DIPLOMATIK INDONESIA –MALAYSIA MARAHKAN SBY MALAYSIA JADI MANGSA


Setelah mendalami punca sebenar hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia kian  retak maka dapat difahami bahawa ada perkara teras yang menjadikan rakyat republik itu tertekan dan memberontak. Hal ini tidak didedahkan kepada rakyat Malaysia menyebabkan kita tertanya-tanya dan membuat telahan yang beraneka warna kerana kerajaan tidak mahu menyeret rakyat untuk ikut sama membahas soal-soal internasional. Itu pandangan peribadi saya.
Peristiwa kontra nelayan Malaysia dengan tiga orang pegawai kelautan Indonesia sekitar 13 augustus 2010 hanyalah pencetus isu sempadan RI yang sekian lama tertunggak. Sebenarnya, ia terkait rapat soal sempadan wilayah kedaulatan RI yang sekian lama tidak pernah selesai kerana faktor kecuaian pemerintah RI sendiri.
Ya, kalau soal sempadan kedaulatan wilayah sudah tentu ia subjek pokok dan besar jika sebuah negara masih belum tetap garis sempadannya secara menyeluruh. Tambahan pula Indonesia terdiri dari 17,508 buah pulau dimana 6000 didiami oleh 241, 975,879 rakyat( angka 2005). Ia sudah pasti merisaukan rakyat sebagai status mereka gimana?.
Sebenarnya rakyat RI tidak puas hati terhadap kepimpinan Presiden SBY kerana melambat-lambatkan rundingan dengan negara-negara jiran khususnya Malaysia  soal penetapan sempadan laut. Sejauh ini mereka menugaskan pegawai pengawasan laut tidak mempunyai maklumat yang sebenar dan hanya berdasarkan maklumat lama yang tidak lengkap dan sering menjadi pertikaian.
Rakyat RI kecewa dengan keputusan rundingan terdahulu dimana pulau Sipadan dan Ligitan dikatakan milik Indonesia tetapi melalui proses rundingan perwakilan RI yang lemah kedua-dua pulau itu menjadi milik Malaysia. Didalam rundingan tersebut dikatakan wakil-wakil RI yang berunding didalam keadaan kurang maklumat sedangkan Malaysia mempunyai fakta tuntutan yang sukar disangkal kerana maklumat di update setiap saat hinggakan para penyelam dan perenang dipulau Sipadan dan Ligitan itu dirujuk untuk mendapatkan maklumat sempadan. Jadi, Indonesia tergusur kerana tidak cukup bukti.
Rakyat Indonesia menyalahkan pemerintah jika didalam rundingan sempadan wilayah dengan negara-negara jiran dikatakan sering tewas kerana tidak memperbaharui maklumat asas yang sentiasa berubah.
Perundingan Kinabalu yang dihadiri oleh Menlu Indonesia dan Menlu Malaysia seminggu sebelum Aidilfitri juga diperemehkan oleh media Indonesia kerana dikatakan lebih menguntungkan Malaysia juga.
Ada tuntutan agar hal-hal sempadan yang rumit dibawa kemahkamah antarabangsa tetapi ramai pakar-pakar Kementrian Luar  dan pemerintah sendiri menolak kerana tidak mahu sekali-kali diserahkan urusan kedaulatan negara kepada pihak asing. Memang benar, sebagaimana pengalaman pahit Malaysia menyerahkan pulau Batu Putih kemahkamah antara bangsa, akhirnya mahkamah memutuskan pulau itu masuk ketangan Singapura.  Nah.. ini petikan dari akhbar Suara Pembaharuan Indonesia 7/9/10: 
                                                       Jaga Wilayah Perbatasan
Terkait sengketa perbatasan antara Indonesia-Malaysia, guru besar Hukum Internasional FH UI, Prof Hikmahanto Juwana berpendapat, membawa sengketa ke Mahkamah Internasional bukanlah opsi yang menguntungkan bagi Indonesia.

Menurutnya, ada empat alasan mengapa Indonesia harus berkeras menolak usulan yang mungkin akan Malaysia ajukan. Pertama, lemahnya kearsipan nasional sehingga tidak menyimpan bukti-bukti dokumen yang kuat untuk mendasari klaim Indonesia terhadap batas wilayah bersangkutan.

Kedua, Indonesia mungkin tidak memiliki dana yang memadai menyewa para pengacara internasional yang andal. Ketiga, lemahnya koordinasi antarinstansi terkait penanganan laut dan perbatasan. Keempat, Indonesia terkesan tidak mengurusi pulau-pulau terluar meski sadar bahwa aset itu punya arti strategis untuk dijadikan titik terluar dalam penentuan batas laut.

Apabila pendapat Hikmahanto itu benar, tentunya diperlukan perhatian yang lebih besar terhadap wilayah-wilayah perbatasan. Tidak ada jalan lain, kita harus menjaga wilayah perbatasan dengan baik agar wilayah NKRI tidak terus mengecil digerogoti negeri jiran.
Basri Abbas
Perumahan Griya Sakinah 2
Jl Raya Sawangan - Mampang Indah 2
Pancoranmas Depok.

Isu kedaulatan wilayah RI itu menjadi perbahasan umum. Pihak Presiden SBY dikecam, ditekan supaya menyelesaikan segera isu tertunggak itu.
Dalam keadaan sedemikian adakah Presiden SBY berani menentang rakyatnya?. Beranikah SBY meletakan telunjuk didahi penerbit akhbar dan media RI ?. Sudah tentu tidak bukan?. Mencari penyakit !. Melainkan dia berjanji untuk menyelesaikan segera isu tertambun itu sejak dari zaman Persiden Sukarno, Suharto, Habibie, Pak Gus Dur dan Megawati SP. Ia terpaksa memikul beban itu dizamannya.
Itu sebab Kerajaan Malaysia tidak mahu menekan supaya SBY menyelesai masalah dalaman mereka. Kita sedar bahawa para pendemo Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia menjadikan lingkaran tanah kedutaan Malaysia diJakarta sebagai 'kambing hitam' untuk melepaskan marah mereka kepada SBY.
 Jika kita mendesak mungkin SBY akan memikirkan kedudukan dirinya sebagai persiden Indonesia samada menyokong Malaysia atau rakyatnya. Jika begitu sudah tentu dia memilih rakyatnya jika mahu hidup lebih lama. Sesiapa pun begitu. Bukankah akan berlaku suasana lebih tegang lagi?
Atas dasar toleren dan memberi  masa kepada Presiden SBY menenangkan rakyatnya maka Malaysia juga harus bertenang supaya hubungan diplomatik kita terlansung dengan baik walau pun sekarang kita rasa mendidiih darah bila dihina begitu rupa.
Suara Pemuda UMNO yang dilaungkan oleh KJ supaya Duta Besar kita dipanggil balik tidak praktikal sama sekali. Pemuda hanya melihat isu ini dipermukaan sahaja tanpa menganalisis lebih mendalam semasa melontarkan idea. Apakah pemuda mahu Malaysia dilihat dunia sebagai 'isolated country' apabila kita memutuskan hubungan dengan negara tertangga kita yang paling akrab dan serumpun?. Apakah kita mahu imej Malaysia seperti persepsi dunia kepada negara Burma?. Mudahlah jika begitu.  Kita juga ada masalah dengan Thailand dan Singapura. Kadang kala ia boleh jadi memuncak krisis tetapi selama ini kita selesaikan dimeja rundingan secara diplomatik.
Rumusnya, Kita harus memberi masa kepada kedua-dua negara menyelesaikan secara baik hubungan antara Malaysia-Indonesia mengenai penetapan sempadan wilayah negara ini. Dengan kita menyejukan hati kita terhadap pencemaran imej negara kita oleh Bendera akhirnya puak itu akan kepenatan dan bubar sedikit masa lagi kerana kita tahu mereka itu hanyalah makan upah. Pengupah akan kekeringan modal juga akhirnya. Gunung pun runtuh jika setiap hari ditarah membayar upah mereka yang berdemonstrasi itu.
Disni ada tak orang mahu mengupah untuk  berdemonstrasi? Boleh kita sertai kalau upahnya lumayan kah..kah..kah.. macam-macam ada. Begitulah kalau sudah terlalu susah untuk hidup.

3 comments:

Anonymous said...

MRD aka SM,

Subjek yang MRD bincangkan ini melibat ehwal internasional 2 Negara serumpun dari aspek Dasar Luar , strategik dan taktikal kearah mengamalkan nya supaya harmoni dan tanpa prasangka. Pada hemat saya kita serahkan saja perkara ini kepada kebijakan dan kewarasan pimpinan 2 bersaudara ini melalui Kemlu masing-masing.

2. Sungguh pun kita didedahkan dengan maklumat berkenaan tetapi kita akses kepada maklumat inteligen, apa kah sebenar yang berlaku. Justeru itu tak perlu lah SM /MRD membincangkan nya melalui media ini kerana kita bimbang berlaku kesilapan dan menganalisa. Dalam kes ini, pandangan peribadi biar lah bersarang dalam benak kita saja.

3. Saya percaya Kemlu kedua negara serumpum bijaksana mengendalikan nya seperti " menarik rambut dalam tepong, rambut tidak putus, tepong tidak berselerak". SM tentu sekali arif maksud ku ini.

4. Seperkara lagi kenapa beberapa perkataan bunyi percakapan indon ( tidak merujuk yang saudara petik dari akhbar indon), adakah SM berpendidikan di Indon, atau pelawat indon tegar atau punya isteri orang indon?

TQ dan selamat hariraya.

Azizan Yaakob said...

SDR ANON 5.26

mengenai perkara 4 yang sdr nyatakan bahawa bahasa indon itu ada saya catatkan ia dipetik dari akhbar suara pembaruan Indonesia.

2. Saya mengikuti perkembangan ini sejak awal menerusi akhbar harian indon suara pembaruan, kompas, tempo setiap hari.

3. mengapa kita sekat diri kita dari kebebasan membicarakan hal-hal internasional dan menyerahkan kepada pihak tertentu sahaja. Mengapa kita perlu meletakan diri kita bawah tempurung yang hanya membicarakan hal-hal kampung. Apakah kita tidak berani kerana takut salah atau silap ? jadi global apa kita kalau masih terpengap hihihi. Jika rakyat negara lain boleh memberontak
kerana kita kita juga mesti mengalisa sesuatu sebab dan manusabab. Jika tidak kita jadi pemuda UMNO (KJ) yang membuat cadangan dangkal tanpa mendalami perlkara sebenar.

Terima kasih sdr dapat berbincang dengan saya. Skrg sdr tahu bahawa saya banyak anak isteri disana kah kah kah.

Anonymous said...

MRD/SM

Apa salah kita hingga rakyat Indonesia gawat pada kita?