MODENISME

kami rakyat Pahang berbangga Dato' Siti Norhaliza tetap
sopan santun kasih sayang kepada orang tua-tua
jika ramai seperti Dato Siti kan bahagia kita jadinya bila tua-tua 

Ideologi 'Modenisme' adalah cabang pemikiran sekularisme.  Pemikiran ini berpendapat bahawa segala yang baru ( moden) adalah lebih baik secara umum dari pada yang lama atau yang tua. Semua idea-idea ini adalah direka cipta untuk menukar nilai kemanusian.

Golongan tua dikira ketinggalan zaman  atau 'out dated', tidak maju. Golongan remaja dipuja.  Pada sudut pandangan, golongan tua tidak moden dari segi rupa paras, zahir dan  batin.  Oleh itu golongan mudalah yang lebih cekap dan pandai. Golongan remaja menjadi tumpuan.

Hollwood, Bollywood contohnya,  melahirkan hero-hero atau star filem  sebagai ikon masyarakat dunia yang menjadi idola serta model ikutan jenerasi muda. Akibatnya, golongan muda tidak lagi menghormati  golongan tua. Anak-anak kurang menghormati ibu bapa.

Konsep asalnya, apa yang dikatakan moden itu merujuk kepada material, benda atau sains dan teknologi.  Tetapi digembar-gemburkan  wajah, keremajaan dan kecantikan . Lihat ! modensisme mengubah dari benda atau material kepada manusia. Sepatutnya sebaharu mana  ciptaan sains dan teknologi,  tidak mengubah hubungan antara  golongan muda dan tua, ibu bapa dan anak-anak malah antara  pelajar dengan guru.

Pihak Illuminati  menterjemahkan konsep modenisme melalui landasan politik. Mereka  berusaha menaikan pemimpin dari golongan muda sebaik-baiknya dari kalangan wanita kejawatan penting seperti Presiden, Perdana Menteri dinegara-negara maju. Tidak dinafikan bahawa orang muda rupanya mungkin 'smart' tetapi ilmu, pengalaman serta kebijaksanaanya setengah matang terutama dalam suasana pendidikan sekular sekarang.

Menurut syariat, tugas untuk kepimpinan utama negara adalah sesuai untuk lelaki,  kerana sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi ancaman musuh-musuh dari dalam dan luar negara. Tetapi satu lagi cabang liberalisme  alat 'demokrasi' telah menyamakan taraf lelaki dan wanita,  maka pada tahun 1977 mereka berjaya merealisasikan seorang wanita muda berusia 43 tahun  menjadi PM Britain. Begitu juga dinegara umat Islam diPakistan dan Bangladesh. Dalam konteks kepimpinan ini saya menurut apa yang digariskan oleh syariat. Tidak ada cara lain ke yang lebih baik dari demokrasi? Manalah tahu !.

DiTurkey golongan 'Young Turks' telah memberontak menjatuhkan Khalifah terakhir Turkey Sultan Abdul Hamid dan menaikan tokoh sekular totok mereka  Kamal Attartuk. Lanjutan dari itu, sampai sekarang dasar sekular Kamal Attartuk lancar berjalan. Mereka menentang sebarang dasar penerapan nilai-nilai Islam kedalam pentadbiran negara Turkey. Harus dingat bahawa sekularisme ini ada 'Godfather' yang mengawasinya.

Pemikiran modensisme dalam Islam bermula dari kumpulan al- Muktazilah atau golongan rasionalis. Mereka mirip menggunakan akal untuk menentukan  kebenaran. Mereka menyesuaikan  wahyu kepada akal . Bukan akal kepada wahyu. (itu kan saya highlight). Wahyu  turunnya dari Allah swt. Akal datangnya dari manusia. Yang mana benar? Tentulah Allah swt yang benar. Jadi mestilah akal disandarkan kepada wahyu !.

Nah inilah yang boleh dikatakan gempar berlaku sekarang. Wahyu disandarkan kepada akal. Terutama dalam urusan politik. Oleh itu kita tentu dapat membezakan antara kenyataan ulama yang menyandarkan akal kepada Wahyu atau sebaliknya. Terutama hal-hal semasa  mengenai orang kafir masuk kemasjid dan mendoakan Lim Guan Eng sebagai khalifah.

Rumusnya, setelah kita menyelam kedasar menganalisis akar tunjang 'modenisme' itu dapatlah difahami bahawa kesesatan ideologi ini apabila reka-cipta pemikiran untuk mencari kebenaran itu akal mendahului wahyu.

Siapa sekularis dan sesat sekarang?. Anda dipihak yang mana?  

Adui… cukuplah. Dalam sangat ni..  esuklah sambung. Pekena tea tarik dulu.!!.. Ok brother ? . Sebelum itu nak renung gambar Dato' Siti dulu lama-lama. Hussh.. Perrrkgh !!! Macam tikus dengan besi. Gigit patah gigi  hehehe.

2 comments:

Anonymous said...

Apa kah SUARA MAJLIS masih dalam kelongsong pemikiran penjajah? Apa kah itu semata-mata dunia pandangan sahaja. SM kan tahu masa terus berjalan, kemajuan juga memacu kedepan yang bersandar kepada perkembangan sains dan teknologi yang turut mengugah pemikiran.

2. Pandangan orang tua dengan orang muda tentu tak sama. Yang perlu terap dan di mantapkan supaya mapan ( sustainable) ialah asas pegangan Agama yang kukoh dan pengekalan penghayatan adat resam dan bahasa budi dan daya.

3. Modernisme tak tertolak oleh kita kerana diledak sangat kuat oleh liberalisme yang menerobosi sempadan negara melalui dunia siber.

4. Perubahan atau tranformasi itu akan terus melantak batasan waktu dan ruang melalui kemayaan nya ( virtuality). Di sini lah beradaptasi di minta, soal mahu membeli nya tanpa tanya, kerana tiada urusniaga terdedah. Minda di henyak dan di hentak dari bergai penjuru dan sudut. itu lah natIjah nya, yang tidak berdaya tahan dan kurang keupayaan akan reput.



BERAU UC DIPANDANG MATA HATI

azizan said...

SDR ANON,
Sdr kurang jelas apa yang saya hendak sampaikan ideologi 'modenisme'. Modeninsme tidak berdiri maknanya begitu sahaja. Modenisme ada pekejnya yang direkacipta untuk menjadikan sesuatu hasil idea baru melibatkan sains dan teknologi untuk menghilang pemikiran manusia terhadap konsep beragama. Modenisme itu ada rangka khusus terkandung.

2. Saya menerangkan pemikiran itu untuk kita mengelak dan terkeluar dari perangkap pemikiran yang dicipta oleh penjajah. saya mengulangi kesedaran agar kita berhati-hati dengan berbagai bentuk isme melanda masyarakat.

3. Kita mahu bertapa berubahnya kita dalam apa jua bentuk pembangunan, sains dan teknologi bangsa kita tidak tercabut akarnya. Manusia menguasai alam bukan alam menguasai manusia.

Sdr. Anon, kajilah balik setiap perkataan itu ada maknanya dan pengaruhnya tersendiri. Contohnya liberalisma sebagai ibunya kemudian diikuti oleh kapilisma, demokrasi, komunisma,sosialisma, semuanya ada garis rangkanya. Jadi sekularisma apa sasaranya? Modenisma apa sasarannya.Humanisma apa, bagaimana, siapa dan kesannya.

4. Saya juga terangkan dengan ringkas rasionalisma dimana logik akal yang terbalik. dimana sepatut akal mesti disandar pada wahyu. Ini juga fahaman yang banyak menjalar diatas muka bumi ini menguasai pemikiran umat islam yang berpegang kepada kitab suci al Quraan.

5. Tidak dinafikan bahawa sains dan teknologi berkesan besar kepada masyarakat dunia serta mengubah budaya. Tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah jangan ada kemajuan itu merosakan susunan hidup manusia yang Tuhan tetapkan.