PEMIMPIN DARI PASUKAN BAYARAN


PERSEDIAAN menghadapi peperangan umum dengan peperangan politik keperluannya adalah sama iaitu pasukan. Dalam peperangan politik analogi ketenteraan penting ditafsir terhadap tiga komponen utama iaitu strategi, pasukan dan logistik.
Dalam perbincangan kali ini saya fokuskan kepada pasukan kerana ia boleh menggambarkan keputusan samada menang atau kalah. Untuk itu sama-sama kita teliti apa kata Machiavelli (1987) Penguasa,  buku 11 principe terjemahan C. Woekirsari /Mohamad Saleeh Rahamad
" Angkatan perang yang merupakan landasan seorang raja untuk mempertahankan negara, boleh merupakan angkatan perangnya sendiri atau pasukan pasukan bayaran, atau pasukan bantuan atau daripada bermacam-macam gabungan tersebut.
Tentera bayaran dan pasukan bantuan tidak ada gunanya dan merbahaya. Kalau seorang raja mengandalkan pertahanan negaranya kepada tentera bayaran, ketentaraman dan keamanan tidak pernah akan dicapainya. Kerana tentera bayaran sifatnya tidak pernah boleh disatukan, haus akan kekuasaan, tidak  memiliki disiplin dan tidak setia.
Mereka memang orang handal antara teman-teman mereka, tetapi pengecut dihadapan musuh. Mereka tidak mempunyai rasa takut kepada tuhan, mereka tidak setia sesama  rakan mereka. 
Kekalahan dapat dihindari selama perang dapat ditunda. Dalam masa damai mereka mengacau negara. Dalam masa perang musuh akan mengacau negara.
Selama ini, disebabkan kerana mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak berasa terlibat untuk tetap berjuang dimedan pertempuran, sebahagian kerana gaji tidak cukup untuk menuntut mereka  bersedia mati untuk raja(penguasa).
Mereka bersedia untuk berkhidmat dalam angkatan perang anda kalau anda tidak dalam keadaan perang. Tetapi apabila meletus perang mereka akan lari daripada tanggung jawab mereka atau bubar ".
Baik, bersandar pada sudut pandangan Machiavelli menjelaskan empat kategori pasukan iaitu  pasukan sendiri, pasukan bayaran, pasukan bantuan dan pasukan gabungan.
Machiavelli berada dizaman itu, tentera tertakluk kepada bayaran dan gaji sebagai mediumnya. Dalam  politik moden ini bayaran itu dalam corak lain seperti projek atau bisnes atau jawatan yang mempunyai kemudahan yang lengkap sebagai rangsangan.
Dalam  kontek pasukan bantuan dan pasukan gabungan pula boleh ditafsirkan kumpulan yang kesetiaannya bukan kepada raja( penguasa)  yang ada sekarang sebaliknya pasukan yang setia kepada 'tuannya' yang hanya komporomi kerana haus kekuasaan dan kekayaan atau tujuan tersirat.
Saya tidak hairan mengapa Dato Sri Anwar Ibrahim menyusun berbagai peringkat heiraki kepimpinan PKR kerana banyak orang tidak boleh diyakininya kekal setia bersama  dalam apa jua keadaannya.
Paling setia adalah kaum keluarga dan sanak saudara serta sahabat yang telah teruji sama-sama jatuh bangun dalam perjuangan.  Orang baru sukar diramal dan pengalaman mengajar sedemikian. Ianya amat pahit.

Antara empat kategori  tadi iaitu  pasukan sendiri ( penguasa), pasukan bayaran,  pasukan bantuan dan pasukan gabungan
 ANDA DARIPADA PASUKAN MANA ?. 
SILA   X-RAY !  SAMA DENGAN PIHAK UMUM  X-RAY ?

3 comments:

Anonymous said...

Salam Suara Majlis,

Satu analogi yang tepat dan sesuai dalam semua disiplin, baik ia nya bisnis, pentadbiran , politik, kepepimpinan, memang itu lah kategori pasukan yang perlu ada. Tapi Pasukan kelompok sendiri mesti dominan dan kelihatan nya berkuasa dan di geruni, dalam melaksanakan tugas ala perang masih perlu pasukan bayaran, pasukan bantuan dan pasukan gabungan, kerana ada peran masing-masing. pasukan bayaran perlu untuk kerja-kerja bahaya dan kotor sifat nya.

Dalam politik dan pernigaan antara bangsa dan domestik mesti ada keempat-empat jenis pasukan ini untuk mencapai objektif dan matlamat.75% pasukan sendiri,2% pasukan di upah, 8 % pasukan bantuan dan 10% pasukan gabungan di ketuai ole pasukan sendiri. Tentu apa matalamat, strategi dan taktikal tercapai punya.

TQ masa untuk makan roti bom dan Neslo tarik untuk elak cemoh.

melayurayadaily said...

Saudara tidak menyatakan saudara dari pasukan mana hihihi

Anonymous said...

SM,

Tak perlu istihar dari kumpulan mana, biar halimunan, kan tu SM ajarkan. Penting boleh beradaptasi dengan keadaan dan keperluan.

TQ.