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak. Seorang diktator berkuasa penuh terhadap jentera dalam organisasi dibawah perintah  bagi menjalankan arahan-arahannya dalam memerintah rakyat.
Terdapat tiga bentuk kuasa iaitu The Stick (tongkat) , The Deal (urus janji) dan The Kiss (akrab).  Bagi seorang diktator mereka meluaskan penggunaan bentuk kuasa The Stick.
Apakah dia binatang The stick itu?  Emm... The stick merupakan bentuk kuasa yang bersifat ancaman atau paksaan. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa takut dikalangan individu yang menerima arahan supaya mereka taat kepada pihak penyuruh. Contohnya yang mengamalkan pendekatan ini adalah polis dan tentera. ( Zalinah Amad, Noor Azizah Ahmad, Nooriah Yusof, Jusmawati Fauzaman dan Ahmad Shukri Abdul Hamid. (2006).Pengantar Sains Sosial. UUM Sintok : Pace.)
Oleh kerana memburu waktu dua bentuk kuasa yang lain itu jika perlu kita bincang lain kali. Ya.. pasti menarik !.
Dua cara seseorang diktator menjalankan perintahnya. Pertama, ia menjalankan sendiri secara langsung sebagai penguasa atau ketua organisasi. Arahan terus datang darinya supaya turun kebawah menyasari rakyat. Suatu kewajipan sampai kepada rakyat dan ia dikontrol supaya terlaksana dengan apa cara sekali pun.
Kawalan juga harus rapi. Mana-mana individu atau pihak kepala besar menentang  menerima hukuman keras sebagai mendidik  pihak umum. Ini bagi membena kepatuhan dan kesetiaan kepada negara. Negara itu maksudnya penguasa. Setiap patah perkataan diktator itu adalah undang-undang dan dasar.
Rakyat dikontrol oleh jentera organisasi pemerintah manakala jentera organisasi dipandang  oleh biro yang setia kepada penguasa diktator.
Cara kedua, seorang diktator mencipta proksi yang terjawat dari barisan orang kepercayaannya sebagai lapisan atasan (elitgroup). Lapis atas ini akan membaris bahagian bawah organisasi pemerintahan mendepani rakyat jelata.
Dalam memilih lapisan atas ini seorang diktator akan menentukan kesetiaan dan kemampuan individu berkenaan. Ia boleh diganti mengikut cita rasanya. Siapakah yang dilantik? Biasanya amalan nepotisme dan kronisme diamalkan. Jika kaedah ini diamalkan bermakna proksi hanyalah sebagai boneka yang ditransformasi kuasa sahaja. Kuasa bateri oleh diktator.
Nepotisme adalah mengangkat dari kalangan kaum keluarga sendiri dan kronisme teridiri dari rakan atau sahabat baik yang boleh diharap dan dipercayai. Diktator sangat berhati-hati dalam pemilihan ini kerana boleh mendatangkan mudharat jika tersalah pilih.
Cara pertama lebih senang dan mudah. Kelemahan cara ini seseorang penguasa itu akan menerima risiko secara langsung jika arus tentangan berbalik keatas. Cara kedua, agak sukar kerana sebarang arahan ditransform melalui individu lain. Kekuatan cara ini pula, risikonya rendah dan mudah membolosi diri dan lepas tangan jika ada tentangan dari bawah. Pada ketika itu boneka jadi benteng dan mudah diperslahakan.
Sepanjang penghayatan sejarah, kebanyakan diktator memilih untuk memerintah sendiri kerana nikmat kuasa itu dapat dirasainya sendiri. Seorang diktator seringnya akan membawa negara kepada sistem tertutup ( Isolated country) kerana sistem terbuka mengundang mudharat dari pengaruh luar.
Sejarah juga membuktikan bahawa dictatorship tidak dapat bertahan lama kerana ia bertentangan dengan sifat semula jadi manusia yang inginkan kebebasan. Kecuali dapat merobotkan total rakyat secara berkesan.
Baik?. Pernah kah saudara melihat sebuah negara demokrasi bertukar kepada dictatorship ?.  Pernah kah saudara terfikir bahawa Malaysia boleh berlaku demikian jika rakyat tersalah pilih?  Soalan cupu emas ! adakah saudara ternampak mana parti politik diMalaysia kearah dictatorship?. Saya mengalukan saudara/i memberikan jawapan kepada soalan itu diruang komentar.
Ia tidak mustahil berlaku dinegara ini bila rakyat menjadikan undi mereka sebagai  instrument percubaan. Bincangan.

2 comments:

chenerong ular said...

pada kami yang tidak mempunyai apa2 kepentingan didalam apa jua parti politik dimalaysia ini,bukan penyokong,bukan ahli yang tegar,tidak mempunyai nafsu untuk berkuasa dan mengejar cita2 peribadi yang rakus,sesekali fikir biar perkara ini berlaku untuk menyedarkan pada pemimpin2 pemerintah yang terlalu lama sangat lena dengan kuasa,kepentingan diri dll,sepatutnya 2008 sudah sedar dan terus berubah,mengikut selogan yang selalu di war2kan,BERSEH,CEKAP,AMANAH. DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA,TAPI APA YANG BERLAKU CAKAP TAK SERUPA BIKIN,HANYA SETAHUN DUA SAHAJA PEMIMPIN2 INI INSAF,jangan salah kan pada pengundi yang mempunyai kuasa mutlak 5 tahun sekali,itu pan yang tidak boleh dibeli oleh mana2 pehak,walau pun 2008 percubaan telah dilakukan oleh pengundi tidak secara total,cuba memberi peluang,maseh lagi pemimpin bersikap yang sama,kenapa?,pada mereka berjuang bukan kerna apa sologan yang mereka ciptakn,untuk KUASA,mendapatkan kuasa mesti ada kerusi,dun atau ap,pastikan menang dahulu,boleh join,di sebelah sana DIKTATOR atau tidak,itu tak penting,janji dapat bersama JOIN PEMERINTAH BARU,yang memikirkan soal dato tulis ini ialah orang2 yang berjuang kerana agama,bangsa dan negara serta seluruh umat melayu yang ada diatas muka bumi malaysia ini,SEBAB APA,BOLEH DIKATAKAN 90% PEMIMIMPIN YANG ADA INI TIDAK MELAKSANAKAN APA YANG DIUCAPKAN,SENANG KATA,MULUT KATA LAIN,NIAT DALAM HATI LAIN,LAKUKAN BENDA YANG LAIN,ATAU LAGI SENANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

melayurayadaily said...

CU,
Ya saya pun turut hairan sindrom selesa ini tak berganjak malah semakin tenat. Tapi kita tidak boleh berdiam diri kerana bala yang menimpa tidak berpilih. Jika melayu hilang kuasa semua akan berlumpur belaka. Kita cubalah buat apa yang kita mampu. TQ CU.